Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Keputusan PMR Titik Permulaan, Terus Berusaha!

Slip keputusan PMR

Slip keputusan PMR

PMR – Penilai Menengah Rendah diumumkan hari ini. Menurut berita (ceh macam pembaca berita pulak ha3), pencapaian bilangan calom PMR yang mendapat A dalam semua subjek meningkat dari tahun sebelumnya. Peningkatan ini dinilai dari bilangan tahun lalu 26,738 kepada tahun ini 28,188 iaitu peningkatan sebanyak 0.41 peratus.

Tahniah kepada semua yang melepasi peringkat pertama dalam sejarah hidup kamu. Ini adalah titik permulaan bagi diri kamu dan ia penentu jalan kamu berikutnya. Ya ia penentu untuk peringkat seterusnya dimana pilihan adalah dari diri kamu sama ada ingin memilih aliran sains, sastera atau sebaliknya.

Kepada yang cemerlang atau terlebih dulu tahu akan hala tuju mereka, ucapan tahniah kepada kamu dan jangan lupa teruskan perjuangan kerana ia baru bermula. Ucapan tahniah ini juga ditujukan kepada Angah yang mungkin dapat hadiah laptop dari ibunya, Kak Jie (ha3 very sweet!).

Lega rasanya apabila sudah mendapat tahu keputusan PMR anak kan kak? Yalah nak buat apa pun tak tenteram sehingga basuh baju taruk taruk pencuci lantai ajax fabulaso!? Begitulah gambaran kerisauan seorang ibu yang benar-benar mengambil berat akan anak-anaknya. Bagaimana dengan anak-anak, apakah yang kamu mampu buat untuk ibu bapa kamu?

Kepada yang tak berjaya, kamu pula jangan lah buat perkara yang bukan-bukan atau diluar jangkaan. Ingat ini baru permulaan, jika kamu tidak capai apa yang kamu impikan atau gagal, anggaplah ini pengajaran bagi kamu. Jangan ulangi lagi, kamu masih mampu mengubah haluan hidup kamu dengan syarat kamu berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu!

Setiap tahun kita dengar berita yang menyedihkan apabila ada antara mereka yang gagal ambil keputusan bunuh diri! Kenapa ini semua perlu berlaku? Inilah yang terjadi apabila komunikasi antara ibu bapa dan anak gagal dilaksanakan dengan baik. Apa yang aku gambarkan ini bukan berlaku kepada semua orang tapi ia ternyata terjadi dalam masyarakat kita.

Sepatutnya ibu bapa beri galakan yang lebih baik untuk anak-anak mereka dengan mengukur kebijaksanaan anak atas keputusan yang mereka bawa. Mungkin perkara pertama yang perlu dibuat ialah adakan muhasabah dan buat post motem kenapa masalah pencapaian rendah atau gagal berlaku. Macam tu kan lebih baik?

Yalah akan datang nak tempoh peperiksaan yang lebih besar lagi iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula. Cabaran semakin besar dan kamu punyai masa hanya 2 tahun! Buatlah post motem untuk diri kamu sendiri juga kerana setiap pencapaian adalah bergantung kepada usaha kamu sendiri. Sebab apa? Sebab akan datang di dunia realiti kamu, kamu akan bergantung pada diri sendiri. Tiada lagi ibu bapa, tiada lagi penjaga dan tiada lagi guru. Jadi, keputusan di tangan kamu, ingat!

Jangan jadi macam abang dik, abang lulusan SRP je (ha3). Sebab tu tak kerja sekarang ni (hu3)

Aku yakin setiap dari kamu bukan tidak pandai atau tidak bijak. Tetapi ia bergantung juga kepada tumpuan yang diberikan ibu bapa, abang, kakak, cikgu dan orang disekitar kamu. Sedikit sebanyak ia menganggu tumbesaran kamu juga termasuklah dalam menentukan pencapaian kamu dalam peperiksaan seperti ini.

Terus berusaha! Tunjukkan bakat kamu yang sebenar, kamu boleh lakukannya!

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 24 December '09 oleh Megat, dalam kategori Motivasi.
213 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , .

23 Komen untuk “Keputusan PMR Titik Permulaan, Terus Berusaha!”

24.12.09 at 13:07
Posted by x-po

teringat kenangan time amik result pmr dlu..huhu

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kenangan manis, kenangan pahit (ha3). aku dah tak ingat dah, samar-samar rasanya. dah lama tingggalkan zaman tersebut (hu3)

[Jawab Balas]

Mario beri maklum balas:

teringat kenangan pahit upsr pulak.
kena chicken pox!nasib baik 5A lagi tu.huahaha

[Jawab Balas]

24.12.09 at 13:41
Posted by nOj

wahh sape punye result stret A tu… tahniah tahniah… budak budak skang seme pandai2 belaka…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

yang pandai tu, memang pandai cari peluang. yang merisaukan bila ada segelintir yang masih belum sedar.

ibu bapa patut ambil langkah drastik supaya tidak keciciran bila SPM nanti. bersiap sedia dari sekarang (he3)

[Jawab Balas]

24.12.09 at 13:48
Posted by ariff

pmr senang. haha

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

senang bagi mereka yang ada kebijaksanaan dan fokus. lain orang lain cara didikan, pemikiran, pandangan, pengaruh sekitanya.

tugas kita kena adil. buka minda mereka ;)

[Jawab Balas]

24.12.09 at 14:26
Posted by aidi-safuan

huhu…tahniah kepada semua yang dah berjaya!
yang kurang berjaya atau yang gagal.usaha lagi pada SPM!

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ya mereka perlu berusaha dan terus berusaha! gagal sekali tidak bermaksud gagal selamanya!

[Jawab Balas]

24.12.09 at 14:29
Posted by azahamin

RT: @megat: fikir tanpa ibu bapa membantu mungkin kejayaan kita tidak seperti sekarang, http://bit.ly/6zCsPP

This comment was originally posted on Twitter

[Jawab Balas]

24.12.09 at 14:29
Posted by yash

tingat time amik pmr.. sgt teruk.. T____T menyedihkan.. tapi kegagalan sekarang bukan bermakna gagal selamanya.. huk3 hidup berani untuk gagal! ha3

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ok juga pernah ambil PMR, aku tak pernah ambik PMR pun (sedih hu3).

[Jawab Balas]

24.12.09 at 14:59
Posted by Piston Pecah

congrats lah ye pada sape2 yang dapat straight ‘A’ tuh…budak zaman sekarang nih makin pandai ek…ape lah faktor dia…time aku jarang nak nampak fenomena straight ‘A’ nih.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku rasa disamping pendedahan yang lebih dan IQ budak-budak sekarang yang semakin tinggi, faktor teknologi dan kemodenan juga turut membantu.

antaranya seperti sumber maklumat di internet dan skop kajian yang dibuat oleh pendidikan kita.

namun sayangnya masih ramai yang ketinggalan. sepatutnya yang ketinggalan itu juga diberi perhatian lebih.

selamat datang ke blog ini ;)

[Jawab Balas]

24.12.09 at 15:14
Posted by denaihati

Apabila kita memuji yang BERJAYA jangan diketepikan yang GAGAL kerana perjalanan hidup mereka masih jauh. Ramai yang GAGAL tersisih dan akhirnya mereka terus GAGAL dalam hidup dan sedikit yang bangun dan terus menjadi manusia yang berjaya.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju! disamping meningkatkan peratusan yang berjaya, yang gagal perlu pengkhususan yang lebih juga.

pasti ada sesuatu yang tidak kena pada yang gagal kan?

[Jawab Balas]

24.12.09 at 15:23
Posted by Kujie

contoh tak bley blah! siap silap tuang ajax fabuloso dalam mesin basuh..he he he – rabun warna – ajaz purple, softlan warna biru!

Inilah perasaan seorang ibu sebenarnya – cukuplah kak jie seorang saja yang heboh kat twitter tu, kalau 10 mak2 ada- hancusss!

Angah – memang mendebarkan sebab dalam trial exam dia dapat 1A saja , Kak Jie percaya kemampuan dia lebih dari itu.

Lagi satu, dia tidak ikuti mana2 kelas tambahan – cara dia berbeza dgn murid lain – tip penting ibubapa kenali peribadi anak2 kerana setiap anak berbeza personaliti.

sepupu Angah dapat 9A ( trial dpt 6A)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

pergh! siap promo pencuci lantai tu kak (ha3). tak silap ada teraca kat blog kak long (he3).

tak tahulah macam mana ketika saya nanti. kadang-kadang apabila anak-anak tengah tido, terfikir masa depan mereka. apatah lagi bapa derang sedang sakit. ntah sempat atau tidak (hu3).

terima kasih kak, kongsi tip. tiada apa yang lebih bermakna selain dari mendapat tip-tip khusus penjagaan anak-anak. yalah sudah berkeluarga.

tu hari anak amik ujian penentu kelas untuk darjah 1 pun dah tak keruan dibuatnya. tapi alhamdulillah kecurigaan berbaloi. rupanya memang kita kena tahu kelebihan dan kekurangan anak-anak kita.

tahniah kepada angah dan sepupunya. nampak gaya keturunan dari cetakan yang cun! (he3)

[Jawab Balas]

Kujie beri maklum balas:

Kak Jie SPM gred 3 saja Megat. Mgknlah persekitaran hidup masa tu mempengaruhi. Anak pertama dr 8 adik beradik, tiada dorongan – generasi pertama yang mengenal huruf.

Tetapi Kak Jie jenis yang positif dalam hidup – belajar sepanjang hidup. Setiap hari cuba menjadi yang lebih baik dari semalam.

Bab anak-anak – tak perlu dikongkong sangat – biarkan dia main ps3, drawing selagi masih dalam kawalan. Kalau setiap kali peperiksaan dia tidak ketinggalan walau pun cemerlang – itu sudah mencukupi bagi Kak Jie sebab Kak Jie tak nak anak2 yang pasif – dunia dia hanya study. Wsalau pun ada peperiksaan utama, anak2 masih main PS2, masih bercuti dan jalani hidup seperti biasa. Sedih tengok kanak-kanak yang menjadi dewasa secara xpress. Jangan musnahkan saman keseronokkan meeka dengan menatap buku-exam

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terima kasih sekali lagi kak, cukup sempurna bagi saya. secara tak langsung saya dapat gambaran bagaimana menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab di samping tidak abaikan kemahuan anak-anak.

mungkin setalah hampir 2 tahun saya sakit, tahap keyakinan saya semakin merundum dan pelbagai perkara bermain difikiran.

[Jawab Balas]

25.12.09 at 14:07
Posted by jfook

PMR sebenarnya merupakan titik permulaan dlm kehidupan seorang pelajar. Sekiranya mendapat result baik, pastinya ia akan memberi keyakinan kepada pelajar utk belajar lbh kuat demi ms depan. Tapi, mcm semakin senang utk mendpt A dlm PMR. Standard utk mendpt A semakin turun. Inilah yg saya perhatikan selama ni. 70 lebih markah blh dpt A. Hai hai

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

patutlah mudah mereka mendapat A kan? tapi tak mengapalah selagi ianya mengikut standard yang disediakan.

[Jawab Balas]

01.03.10 at 15:02
Posted by zul

hai name saye zul…..form 3 amik BA…doakan dpt 9A..hahhaahah

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled