Hello and welcome to beautiful MEGAT.

Klik Nuffnang, Jom Kita Kaya Dengan Klik Iklan Nuffnang!

Tags:, , , , , , , , , , , .

Macam haram! Itulah perkataan yang terdetik dalam hati aku bila buka jaringan pembaca suapan RSS aku (jangan lupa untuk melanggan he3) yang ditulis oleh Topotato dan Khai di blog Arjuna. Lebih panas dari mencipta laman web lucah!

Sebelum ini aku pernah menulis tentang halal atau haram pendapatan dari blog. Kes seperti inilah yang aku maksudkan. Dulu geng-geng seperti ini menjemput melalui spam ke email dan menyeru untuk bersama-sama menyertai program mereka. Aku tak tahu pula sama ada dari orang yang sama atau berlainan.

Apa yang pasti perbuatan tersebut sama seperti pergi minta sedekah di tepi kaki lima sambil memegang tempurung kelapa. Membelas simpati tetapi cukup tulang empat kerat!

Kata Topo,

ku sangkakan kelab peminat, rupanya kelab main klik-klik iklan nuffnang, hmmm aku tak nak komen apa-apa pasal kelab atau team nuffnang ni, aku nak dengar komen daripada korang je. hohoho aku tak layak nak jatuhkan hukum ke ape ke

Kata Khai,

Ok kepada najis-najis yang buat kerja kotor tu, come-on lah beb! Dah tahu blog korang tu tak pemes dan artikel korang pun pelik dan jelik, ubahlah perangai tu. Ini blog sampah! Artikel copy paste! Lepas tu income dari Nuffnang nak beratus-ratus sehari. Siapa ajar korang?!!

Itu belum masuk kata rakan-rakan kat twitter dan shout box di blog berkenaan! Diri sendiri guna host blog percuma lagi nak cerita itu ini (ha3). Sabar Megat, sabar.

Mana boleh sabar macam ni, orang lain berhempas pulas nak naikkan trafik dengan cara yang betul, orang macam ni pulak nak busukkan seluruh blogger yang lain?

Yang paling kelakar siap suruh refresh blog sehingga keluar iklan!? (kah3) memang aku tak boleh terima. Orang lain sibuk duk belajar pasal SEO. Orang lain dok sibuk pasal optimasi blog secara offline. Kau pulak sesenang nak senang (eh betul ke aku cakap?). Satu kali lagi, macam haram!

Yang paling aku kesian ialah mereka yang turut sama menurut je, dengan kata lain mereka yang dah terjebak. Kau jawab lah esok kat akhirat. Ada otak pakai, ada hati rasa, boleh bikin buat keputusan sama ada elok atau tidak cara kau tu.

Pengasasnya pula keje nak menipu je. Yang secara tak langsung dapat imbuhan dari apa yang dia lakukan. Yang menjadi mangsa nanti orang yang dok ikut je cadangannya.

Ambik contoh aku je dah la. Walaupun aku ni hidup susah tapi aku berusaha cari makan dengan jalan yang betul. Kalau aku minta bantuan dari rakan-rakan blogger pun, aku guna cara yang betul sebab kami telah jalinkan hubungan atas dasar percaya sekian lama. Betul tak kawan-kawan?

Isu Iklan Haram Oleh Nuffnang Yang Pernah Dibangkitkan

Isu Iklan Haram Oleh Nuffnang Yang Pernah Dibangkitkan

Ini kenal pun tidak tapi merancang itu dan ini. Lepas tu duk menghasut ajak sertai kelab apa-apa ntah. Siap la kalau Nuffnang dah tahu nanti. Kena pula wakil nuffnang jawab balas secara terus dari komen blog ini (ha3)

Jangan lupa blog ini pernah dapat trafik yang luar biasa, masa tu aku tulis pasal iklan haram dari Nuffnang. Tengok saja gambarajah yang datang aku snap dari catatan lama. Persoalan tersebut pun sudah mendapat maklum balas yang cukup baik dari wakil nuffnang, En Faris.

Sudah pasti pihak nuffnang memerhati pergerakan blog ini juga (ceh aku perasan).

Aku nak dengar juga kata-kata dari blogger yang lain tentang perkara ini. Kasihankan kepada mereka yang tak tahu apa-apa dan kita cuba perbetulkan keadaan.

Alo kawan, nak senang bukan senang, perlu ada caranya. Tak susah nak buat cara yang betul, tapi kalau dah kepala tak betul, tuhan sekat rezeki tu, malah tak pepasal seluruh hidup susah! Aku tak sertakan pautan ke blog kau pun dah cukup bagus, insaflah!

ps -  harap ada wakil dari pihak Nuffnang boleh tolong jawab persoalan tersebut sebagai rujukan.

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 30 November '09 oleh Megat, dalam kategori Isu Semasa.

108 Comments to “Klik Nuffnang, Jom Kita Kaya Dengan Klik Iklan Nuffnang!”

30.11.09 at 22:24
Posted by zool

Aku pun penah kena gak ngan bebudak ni. Memula layan tapi dah 2-3 kali klik aku sound je.. Lagipun kalau memain klik ni tak dikira pun oleh nn tu.. diorang pun bijak trace mengetrace ni

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tau takpe. terima kasih kongsi pengalaman. aku harap pengalaman bakal mengajar blogger baru (he3).

derang sudah tentu ada sistem yang baik untuk lakukan kerja-kerja tapisan ni (he3)

[Jawab Balas]

30.11.09 at 22:26
Posted by abrar

adeh.. payah juga kalau orang nak kaya cepat. isk isk isk.. diorang tak pikir pasal halal haram. mcm mana hidup nak berkat. Dan semua itu salah satu punca hidup jadi tunggang langgang. Kena ban dengan nuffnang meroyan tak habis

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

perkara macam nilah yang aku dok tegakkan kat blog aku ni. sebab musabab macam mana generasi kita jadi tak betul.

puncanya makanan dari kes-kes macam ni lah. teruk kan?

[Jawab Balas]

abrar beri maklum balas:

memang teruk sekali en megat. efek nanti kat anak2 dan famili

[Jawab Balas]

paeh beri maklum balas:

org yg nak kaya cepat tu mesti byk melayu… memalukan blogger melayu aje… cait…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

blog tersebut dalam bahasa melayu dan sudah pasti menjemput orang melayu.

memang memalukan!

[Jawab Balas]

30.11.09 at 22:28
Posted by mrkay

aku baru cadang nak report kat pihak nuffnang.. tp kalo betul dia orang perhatikan blog ko, tak perlu la report kot. tp kalo pihak nuffnang still tak sedar, boleh je report nnt..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tak yah report, kita tengok apa kata wakil dari pihak nuffnang. aku rasa mereka tahu dan dapat trace blog yang pernha hentam mereka (kah3).

[Jawab Balas]

30.11.09 at 22:29
Posted by Fazreen

semakin panas isu ni nampak..aku pun agak xsetuju dgn cara dorg malah aku kutuk dn lahanat dorg yg nk cari duit dgn cara kotor

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mudah bukan maksudnya? haram, kalau dihidang daging eksiden depan mata sudah tentu tak nak makan kan?

tapi benda-benda macam ni tak nampak hukumnya depan mata. dan ia telah menjadi darah daging. uh menakutkan!

[Jawab Balas]

Fazreen beri maklum balas:

Biar lambat dpt income. kata org 6 bln pertama berblogging memang zero earning tp msuk bln ke 7 earning yg kta dpt maybe bersamaan 6 bln yg sebelumnya

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju. aku sendiri mengalaminya. kalau baru update 2 3 kali jangan harap lah, sebab memang tak berbaloi dengan apa yang diusahakan.

[Jawab Balas]

30.11.09 at 22:32
Posted by blowie

biarkan diaorang rasa duit nuffnang dari hasil kelab klik2 nih,baru cukup rm50 nak cashout dah kena ban ^_^

[Jawab Balas]

beliamuda beri maklum balas:

kalau jadi camni, sakit hatilah mereka.. haha.. mesti rasa letih dah kumpul cukup2, pastu takleh cash out..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

lagi bagus, baik tak yah mulakan kalau dah tahu macam tu kan. dengan kata mudah, tutup terus kelab tu (he3)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

macam mana pun benda yang tak berkat sudah pasti ada balasannya. kita serahkan pada Yang Esa.

mungkin kat dunia pun dah dibalas. oleh pihak Nuffnang kot (ha3)

[Jawab Balas]

30.11.09 at 22:33
Posted by Lizz

pasal kelab nuffnang tu aku tak leh tahan nak gelak :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kelakar kan? tak logik pun ya. senang cerita diwujudkan untung kepentingan pengasas itu sendiri.

takpe sekurang-kurangnya kita dapat hebahkan penipuan sebegini kan?

[Jawab Balas]

30.11.09 at 22:34
Posted by Mr K

Nice one

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

thanks!

[Jawab Balas]

30.11.09 at 23:16
Posted by Kujie

kak jie pun pernah buat entri sound bab klik mengklik ni…tak fikir panjang.

bayangkan unique visitor dia 200 orang tapi yg klik 100 kali?

percaya ke nuffnang?

dah lagi.. lama kelamaan pengiklan pun tak mau iklan melalui blogger lagi sebabnya dia keluarkan duit utk bayar earning saja sedangkan produk dia tak kemana.

baca beberapa blog yang asik cerita nuffnang..nuffnang…nuffnang…nak sgt cepat kaya dengan nuffhang.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul tu kak, memang pelik. mungkin derang fokus untuk dapat RM 0.25 tu kot!?

sedangkan kita tahu pengiklan beli jumlah pelawat unique. iklan yang macam tu yang hasilkan income yang banyak.

apa ntah tujuan derang. apa matlamat derang pun tak tahu. nak kaya dengan cara macam tu (ha3).

takpe kak, sekurang-kurang nak tegur cara pemikiran orang baru supaya tidak mudah ditipu.

[Jawab Balas]

01.12.09 at 00:21
Posted by izzat

rasanya benda ni dah lama, cuma sekarang ni makin menjadi2, siap ada team tu..hoho..kesian kat nuffnang, nasib baik dorang tak buat macam Advertlets..keh2.

benda ni sama macam Google Adsense dulu la, suruh klik iklan sendiri lepas tu klik iklan member lain pulak, lepas tu ulang dan ulang lagi. Akhirnya kena ban.

Benda ni takkan berhenti selagi adanya penulis blog bermata duitan, tulis blog dengan harapan dapat income ratus2, ribu2 tanpa usaha keras. Saya ada nampak beberapa blog yang siap suruh pelawat/pembaca blog klik iklan nuffnang, tapi saya sekadar tengok dan berharap mereka sedar yang apa yang mereka buat tu salah. Mungkin kena buat sesuatu kepada mereka ini? hehe..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul tu, setakat menyuruh klik iklan di dalam blog sendiri memang ramai. tapi tak sangka sampai bikin team macam tu, siap ada blog untuk team tersebut pulak tu.

kita patut dah belajar dari sejarah dahulu, paypal, clickbank telah BAN klien dari Malaysia. masa tu IM kita pun susah nak jalan.

aku harap kali ini kali terakhir dan tidak berlaku pada masa akan datang. kalau tidak kita bakal ketinggalan lagi dalam dunia blog dan pendapatan melaluinya.

[Jawab Balas]

01.12.09 at 01:05
Posted by Fahmishah

Fungsi iklan itu sendiri dah disalah guna kalau kita main klik. Motif syarikat yang iklan tu sendiri dah lari. Sepatut’nya tarik pelawat. Dan sekarang ini bukan pelawat yang datang dan duit yang dilaburkan pun macam tu je habis.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

nanti tak tally kan? tapi pihak nuffnang takkan bodoh camtu je nak kasi. mesti derang ada sistem dia.

aku lebih kesian kepada mereka yang terjebak tu. minta derang fikir balik. pengasas tu dah tak leh ubah jangan orang lain pula yang terjebak (hu3)

[Jawab Balas]

01.12.09 at 01:12
Posted by loq

kelab tu dah tak ade sekarang.si zul tu dah tobat nampaknye

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

alhamdulillah kalau macam tu. bukan apa, yang tak baik tetap tak baik.

senang cerita kalau nak lawan lumba lari kena la lawan dengan cara berlari juga kan? (he3)

[Jawab Balas]

01.12.09 at 01:12
Posted by Anarm

paling takleh blah bila aku baca kt shoutbox blog tu. dia tulis lebih kurang cmni (aku dh ingat2 lupa), “xleh tgk org senang skit.. sama2 melayu pn nk dengki”.. haha.. lebih kurang cmtu la ape yg aku baca kt shoutbox die td.. tp aku xtau yg tu pihak diorang yg tulis atau rakan2 kite yg saje nk mengANJING kt situ.. hehe..

masalahnye skrg bukan nk mendengki sama2 melayu.. dah bende tu terang2 dah salah, sama2 melayu kene la tlg tegur.. korang plak pikir kitorang ni dengki.. xtau ke yg org mcm korang la yg memalukan melayu!! otak letak kt kepala &^$$#&^T* (ditapis) ke wei? akal ade tuhan bg tp xnk pakai.. tarik balik function akal tu baru la merasa.. 1 hape pn xdpt pikir.. pinjam ayat ko jap megat.. MACAM HARAM!! aku tambah, HARAMJADAH! sekian..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku sempat baca blog tu (sebelum dia tobat), banyak juga pertelingkahan kat shout box tu. banyak juga antara kata-kata yang tidak keluar dari akal fikiran manusia sebenar.

melayu memang macam tu agaknya, sebab itu melayu yang sikit buat salah, yang tempiasnya kat semua melayu.

niat dihati nak menegur tapi aku tengok teguran yang dilakukan oleh blogger lain tak jalan. alhamdulillah kali ni betul-betul blog tersebut tutup!

[Jawab Balas]

Anarm beri maklum balas:

kalau ade muncul lg blog2 cmtu, kite seraaaannnggg lagi.. huhuu..

psstt: nuffnang xnk bg earning free skit ke kt kite? wahahaha..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

serang pun bukan sebarang, tengok dulu buruk baiknya. yalah kalau memenuhi kriteria takde masalahlah. ini menyalahi undang-undangnya memang lah masalah.

ps – uiks siap minta habuan eh (kah3)

[Jawab Balas]

01.12.09 at 01:45
Posted by Mr.Bintang

hahaha.. bulleyes.. perhaps no more click team lagi dah.. aku nak komen ape pun x tau ni.. ape yang aku nk ckp smua dah korang ckp.. hahaha..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

rasanya dah cukup point kot? takpelah lagi pun blog tersebut telah ditutup.

kalau derang rasa apa yang dilakukan tak bersalah, teruskan je la kan (ha3)

[Jawab Balas]

01.12.09 at 02:07
Posted by luth textile

aaaaakuuu nak kayaaa.. tolong aku nak duit.. aku tak dak duit loo.. tengok orang lain jana duit melalui internet, aku pon nak juga

macam tu la kot rintihan budak2 nuffnang bengong tu. Cam pelaq ja depa, hello.. baik blogging tak dapat apa daripada blogging dapat benda haram.

duit tu jadi haram kalau cara kita dapat tu haram. perangai macam haram kalo makan duit haram. Eh, aku pening budak2 zaman sekarang yang suka haram – haram ni, tah2 depa tu …….. isi tempat kosong.

memalukan.. memalukan..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

pelik kan? takpelah mungkin mereka suka atau dididik macam tu kot!?

kita dah tegur pun dah cukup kalau boleh buat mereka sedar. dunia blog kita kecil tapi macam-macam boleh berlaku.

kalau tak boleh nak sedar tu nak macam mana kan?

[Jawab Balas]

01.12.09 at 03:34
Posted by titan

jangan kata team nuffnang. Team klik2 adsense, team klik2 dapatwang, team klik2 program lelain. Banyak lagi. Semua main underground dan under radar..

Jadi, benda ni susah nak control. Apa yang aku tahu, kita buat apa yang kita rasa kita sepatutnya..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mungkin program lain aku tak familiar, tapi aku rasa memang tak mustahil berlaku.

yang tak sedap, kerana duit sanggup bergelap hati.

[Jawab Balas]

01.12.09 at 04:02
Posted by Mr K

And lagi satu, aku rasa pihak nuffnang pasti dah aware pasal ni. At least must be a track code there for something like this. Macam google adsense la. Dia boleh detect kalau2 owner or orang sama yang klik.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku rasa ada betulnya. kalau tidak takkan mereka berani nak bikin bisnes macam ni kan.

harap-harap tidak beri implikasi yang teruk berlakunya perkara macam ni.

[Jawab Balas]

01.12.09 at 06:31
Posted by IMCurtain.com

Be patient bro. I think some of those who just started blogging doesn’t really understand the concept and truly relying on Nuffnang to make money. Most of the top bloggers actually started blogging as a hobby, not as a platform to generate income. Misconception towards blogging!

p/s: Thanks for keep supporting us!

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

memang aku sedang bersabar dan masih bersabar. kalau tidak teruk perkataan yang aku gunakan (ha3).

aku tak rasa pengasasnya orang baru dalam dunia blog, malah bukan seorang tapi ramai. yang ramai orang baru adalah pengikutnya!

dulu zaman aku sememangnya mereka mula menulis blog kerana suka-suka. tapi blog yang wujud skang ni bermula dengan “nlog boleh buat duit”!

[Jawab Balas]

01.12.09 at 08:04
Posted by chika

‘Chika, saya dah klik nuffnang awak, nanti klik saya balik heh’.

What The Huh?

Tak tunggu, terus aku delete je mesej dia. Kelakar gila nampak sangat blog tak bagus, takde inisiatif tapi kepala pikir nak kaya. Ingat senang ke nak kaya tulis blog? Ingat tulis blog ni sebab nak kaya ke?

Berusaha bagi entry mantap dulu. Sampai orang baca pon rasa macam LEGEND gila. Itu baru nama dia BLOGGER.

Tapi malas nak bagi fokus kat dorang ni. Blog dorang pon tak kuasa saya nak jejak. Dorang ni kebanyakkannya budak naif.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

memang patut delete je terus. macam orang takde iman je buat camtu kan chika? (hu3).

macam taksub sangat nak bikin duit sampai kena promosi macam tu sekali.

tengok je mesej macam tu, terus hati panas. panas bukan sebab apa bila memikirkan sikap yang tidak berusaha melalui jalan yang betul malah lebih kecewa apabila ia berlaku ke atas orang melayu!

LEGEND macam CHIKA THE BLOGGER kan? (he3)

[Jawab Balas]

chika beri maklum balas:

ayat terakhir tu, tak manis la pulak. HAHA. Tak la tak la. Saya tak legend. Saya tukang tulis je. Tukang hiburkan orang pastu orang buat blog tu macam dia punya. (haha tetiba nak emo) :P

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

jangan macam tu chika. klu ia manis, manis tidak bergula, takut diabetes. klu ia masin, tidak bergaram, takut kena darah tinggi. (ha3)

kata-kata dalam penulisan itu yang membuatkan ia LEGEND! ;)

[Jawab Balas]

01.12.09 at 09:10
Posted by wan2911

uwaa…aku da tejebak..tQ bro sebab mengingatkan.
pasni xnak wat lagi :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

alhamdulillah, sempat diselamatkan (he3). tak tau takpe, boleh dimaafkan. tujuannya untuk menyelamatkan mereka yang terjebak dari awal.

senang cerita fikir baik buruk tentang sesuatu program atau tawaran kerana kesan buruknya terlalu bahaya.

terus berusaha dan yang paling penting hasilkan catatan yang berkualiti. aku percaya setiap orang dianugerahkan sesuatu yang unik ;)

[Jawab Balas]

01.12.09 at 09:42
Posted by aidi-safuan

oppssss…dah terjoin arituh.thanx for diz info.mula2 ingat suker2 jer join klik2 nih.tapi betol la tuh.sebab dah lama earning tak naik.niat sebenar nak berblog dah lari daripada asal dulu…

Thanx Megat for sharing diz info! now kembali nak blog cam dulu.juz for fun in blogging!

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sedar awal, takpe. sebenarnya dunia blog ni terbentang luas untuk kita. lebih luas dari dunia yang berada depan mata kita.

insya allah kita kongsi yang mana baik dan jadikan sempadan. yang tak elok tu kita jadikan tauladan ;)

[Jawab Balas]

01.12.09 at 10:18
Posted by denaihati

Bagi aku mudah je. Kita ambil contoh adsense sememangnya ada syarat yang kita tidak boleh klik iklan kita dan teman-teman yang sama tidak boleh klik iklan kita berulang-ulang. Jika berlaku akaun akan dibatalkan. ADAKAH nuffnang ada syarat ini? Jika ada maka hukumnya memang haram tetapi jika tiada syarat ini maka hukumnya tiada masalah. Bagi aku tiada masalah kalau mereka nak buat kelab kerana pada akhirnya mereka tetap kena lawat dan klik sendiri yang tak boleh kalau mereka guna sistem auto surf dimana sistem yang klik. Akhirnya kena check syarat nuffnang….diaorang ni pun orang bisnis yang nak trafik sebanyak mungkin.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mudah bagi orang lama tetapi kita kena faham betapa susahnya untuk orang baru.

sudah pasti nuffnang punyai syarat seperti ini, jika tidak dah lama mereka ‘bungkus’.

bagi aku tak perlu bikin kelab kerana setiap apa yang mereka buat biarlah bersifat individual bukan berkelompok.

apatah lagi berlaku kepada penulis baru yang sepatutnya belajar berusaha untuk capai apa yang mereka mahukan dengan cara yang betul, bukan dengan cara macam ni?

apatah lagi kalau dok kacau orang sana sini, suruh join kelab-kelab tersebut, lagi lah annoyying!

[Jawab Balas]

01.12.09 at 10:59
Posted by Zul

Salam… thankz la..
zul dah terangkan dekat topo, justkhai, n sekarang otw dekat blog nieh ngn arjuna..
zul minta maaf la nowh..
sebab wat ada pihak terasa..
mmg dari dulu zul rasa dah salah..
tapi atas pengaruh kawan dan x fikir panjang, zul wat ja group 2.
so skarang zul dah padam klik 2 n xkan dah wat mcm 2..
harap maaf ini bagi pihak zul, zul harap semua pihak tidaklah marahkan zul lagi :P
Peace no war.. Hehe

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam zul, alhamdulillah jika benar keinsafan tu datang, syukur.

bukan apa, yang tak elok tu kita sama-sama tegur. sama juga kat blog ini klu ada perkara tak elok, rakan-rakan lain pun kena tegur juga.

tiada isu marahkan sesiapa, cuma jujur kata, geram je. sebab apa, sebabmenjadi penggalak kpd perkara tak elok itu sahaja.

mau kawan, tidak mau lawan dan terima kasih sudi bertandang ;)

[Jawab Balas]

chika beri maklum balas:

murninya kalau macam ini. Bila rasa buat kesalahan minta maaf terbuka. Dan bukannya lari hilang lesap. Jadi semua orang pon tak marah :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju, terasa sejuk je kan? semuanya reda seperti sediakala (hu3)

[Jawab Balas]

