Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Keliru

keliruKeliru!? Persoalan ini timbul apabila beberapa perkara yang terbangkit. Ceh dah bunyi macam tak sengaja pula (kah3). Kalau melihat dari pencarian kata kunci topik tersebut, kebanyakkannya memihak kepada pencarian popular seperti tajuk-tajuk lagu yang dinyanyikan oleh Ruth Sahanaya atau Ajai dan Nurul.

Aduh dah lama tak menulis di blog peribadi ini, terasa janggal pula. Bukan tiada idea atau sikap malas yang melampau tetapi keutamaan menulis sudah jatuh ke tangga seterusnya. Mungkin atas kesibukan menguruskan beberapa perkara yang mungkin boleh menjadikan punca pendapatan utama aku akan datang.

Ah cerita panjang-panjang pun bukan kamu nak tahu kan? (ha3).

Sakit

Dalam beberapa hari tidak mengemaskini blog ini, ramai yang tertanya-tanya kemana aku menghilang. Sebelum itu, aku mohon maaf kerana hilang tanpa berita. Sebenarnya aku masih berada di dalam talian (online) setiap hari seperti di facebook, cuma lebih kepada pencarian maklumat untuk projek yang sedang dijalankan.

Ada juga yang bertanya perkaitan kehilangan aku dengan sakit yang aku tanggung. Ya, aku masih sakit tetapi aku juga semakin tabah atau mungkin aku boleh katakan – aku semakin lali. lali eh, bukan lalok (kah3).

Dan aku juga sedang berusaha untuk pulih jika diizinkan ALLAH.

Aku juga cuba abaikan sakit aku dan melakukan beberapa perkara sebelum aku pergi tanpa apa-apa usaha. Yalah, sakit itu datangnya kepada mereka yang mempunyai mental yang sakit.

Dalam kata lain, aku cuba bentuk psikologi diri dan mengatakan yang “aku tak sakit!”. Jadi, kamu jangan cakap aku sakit lagi (ha3).

Tempat Tinggal

Sekarang ni aku dah macam pelarian. Orang tak ada rumah tetap. Sekejap di Muar – rumah mertua. Sekejap di Kota Tinggi – orang tua aku. Lepak juga badan aku kesana kemari, apatah lagi dengan hanya menggunakan perkhidmatan awam seperti bas. Dah la perkhidmatan bas hanya 1 trip sehari!?

Rasanya semakin hilang keseronokan hidup berumahtangga. Tak dapat tak seronok lah kan? Err faham ke!? (kah3).

Aku harap semuanya hanya sementara dan aku berusaha untuk naik kembali bermula dari KOSONG!

Blog

Aduh semakin banyak blog, semakin pening pula. Sudahnya tidak tahu mana yang perlu diberi perhatian selanjutnya. Dan yang paling keliru apabila jenis penulisan perlu selari dengan kategori setiap blog-blog tersebut.

Aku perlu tetapkan penulisan aku mengikut kategori blog. Tidaklah nanti semua jadi rojak!

Insya allah aku juga sedang memperbaiki kelemahan yang ada untuk memeriahkan penulisan blog negara. Yang penting pastikan maklumat dan idea penulisan mengikut dasar yang ditetapkan – bukan hentam saja kecuali blog peribadi aku ni (ha3).

##########

Insya allah, semuanya boleh berlaku dengan izin-NYA. Dengan syarat sentiasalah mendekatkan diri dan memanjatkan DOA banyak-banyak.

Cuma aku sangat berharap kekeliruan aku tidak berpanjangan dan mohon DOA dari rakan-rakan supaya perjalanan aku dipermudahkan. Ingat! DOA adalah senjata mukmin!

kredit gambar – google ;)

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 3 June '10 oleh Megat, dalam kategori Diari.
133 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , .

14 Komen untuk “Keliru”

03.06.10 at 11:45
Posted by eyra

dilema? haha

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

dilema eh? bukan keliru? hahaha. eyra yang sangat mengelirukan :p

[Jawab Balas]

03.06.10 at 12:11
Posted by zuls

aku keliru dengan tajuk entry.. tengok content macam takde apa yang keliru pun.. haha
Terkini dari zuls di blog nya – Lalang – Halim Yazid My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

akhirnya berjaya buatkan pengomen keliru (ha3). dan aku yang menulis sebenarnya sememangnya keliru.

[Jawab Balas]

03.06.10 at 12:22
Posted by mama suri

keliru..tapi mcm dah nampak jalan nya..
Terkini dari mama suri di blog nya – cik suri yang mengada2 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mungkin bila dah tulis entri ni, dah nampak jalannya. nampak gayanya asal keliru kena la menulis kan!? hahaha.

[Jawab Balas]

04.06.10 at 18:34
Posted by ishak

memang keliru gila lah bro hoho
Terkini dari ishak di blog nya – Boikot israel ? memang tipikal orang kita My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

04.06.10 at 22:05
Posted by jawatan kosong

memang kesibukan tidak ada habisnya… namun tetap harus beri prioritas mana yang utama. Tak boleh kerjakan semuanya satu masa.
Terkini dari jawatan kosong di blog nya – AMD Jobs Vacancies June 2010 Bayan Lepas Penang My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

05.06.10 at 01:41
Posted by samdaddycool

Wahhh.. senyap2 je terus up blog-blog yang baru… bagi le aku usya nanti.. hehehe..
Terkini dari samdaddycool di blog nya – Buat duit RM1.6 Juta daripada Ayam Tidak Halal My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

samdaddycool beri maklum balas:

Keliru tu dah takde kan? hehehe.. sekarang makin fokus!
Terkini dari samdaddycool di blog nya – Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbukaMy ComLuv Profile

[Jawab Balas]

05.06.10 at 18:46
Posted by vangardx

sy pun keliru..haru biru..
Terkini dari vangardx di blog nya – Happy belated birthday Masrina My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

05.06.10 at 22:17
Posted by maCy

ape yg keliru kt sni? ehee

sehat jgn sakit~
Terkini dari maCy di blog nya – Apa Salahnya Menjadi Pelakon? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

07.06.10 at 13:20
Posted by zik

keliru tapi paham tajuk nie suruh orang keliru.. hehe.. wah menjadi lah bro..

[Jawab Balas]

05.07.10 at 23:04
Posted by kerja kosong

mmm keliru ke.. mesti pikir benar2x mana prioritas ..
Terkini dari kerja kosong di blog nya – BMW Jobs – Technical Support Engineer- Accounts ExecutiveMy ComLuv Profile

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled