Klik Dapatwang, Pula Bikin Panas Sampai Ubah Sistem!?
Sebelum ini aku panas dengan segelintir blogger yang ambil kesempatan menubuhkan kumpulan untuk klik-klik Nuffnang. Belum reda panas tersebut keluar pula cerita panas baru. Kali ini kecoh pula Dapatwang mengubah sistem dalam programnya!
Ada orang kata, program Dapatwang buat hal. Bakal scam. Kalau benar pun ianya terjadi. Ianya angkara siapa? Pernah dengar tentang Clickbank? Dulu, kita tak boleh sertai Clickbank. Siapa punya angkara? Pernah dengar tentang Tradebit? Sekarang, orang dari negara kita dah tak boleh sertai Tradebit. Siapa punya angkara? Pernah dengar tentang Perrfly? Sekarang diorang pun tak nak orang negara kita. Siapa punya angkara? Dan banyak lagi. Siapa punya angkara? Kalau Dapatwang pun sangkut. Korang masih nak salahkan admin? Sekarang, admin dah ketakkan syarat dan peraturan, siapa punya angkara?
Ini semua kerana apa? Inilah puncanya jika nasihat dari blogger lain tak mahu dengar. Janji nilai duit kat akaun bertambah kan? Lepas tu caranya mudah. Modal tak besar, hanya dengan klik sana klik sini berkelompok maka duit masyuk!
Aku nak nasihat je. Mungkin kau orang baru, aku perlu tegur mana silap. Kau nak teruskan atau tidak tu lantak kau la kan. Mungkin itu cara kau cari rezeki. Janji aku lepas tanggungjawab aku menegur sudahlah.
Perbetulkan sikap yang tak berapa betul tu. Masalahnya kalau melibatkan kau seorang je takpelah. Tapi ia melibatkan orang lain juga nanti. Jauhkan diri dari sikap kebudak-budakan itu dulu seperti berkata-kata seperti,
Aku tak kacau hidup kau, kau apa hal pulak nak kacau hidup aku?
Mudahnya kau keluarkan kata-kata seperti itu. Lagi kau kata pula,
Apa kau sibuk, aku punya pasallah, kubur lain-lain!
Yalah aku nak ingatkan je, kalau kau mati, kubur kau bukan kau gali sendiri kau tau kan? Kau tetap perlukan kawan-kawan atau saudara-mara. Jiran-jiran sekurang-kurangnya untuk menyembahyangkan kau.
Tak ada gunanya orang yang berfikiran seperti budak-budak nak bawak berbincang. Akhirnya menjadi kecoh tanpa tujuan asal. Belajarlah mengenai hidup dahulu sebelum nak duduk dimeja perbincangan. Hidup ini bukan terhala satu arah sahaja tapi punyai banyak cabang yang perlu kita belajar bagaimana menuju ke setiap destinasi.
Aduh dah malas aku nak bebel perkara yang sama je. Kau boleh buat rumusan sendiri, dah besar panjang kan? Ada otak, pakai! Fikir-fikirkanlah.
45 Comments to “Klik Dapatwang, Pula Bikin Panas Sampai Ubah Sistem!?”