01.12.09 at 11:07
Posted by Rjuna

Peh gila hangat topik ni, padahal aku suka² jer syor topik ni kat khai masa dia offer jadi penulis jemputan

siap yg ada tukang report ke nuffnang tu peh korang memang support mantop lah sampai 3 team klik-klik ni berkubur (tu yg diorg marah sgt kot),

start mlm tadi shoutbox aku dah diserang, mungkin dari geng NuffSquad yg tak puas hati

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

yang tak faham tu, kita nak buat macam mana kan? apakah mereka sudah punyai pendapat pasif yang membanggakan? ikut logik pun memang tak mungkin kan?

kepada yang belum sedar tu mungkin dah menjadi sukar apabila hati ditutup dengan duit.

aku pun dapat lihat shout box ko penuh dengan serangan dari peminatnya mungkin!? tak apa lah, cara diskusi kat situ pun tidak mengikut spesifikasi yang betul selain membabi buta dengan bahasa tak sihat.

kalau tak semua, sekurang-kurang nya ada yang sedar sudah cukup. janji kita dah lepaskan tanggungjawab menegur mereka, wallahu aklam!

[Jawab Balas]

01.12.09 at 12:59
Posted by x-po

agak2, org yg komen kt sini ada tak yg hipokrit? ekekeh

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kenapa ada yang hipokrit ke? kalau kita tak tahu pun, Allah Maha Mengetahui.

kalau Allah tidak cukup menakutkan, tak tahulah dicipta dari apa (hu3)

[Jawab Balas]

x-po beri maklum balas:

hehe ada, tp aku mls nk ckp sape..sape mkn cili, dia yg terasa..hehe

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

cukuplah. bab yang itu biar allah yang tentukan. bukan hak kita nak siasat sampai tahap menyelinap ke hati (he3)

[Jawab Balas]

naz beri maklum balas:

hehe, betul, ade jugak la sikit makhluk yg komen sini yg aku penah nmpak main exchange click. btw, aku penah dpt experience org mintak exchange click ni, mostly girl la, ayat “click nuff” secara menggoda, wahaha. annoying gile! masuk blog kita diorg target shoutbox dulu, entri kita buat tak nmpak je. =(

[Jawab Balas]

Kujie beri maklum balas:

ada…. seorang dua yang komen kat sini , dia ada buat entri ala2 – kliklah aku…

tapi sapa makan cili, dia le rasa pedasnya!

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

erm, saya tak perasan lak kak. mungkin tidak kena dari orang yang sama.

mungkin kak lebih tahu?

[Jawab Balas]

01.12.09 at 15:01
Posted by Mazudi

Diawal kelahiran Google Adsense dulu pun ada team yang buat kijer macam ni. International nyer clan lagi tu. Ramai pengikut dia. Tapi, dalam tak sampai sebulan macam tu dah tak kelihatan lagi iklan iklan adsense kat web page mereka.

Ini soal moral. Ada orang biasa jer beli barang cetak rompak, ada orang betul betul anti cetak rompak. Ada orang suka dengan idea klik iklan Nuffnang, ada orang tak suka. Tapi, yang akan terasa kesannya nanti semua nuffnang publisher.

Chow.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

atas pengalaman kepada mereka yang terlibat dalam team adsense itulah sepatutnya menjadi iktibar. jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

betul, bab moral memang susah untuk diubah tapi tidak semua. kadang-kadang bila kena ketuk kepala baru mereka tersedar.

suka atau tidak bila cerita bab hukum, ia tetap hukum.

[Jawab Balas]

01.12.09 at 15:34
Posted by Ikhwan

Wah, lps satu2 isu hangat kt blog megat. Hari tuh celcom broadband kini team nuffnang. Ikhwan rasa benda ni mmg tak ptut di wujudkan. Makan duit tak berkat. Orang lain ssh cari idea tulis article, nak tarik reader[s]. Diorg senang2 je click sana click sini. Alhamdulilah klo diorg dah tersedar :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sambil-sambil lihat kesedaran derang, sesambil itu juga kita perlu pantau. yalah zaman skang ni macam-macam boleh berlaku. apatah lagi kat dunia tanpa sempadan ni.

[Jawab Balas]

01.12.09 at 15:35
Posted by aidilx

aku pun dah cipta entri khas untuk golongan nak senang cara mudah ni..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

baguslah. mudah-mudahan menjadi iktibar kepada yang terjebak. mungkin ada pengalaman atau idea yang boleh dikongsi ;)

[Jawab Balas]

01.12.09 at 15:53
Posted by zool

Zaman muda2 dulu pun penah gak klik sendiri tapi bila umur dah senja.. dah paham selok belok iklan2 ni.. tampal dan tinggal je.. kalau ada rezeki adalah klik.. tapi tak yah klik la. kalau ads nuffnang suka dia bagi buffered earning lagi selesa… tak yah klik pun tambah earning nya..

pasal kompeni luar pun sama.. main klik2 ni bahaya.. nanti kena banned penat je usaha selama ni.. bior la adsense dpt 0.20 sehari dari dapat beratus sehari lepaih tu kena banned.. eh apahal aku melalut pasal adsense plak ni.. sori ye megat.. tumpang melalut

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

yalah zool, pengalaman mengajar erti sebuah kehidupan yang benar. benarlah ketika muda mungkin banyak perkara yang telah kita lakukan tanpa sedar tetapi bila semakin dewasa semakin kuat kesedaran tersebut.

adsense pun dalam kategori yang sama, tidak salah jika nak buat perbandingan ;)

[Jawab Balas]

01.12.09 at 16:52
Posted by cmomoc

aku yg tetap klik kamera aku utk dptkan rezeki… mudah²an halal dunia akhirat.. amin..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

uiks tetiba je (kah3). ko cari rezeki pun klik-klik juga eh mok (ha3).

insya allah jika benar di hati dan berada dilandasan yang betul, amin.

[Jawab Balas]

01.12.09 at 17:26
Posted by unwanted

setahu aku la, kerana aku pernah tanya team nuffnang dahulu.
kalau ajak kawan2 atau memberi kata galakan untuk klik iklan yang ada dalam blog kita, TIDAK SALAH.
seperti “kliklah iklan aku”, “datang klik ye” dan macam2 lagi.
Tidak salah. Aku hendak letak email tu, aku cari tak jumpa pula, mungkin aku dah delete dulu. so sebab tu bagi aku perkara tu still tak salah, selagi tidak mendapat update terbaru dari nuffnang.

yang menjadi masalah apabila menubuhkan team untuk klik nuffnang ahli2 team tersebut. Itu aku tahu mmg salah.
dan aku baca dalam blog tersebut pun sudah dapat warning dari nuffnang.

p/s:aku rasa letak nuffnang statik dah cukup berkesan bagi aku.:)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mengalak dan menubuhkan kelab tu berbeza. yang dimaksudkan dalam catatan tersebut adalah klik-klik yang datang dari sekelompok blogger yang menubuhkan kelab-kelab tertentu.

kalau setakat secara individual kata “kau klik lah iklan aku” itu tak menjadi persoalan ;)

[Jawab Balas]

01.12.09 at 17:30
Posted by catzer

hahahah..tak kose aku kalau takat nak kejar income nuffnang ni meleleh peluh aku tunggu. Mmglah takde keje kot depa ni

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

klu derang tau rahsia sebenar blogging sepert smart blog. mungkin derang berusaha ke arah tu kan?

[Jawab Balas]

mobydick beri maklum balas:

Jangan cakap camtu kita ada blog sendiri kita buat duit sampingan je,jangan jadikan kerja tetap kita….

[Jawab Balas]

[...] Sebelum ini aku panas dengan segelintir blogger yang ambil kesempatan menubuhkan kumpulan untuk klik-klik Nuffnang. Belum reda panas tersebut keluar pula cerita panas baru. Kali ini kecoh pula Dapatwang mengubah [...]

[...] Sword , Black Power Ranger Topo bersenjatakan Power Axe , Blue Power Ranger Megat berkuasa dengan Power Lance , Yellow Power Ranger Aidilx dibekalkan Power Daggers dan Green Power Ranger Fahmishah juga tidak [...]

02.12.09 at 17:16
Posted by sumijelly

faham sudah apa yg di perkatakan oleh En Megat..semoga menjadi keinsafan pada sumi..
huhuhuh… (ayat cma wat salah kan?? hahaha)
maka..pas nie..meh merancakkan lagi entry yg best2… yehaaa…..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah, mudah-mudahan tujuan untuk menegur dengan baik dapat diterima umum.

kita teruskan perjuangan untuk sebarkan maklumat yang cun! (he3)

[Jawab Balas]

[...] Tak sangka, aku tidak menyangka isu-isu sebelum ini seperti klik-klik nuffnang dan klik dapatwang menjadi isu panas. Kamu boleh nampak dengan melihat sambutan komen-komen hangat. [...]

[...] Megat, topotato, kak jie dan beberapa orang blogger lain dah pon kasi gegar team budak-budak berhingus ni. Ikutkan dia orang dah pon lenyap ditelan dek gelombang makian. Terus hilang blog-blog team klik-klik dan rangers tersebut. Apa yang buat aku tergerak nak buat entry ni juga sebab aku terjumpa blog-blog mereka yang mengamalkan amalan “mari beramal dengan klik-klik”. [...]

03.12.09 at 09:29
Posted by abdfatah

suh aje derang join jutawan klik.. lepas tu klik ler suka hati sampai seminggu pun kalo nak klik… hehehe

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mak aih, jadinya keje dia dok klik klik je la (ha3). klik klik boleh jadi jutawan ke!?

