Hello and welcome to beautiful MEGAT.

Kisah KB Mall Runtuh, Trajedi Yang Boleh Dielak!

Tags:, , , , , , , , , , .

Kereta terbang di KB Mall

Kereta terbang di KB Mall

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan trajedi menyayat hati yang terjadi di salah sebuah komplek yang agak popular di Kota Bharu, Kelantan.

Yang menyedihkan apabila trajedi tersebut berlaku disebabkan oleh ketirisan dalam menyediakan keselamatan di bangunan tersebut. Benarkah?

Aku tahu pasal trajedi tersebut pun di mikro blogging popular iaitu twitter. Bagus twitter ni, segala berita dikhabarkan secara pantas, sepantas 0.5 saat kuasa gaban (ha3).

Berita yang pada mulanya menjadi kekeliruaan di kalangan rakan-rakan yang pada ketika itu topik panasnya ialah KB Mall runtuh! Tetapi secara beransur-ansur berita tersebut diketahui kebenarannya apabila terbit media elektronik seperti berita di kaca tv.

Macam biasa bila terjadi peristiwa seperti ini maka banyaklah spekulasi yang akan timbul. Aku tak mahulah komen dari segi politik tapi aku lebih suka komen dari segi kemanusiaan.

Sikap manusia pada masa kini yang lebih mementingkan diri sendirilah menjadi punca utama. Aku bukan nak cerita kosong atau mengehntam sesiapa tetapi minta tolong fikir sama. Sama ada pernyataan ini fakta atau auta (hu3), itu kemudian fikir.

Seringkali aku mendengar cerita kurang enak dari orang-orang yang berkenaan (terpaksa dirahsiakan) dengan projek-projek atau kerja-kerja yang melibatkan bangunan mementingkan diri sendiri. Janji kerja jalan, untung dapat, kira ok. Aku rasa mereka yang dikategorikan tahu apa yang aku maksudkan, bukan?

Si pemilik kereta pula menyerahkan kepercayaan kepada mangsa untuk memandu kereta tersebut, juga sesuatu perkara yang tidak masuk akal. Kebenaran untuk menyerah mangsa memandu walaupun sekadar menghidupkan enjin kereta kerana kepercayaan atau pengetahuan teknikal mengenai kereta?

Lepas nak lepas tangan? Melarikan diri pula (hu3).

Ya, betul. Semua terjadi ada hikmahnya. Mungkin juga ada cerita disebaliknya, barangkali balasan terhadap sesuatu dari Allah. Kita kena fikir antara sebab dan musabab. Huh kalau cerita dengan kawan-kawan semasa sekolah menengah tinggi faham la (he3).

Sikap manusia? Bab ini kena la ubah diri sendiri. Impak dari orang lain tak cukup untuk mereka. Jadi diri sendiri lah yang ambil inisiatif untuk berubah. Selagi ada manusia yang berkategorikan seperti itu, maka akan lebih banyak trajedi akan berlaku.

Lakukan sesuatu janganlah terlalu ambil mudah. Fikirkan dari segala sudut apakah kesannya atau impak dari keputusan yang dibuat.

Akhirnya akan datang nak duduk kat mana-mana pun dah rasa tak selamat (hu3).

Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Catatan-catatan rawak

Terbit pada 9 December '09 oleh Megat, dalam kategori Isu Semasa.

40 Comments to “Kisah KB Mall Runtuh, Trajedi Yang Boleh Dielak!”

09.12.09 at 17:57
Posted by Azah

sangat sedih..
bila melibatkan nyawa~
Al-Fatihah

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

lagi sedih memikirkan perkara berlaku atas kecuaian menusia itu sendiri (hu3)

[Jawab Balas]

Azah beri maklum balas:

org kelantan kata..
“nok geroh..xleh nk wak gano doh”..
huhu… translate? carik la sniri..
heheh…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

faham. duduk kelantan di tanah merah 10 tahun (he3). biar pembaca je yang translate.

[Jawab Balas]

Azah beri maklum balas:

hehe..
gud one..
tapi tu la..
dalam hal ni..
perlu ke nak salahkan sape?
macam mempersoalkan takdir.
tapi kalau tak mempersoalkan…
yang salah akan terlepas…
takdir vs kecuaian..
yang mana satu lagi besar?
hmm….