[Jawab Balas]

[...] – Klik Nuffnang, Jom Kita Kaya Dengan Klik Iklan Nuffnang! [...]

03.12.09 at 23:59
Posted by Little Mama™

hmm.. daripada masa guna untuk klik-klik sampai sakit jari baik guna jari-jemari untuk menulis content yang lebih baik atau masak makanan sedap-sedap untuk famili.. he..he

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul tu little mama (ha3). sekurang-kurangnya kita tahu ide tu datang dari dalam badan kita iaitu tenaga dan fikiran kita.

masak pun sodap (kah3)

terima kasih bertandang dan memeriahkan suasana ;)

[Jawab Balas]

04.12.09 at 13:21
Posted by amiys

pnh terjebak kejap 2-3 hr.. pastu tetibe insap.. T_T

sbb keje lain x buat.. nk ngadap mende tu jek.. kan dh buang masa.. lagha pulak tu..

ecewah.. tetibe jd ustazah..

wakaka…

skrg klu p blog org just tegur2 n jln2 aje… heeeee…

ampunkan kami penunggu gua.. hahaha!

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

alhamdulillah, tersedar lebih awal.

dari dok pening kepala nak klik sana klik sini yang tiada penyudah dan sudah tentu tida keuntungan, lebih baik fikir macam mana nak menambah baik cara penulisan di blog ;)

terima kasih sudi kongsi pengalaman di blog yang tak seberapa ini.

[Jawab Balas]

13.12.09 at 06:20
Posted by samdaddycool

Pendapatan haram.. Tapi aku suka ayat ko Megat… “macam haram!”

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

perkataan yang selalu digunakan remaja sekarang sam (he3). boleh bikin panas juga tu (hu3)

bagi setengah orang mungkin anggap ia kasar, bagi sesetengah orang pula biasa je.

[Jawab Balas]

14.12.09 at 09:31
Posted by farahaznil

ckp psl nuffnang..bila la nak dpt merasa 1st payment dr dorang ni..huhhuhuh..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

boleh tahu dah berapa lama blogging?

[Jawab Balas]

[...] yang blogger boleh lakukan. Langsung lebih ramai yang cuba ambil jalan singkat seperti mewujudkan kumpulan klik klik nuffnang dan seangkatan dengannya. Kumpulan klik klik iklan pun nampaknya sudah akui kesilapan mereka, elok [...]

15.12.09 at 19:22
Posted by fit

bagi saya pendapatan lumayan bukan dari klik ads tu (CPC) tapi buffered earning yg kita dapat(MCPM)…tak guna je klik2 tu suma..yg top blogger skang ni pn bukan pnah atau suruh klik iklan tu pun..

yg penting visitor mesti maintain n ramai..baru ada earning..buffered earning tu ikut bilangan visitor je kan? dan lokasi ads pn kena betul gk..heh skadar berkongsi pendapat seposen..

memang saya tak sokong sgt dgn androids yg buat pertubuhan klik2 ni..PEACE!

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul tu. setiap earning yang banyak tu bergantung kepada unique visitor. lagi byk maka lagi ramailah advertiser yang nak beriklan di blog kita.

[Jawab Balas]

[...] ini? Bukan saya saja yang sudah memberikan nada tegas dalam soal ini, saudara Khai, Topo dan Megat serta Kujie juga sudah memperkatakannya di blog mereka. Saya bukan berniat untuk menghentam [...]

17.12.09 at 15:05
Posted by The Psychology of Blogging | Lizarazak.com

[...] pertama berkenaan isu Geng  Klik Nuffnang saya temui adalah di blog Megat.net . Saya baca semua pautan yang Megat sertakan di situ dan saya baca apa kata mereka yang sudah lama [...]

21.12.09 at 01:50
Posted by ishak hasimi

saya pun ada buat artikel pasal team klick ni
http://www.ishakhasimi.com/internet/blogger-dayus-paling-bodoh.php
ada ynag komen cakap saya ni tak advister

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sudah tentu ramai yang tak puas hati tapi kita kena tetap pendirian. yang salah tetap salah!

kalau tidak takkan entri ini meletup dan mendapat perhatian ramai pihak kan?

[Jawab Balas]

03.01.10 at 00:06
Posted by mobydick

Nak cari duit kena hati-hati bro tersilap gaya haram jadinya..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

itu sebab entri ini diterbitkan. untuk sama-sama fikir apa yang baik dan tidak baik.

[Jawab Balas]

[...] aku menerbitkan entri ini adalah khusus kepada Nuffnangers baru yang ingin berjaya dengan CLICK?!. Aku bukan nak menunjuk-nunjuk, bukan nak mengata, bukan nak mempesenda, bukan nak menjatuhkan atau [...]








CommentLuv Enabled