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tidak perlu menyalahkan sesiapa dan tidak perlu persoalkan takdir. tujuan catatan ini bukan untuk salahkan sesiapa tetapi lebih mengutarakan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab bakal mengudah padah.

tidak boleh samakan antara takdir dengan kecuaian. takdir itu kerja Allah dan kecuaian hanya ada pada manusia.

apatah lagi kecuaian boleh dielak jika tidak ditampal dengan sikap tamak (hu3).

Peluang Perniagaan beri maklum balas:

Memang betul menyedihkan kerana kecuaian. Pasti ada yang nak lepas tangan. Memang selalu berlaku setiap hari di depan mata kita.

[Jawab Balas]

09.12.09 at 18:09
Posted by atreyu strange

Lalu bermulalah episod menuding jari. Tuding jari pula ke arah yang berlawanan. Haishh..

Condolences to the victims family. They are the one I feel most sorry for.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

bila melibatkan banyak pihak maka makin banyaklah jari yang menuding. bukankah banyak mulut yang perlu disuap? jika mereka cuai.

takziah kepada keluarga mangsa.

[Jawab Balas]

09.12.09 at 20:58
Posted by Mazudi

salam,
Chain reaction.
Bila satu isu bermula, akan ada berkait antara satu unit dengan unit yang lain. Yang tak bestnya raection ni, ikan bilis yang dipersalahkan. Dalam kes ni, abang tuan kereta tu yg memulakan tindak balas, kita tunggu siapa dikalangan pemuka pemuka yang popular mencari mangsa dikalangan awak awak mereka.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam en mazudi, boleh jadi simbolik jika sesuatu perkara seperti ini berlaku bukan di negara kita sahaja, di negara lain juga.

bezanya mungkin dinegara kita berlaku, mungkin disebabkan karenah perniagaan dan ketamakan orang kita.

di mana letaknya nilai-nilai kemanusiaan mereka? persoalan tetap timbul dan akhirnya tiada apa-apa tindakan yang dapat mengatasinya (hu3)

[Jawab Balas]

09.12.09 at 21:19
Posted by Fahmishah

boleh di’elak kalau perkara kecil diambil serius.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju! bertindak atas perkara kecil dahulu supaya tidak menjadi perkara sebesar kes tersebut.

[Jawab Balas]

09.12.09 at 21:44
Posted by azahamin

RT: @megat: pelik apakah trajedi kb mall atas kesilapan manusia? http://bit.ly/6YOZ1s

This comment was originally posted on Twitter

[Jawab Balas]

09.12.09 at 22:23
Posted by Ikhwan

Orang ramai takkan marah kalau mangsa (yg tolak kereta) melarikan diri. Bagi aku, benda ni takdir, tapi jgnlah sesekali melarikan diri. Jadikan kejadian ini sebagai iktibar. Mcm kes nuffnang yg lepas. Nasib baik diorg minta maaf, klo tak benda ni akan menjadi kes yg lebih berat. Betul tak?

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju. yalah mungkin si pemilik kereta panik kerana dia rasa kesalahan dia membenarkan kereta dipandu oleh mangsa yang mungkin tidak berpengalaman dalam hal menghidupkan kereta.

tapi pemilik sepatutnya tahu tindakan melarikan diri mengundang lebih banyak masalah. at least kita tahu kejadian ini berlaku tanpa niat.

iktibar. segala hal yang berlaku perlu titikberatkan apa yang bakal berlaku kemudian ;)

[Jawab Balas]

09.12.09 at 22:43
Posted by hanc~

Salam bro~~~ takziah kepada mangsa~~ Takdir tetap taKdir(mati) TAk de sape leh elak kan bro~~ :(

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam hanc, betul takdir tetap takdir. tapi jangan lupa apa guna Allah beri kita akal kan?

[Jawab Balas]

hanc~ beri maklum balas:

aa btl gak.. ade ke org guna akal sebaik2nyer??~~ hmm~~

[Jawab Balas]

10.12.09 at 03:35
Posted by mohdisa

agak mengejutkan jugalah bila aku membaca di blog-blog rakan yang lain. bila tajuk kb mall runtuh. tak dapat bayangkan bila kb mall runtuh. tak aman la jadi nya.

[Jawab Balas]

10.12.09 at 03:59
Posted by mohdisa

sekali baca tajuk entri memang mengujakan, tak dapat dibayangkan kalau kb mall yang runtuh. boleh huru-hara negara dibuatnya. apa2 pun takziah buat keluarga mangsa.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tu lah. apatah lagi kb mall antara pasaraya yang terpopular di negeri tersebut (hu3)

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

haha, tahu takpa. buatnya runtuh bebetul, tak tahulah apa nak jadi. cukuplah stadium sultan mizan di terengganu menjadi mangsa. itu pun kes tu masih tak selesai lg.

[Jawab Balas]

10.12.09 at 04:19
Posted by x-po

malaysia ni, lepas ada pe2 yg berlaku, barulah nk check tu la, check ni la, baru nk tergadah..huhu

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

perkara biasa yang dibiasakan berlaku sememangnya akan mengundah padah.

kita hanya melihat sesebuah bangunan baru teguh berdiri tetapi kita tidak tahu yang berselindung disebaliknya.

[Jawab Balas]

10.12.09 at 16:47
Posted by Tie

Sesungguhnya kita tidak dapat melawan takdir. Namun setiap yang berlaku ada sebab musababnya termasuk hikmah.

Simpati kepada keluarga mangsa dan yang terlibat.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

semoga mangsa dirahmati dan tergolong dalam orang-orang yang beriman.

[Jawab Balas]

11.12.09 at 01:49
Posted by yusdragoon

assalamualikum huhu megat klu pro mana pun bawak kereta dah ditakdirkan mmg x leh dielakan. kes lari plak try awk fikir agak2 klu sabri ada kat situ silap hari bulan boleh mati kena pukul oleh org lain. Klu x faham lagi tunggu sampai awk sendiri yg kena.. bru lah awk akn faham. satu lagi dinding kb mall 2 mmg x kukuh klu kukuh sah kereta 2 sangkut kat situ jee. apa2 pun alfatihah kepada mangsa.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wa’alaikumsalam, sekali pandang betullah apa yang diutarakan tapi kena fikir dari sudut yang lain juga.

kamu juga kata dinding kb mall tu tak kukuh. persoalan yang timbul kat sini kenapa ia dibuat tidak kukuh!? bukankah manusia yang mebangunkannya?

kalau nak dijadikan contoh tidak perlu jadikan aku. sebab aku tidak mendoakan sesiapa termasuk kamu. jangan fikir satu sudut sahaja, fikir secara menyeluruh.

lagi pun catatan ini bukan bersifat menghentam! catatan ini cuma ajak berfikir dan menjadi iktibar kepada orang lain.

[Jawab Balas]

13.12.09 at 13:27
Posted by rochi

salamX firstly takziah buat keluarga mangsa. semua kejadian adalah ketentuan ilahi.. tiada daya dan upaya selaian dari Nya.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam, wallahu aklam. takziah buat keluarga mangsa.

[Jawab Balas]

14.12.09 at 09:25
Posted by farahaznil

hmm..aku pun ada tgk video ni kat facebook…kesian kat org yg berdarah2 tu..aku tgk mangsa berdarah2 tu mcm prmpn..betul ke?

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setahu aku, semua mangsa adalah perempuan.

[Jawab Balas]

14.12.09 at 11:25
Posted by mesticun

Kesiannya.nak buat macam mana.benda dah jadi.
kita sebagai manusia kenalah sentiasa beringat.
kalau tak reti bawa kereta tu.jangan pandai2 nak
hidup enjin.lepas hidup tekan minyak.masuk gear.
bom meletup merempuh bangunan.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

apa yang terjadi adalah hasil dari kecuaian manusia itu sendiri. sama ada dari teknikal pasal kereta dan keselamatan pembinaan bangunan itu juga.

islam itu menyeluruh (syummul)kan? jangan hanya menyalahkan takdir bukan?

[Jawab Balas]

Peluang Perniagaan beri maklum balas:

Yup. Jgn hanya menyalahkan pada takdir. Yang buruk pastinya dari diri kita sendiri.

[Jawab Balas]

15.12.09 at 16:01
Posted by ayisy

Malang tidak berbau.
Memang sakit hati kalau sesuatu kemalangan tu berlaku disebabkan kecuaian orang lain.

Tragedi jambatan runtuh kat Kuala Dipang pun sama. Masing2 tuduh menuduh.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tak tahulah. rahsia sesuatu kejadian hanya mereka yang merancang sahaja yang ketahui.

ketika ini pun kita pelik kerana dimana orang yang bertanggungjawab meluluskan projek-projek tersebut?

[Jawab Balas]

07.01.10 at 20:39
Posted by fara

nape la da mnusia yg kejam…bnatang ag bgus asanya..syg ank sndiri..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kekejaman manusia mengikut kategori. kategori ini yang paling sukar dikesan kerana ia melibatkan ketamakan duit.

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled