Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Makan Kawan, Musuh Dalam Selimut!

Makan kawan – musuh dalam selimut – harapkan pagar, pagar makan padi dan banyak lagi istilah seumpamanya telah lama bertapak dalam hubungan antara manusia. Dalam kata lain yang lebih santai, orang dulu-dulu pun dah terkena!

Itu dulu, cara untuk mengenakan kawan pun mengikut cara pemikiran dulu. Sekarang ni dah moden, caranya juga moden dan bijaksana – apatah lagi dengan bantuan alat canggih! Kalau sekarang ni masih ada yang guna cara lama sudah pastilah kantoi, orang sekarang dah semakin bijak tapi kamu pasti perasan apa yang orang sekarang kurang bijak!?

Tidak kisahlah atas bantuan peralatan atau tidak, yang perlu ditekankan disini adalah sejauh mana kita menjaga diri kita sendiri dari jenis kawan yang makan kawan tersebut. Cakap terang sahajalah, apa yang aku cuba sampaikan adalah dari pengalaman. Aku ada pengalaman aku sendiri dan sudah tentu kamu miliki pengalaman kamu kan?

Jom kita cuba singkap siapa yang suka makan kawan tu. Sebelum itu kamu perlu berhati-hati dengan kawan-kawan yang punyai perangai seperti berikut,

  1. Selalu berfikiran negatif.
  2. Kuat cemburu.
  3. Busuk Hati.
  4. Suka Bohong.

Yang pertama adalah sangat bahaya! Kawan yang selalu berfikiran negatif sangat cenderung untuk makan kawan. Fikirannya sangat tidak sihat sehingga ia digelar musuh dalam selimut.

Bayangkan kawan jenis ini sangat licik dan boleh tergolong dalam senarai kawan baik kita. Yang lebih membahayakan apabila mereka benar-benar kenal kita. Membimbangkan ia lebih mudah untuk menjatuhkan kita.

Kamu boleh gambarkan liciknya kawan jenis ini sehingga sanggup merancang untuk kita menjatuhkan hidup kita walaupun dalam jangka masa yang lama. Bagaimana?

Mereka kenal rapat dengan kita walaupun tentang apa sahaja. Caranya mereka akan cuba memanipulasikan sesuatu keadaan atau situasi mengikut rancangan mereka. Biasanya mereka ini lebih bijak dari kita.

Lebih malang, kawan jenis ini sememangnya sentiasa mahu berada dekat dengan kita walaupun kemana kita pergi. Apatah lagi jika mahu berjumpa rakan lain.

Contoh situasi, mereka sentiasa bangkang pendapat kita dan memberi cadangan lain yang kununnya terbaik buat kita tetapi kita sendiri tidak perasan cadangannya itu adalah jalan pemusnah untuk diri kita. Kenapa? Kamu lupa yang kawan jenis ini paling kenal dan rapat dengan kita sehingga sanggup berkongsi seluar dalam!?

###########

Kawan yang selalu busuk hati ni lagi lah tak boleh buat kawan. Kalau nak kawan juga jawabnya memang cari nahas! Bezanya kawan busuk hati dengan kawan yang berfikiran negatif ialah kita senang perasan dan tahu.

Perasan atau tidak, kawan jenis ini memang sentiasa mencari kelemahan orang lain. Sentiasa mencari keburukan orang lain. Sentiasa membusuk-busukan kawan-kawan lain kepada kita. Dan yang paling jelas, mereka memang kuat cemburu!

Mereka akan puas bila mereka berjaya memutuskan silaturrahim dengan kawan-kawan yang lain dan menganggap diri mereka kawan yang terbaik! Macam haram!

Jangan tak tahu, kawan jenis ini boleh membahayakan nyawa kerana tahap busuk hatinya boleh sampai kemuncak iaitu bunuh membunuh! Ini fakta!

##########

Walaupun dunia semakin moden, sebenarnya masih ramai manusia yang baik hati. Manusia yang baik hati inilah yang selalu menjadi mangsa kawan makan kawan.

Belum kena, memanglah kamu mempertahankan kawan baik kamu tu. Dah terkena sendiri mahu ingat ler, lepas tu jangan lupa mengadu kat ruang komen nanti (ha3).

Paling perit mereka sanggup lakukan sehingga kamu terduduk. Aku tak tahulah sejauh mana mereka ini kenal ALLAH. Jangan lupa! Kadang-kadang mereka ini bila bercakap bleh mengalahkan ahli psikologi atau ustaz.

Kamu bagaimana?

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 19 May '10 oleh Megat, dalam kategori Motivasi.
301 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , .

37 Komen untuk “Makan Kawan, Musuh Dalam Selimut!”

19.05.10 at 17:31
Posted by x-po

aku memang tak percaya kat semua kawan aku..sbb mesti akan ada hipokritnya yg tersendiri..hanya parents aku dan adik2 aku je yg truly frens
Terkini dari x-po di blog nya – SIFAT PENUMPANG ADALAH ANTARA PUNCA KEMALANGAN BAS EKSPRESS? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tidak percaya tidak semestinya menjauhkan diri. islam amat menitikberatkan hubungan antara manusia.

sikap tamak yang menjadikan manusia akhir zaman sedemikian. amat menyedihkan!

[Jawab Balas]

19.05.10 at 17:40
Posted by abrar

aku pernah melaluinya.. memang menyakitkan. oleh itu janganlah terlalu memberi kepercayaan yang penuh kepada sesiapa.

[Jawab Balas]

19.05.10 at 17:47
Posted by abrar

aku sudah mengalaminya. siap kena maki hamun lepas tu kena fitnah depan bebudak lain.. oleh itu janganlah beri sepenuhnya kepercayaan kepada sesiapa.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

apa pun jangan pula kerana hal sedemikian membuatkan kita tidak langsung menitikberatkan soal silaturrahim sesama islam.

sebenarnya ini adalah ujian yang perlu kita hadapi. akan datang mungkin lagi bahaya. yang penting tetapkan iman kita, insya allah.

[Jawab Balas]

19.05.10 at 19:07
Posted by serol

tak pernah kena lagi makan dengan kawan..tapi mintak2 dielakkan la..takut bab2 yang busuk hati tu..ish2..
Terkini dari serol di blog nya – Kala Malam Bulan Mengambang (Gambar) My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mintak2 dijauhkan. impaknya sangat bahaya!

[Jawab Balas]

19.05.10 at 23:16
Posted by lowongan kerja

Seringkali kita tak tahu macam mana sifat sebenar dari kawan kita.. Kadang hanya untuk kekuasaan dan harta , kawan menjadi lawan… Sungguh menyedihkan..
Terkini dari lowongan kerja di blog nya – Fuji Bijak Prestasi Sales & Logistic Vacancy My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

dunia sudah menunjukkan taringnya, manusia semakin menjadi tamak dan kebetulan yang menjadi tamak itu adalah orang disekitar kita.

ini sifat ALLAH Yang Maha Berkuasa.

yang penting bagaimana akal dan fikiran kita mahu mengatasinya sebagai muslim kan?

[Jawab Balas]

20.05.10 at 00:40
Posted by Syafrizal

memang ada dan kadang2 tak sangka juga.. kene la doa banyak2 supaya dielakkan dari orang macam ni
Terkini dari Syafrizal di blog nya – Radix Chicken House di Kota Bharu My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setiap orang pengalamannya berbeza. orang yang tidak kena fahamannya juga berbeza.

senang cerita, sebelum melihat dari sudut orang lain – kita sebenarnya perlu melihat sejauh mana diri kita.

[Jawab Balas]

20.05.10 at 11:34
Posted by samdaddycool

Pada aku, jauhi je kawan jenis macam ni. Doakan supaya mereka berubah. Nak belasah, karang kita plak dapat dosa bab lain.

Dah nama bangsa Melayu, wabak makan kawan aka busuk hati ni memang dah jadi darah daging kebanyakan Melayu
Terkini dari samdaddycool di blog nya – Tudung Syria 2 Layer (diamond) My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sabar pun ada limitnya. klu tidak takkan ada nya perang badar segala. fikir kembali kenapa sabar itu separuh dari iman, kenapa tidak sepenuhnya!?

ini yg tak nak dengar. busuk hati dikaitkan dengan bangsa melayu (hu3)

[Jawab Balas]

samdaddycool beri maklum balas:

Warisan zaman berzaman bro… kalo tak kenapa wujudnya tali barut zaman Jepun / British / Komunis? Siapa yang jadi barua report sana sini?
Terkini dari samdaddycool di blog nya – Buat duit RM1.6 Juta daripada Ayam Tidak Halal My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

20.05.10 at 14:56
Posted by ishak

aku pun selalu jumpa orang macam ni bro kadangkala aku sendiri nyaris terpengaruh
Terkini dari ishak di blog nya – Cantik betul layout blog aduka taruna ni My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

berhati-hatilah! suatu hari mungkin takut kita terlupa (hu3)

[Jawab Balas]

20.05.10 at 21:13
Posted by bluecrystaldude

Kuat cemburu paling tidak digemari. Simple matter become a huge deal afterwards :(
Terkini dari bluecrystaldude di blog nya – Daniel Merriweather – Red My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju! hal kecil boleh jadi besar!

[Jawab Balas]

20.05.10 at 21:13
Posted by bluecrystaldude

RT @megat: cerita pasal kawan makan kawan, http://bit.ly/bpAckr . apa pengalaman kamu? kongsi?

This comment was originally posted on Twitter

[Jawab Balas]

20.05.10 at 22:25
Posted by ardzham

Kawan makan kawan dan musuh dalam selimut memang sukar nak elakkan sebab mereka ni pandai bermuka-muka dan terdiri dari orang yang dekat dengan kita. Tau-tau dah terkena….

Setakat ni belum lagi terkena dengan kes-kes yang besar. Mudah-mudahan tidak akan berlaku sebab implikasi dari kawan makan kawan, musuh dalam selimut dan adu domba ni memang memeritkan, boleh merosakkan hubungan kita dengan pihak-pihak lain.
Terkini dari ardzham di blog nya – Lampu Kalimantang My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

paling menakutkan apabila kita diburukkan kepada orang lain. akhirnya bukan sahaja menjadi mangsa malah dimainkan oleh jenis kawan makan kawan ni.

yang pelik kawan macam ni, bila kita susah, menghilang pula (hu3)

[Jawab Balas]

21.05.10 at 04:18
Posted by Anarm

aku penah ade kawan yg makan kawan.. memang aku terduduk terus lepas kene.. sampai sekarang aku ingat lagi apa yg die dh buat kat aku.. kalo aku jumpe die memang aku belasah terus.. tak kira kt tempat org ramai ke, kt balai polis ke, dalam supermarket ke.. lantak.. seksa idop aku sebab ade kawan macam tu.. niat kita baik nak berkawan, tp org jenis macam tu suke amik kesempatan dengan kebaikan kita.. sampai dalam otak aku ni dah set ‘takkan percaye sesiapa dah’.. (family tak termasuk)..

sebelom amik tindakan nak tolong kawan ke ape2 ke, kene pikir masak2 dulu.. jgn mudah kesian kat org sebab ade org yang takkan kesian kat kite.. sebelom jadi apa2 kt kita, baik hati2.. mencegah lebih baik..
Terkini dari Anarm di blog nya – Kenapa manusia suka menzalimi haiwan? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

begitulah perasaan aku ketika ini anarm. apatah lagi tangah berangin, rasa nak tikam je (hu3).

sebelum terkena memang kita sendiri perlu bertindak. orang yang terlalu rapat atau terlalu baik, jangan disangka tiada muslihat.

boleh jadi kisah dalam hati ada duri (hu3)

[Jawab Balas]

Anarm beri maklum balas:

kawan rapat pon dah susah nak pecaye sekarang ni.. manusia zaman sekarang ni masing2 dah pentingkan diri sendiri je..

aku ade 1 perangai yg susah nak buang.. kalo org buat baik dengan aku, aku balas balik baik tu berkali2 ganda.. sebab perangai aku tula yg buat aku selalu kene tikam tepat atas belakang.. adehh..
Terkini dari Anarm di blog nya – Kenapa manusia suka menzalimi haiwan? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

cik bengang beri maklum balas:

stuju weip..
aku ni kdg2..lebih jage hati member dr hati family sendiri..punyela syg..
last2, jadik cmnih..
sakit ati bukan maen…

[Jawab Balas]

21.05.10 at 23:30
Posted by My Digital Life

aku penah ade kawan yg makan kawan.. memang aku terduduk terus lepas kene.. sampai sekarang aku ingat lagi apa yg die dh buat kat aku.. kalo aku jumpe die memang aku belasah terus.. tak kira kt tempat org ramai ke, kt balai polis ke, dalam supermarket ke.. lantak.. seksa idop aku sebab ade kawan macam tu.. niat kita baik nak berkawan, tp org jenis macam tu suke amik kesempatan dengan kebaikan kita.. sampai dalam otak aku ni dah set ‘takkan percaye sesiapa dah’.. (family tak termasuk)..
+1

[Jawab Balas]

22.05.10 at 00:55
Posted by zool

Betul tu bro.. Kebanyakan orang jatuh sebab kawan bukan sebab musuh yg memang musuh.. Sebab tu kena selalu berhati-hati dalam berkawan…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

atau mereka sudah merancang untuk menjatuhkan seseorang dan wayang menjadi kawan baik?

paling perit dan mungkin boleh jadi trauma, kawan makan kawan tersebut terdiri dari kalangan rakan sejak dari kecil (hu3)

[Jawab Balas]

22.05.10 at 15:36
Posted by zik

kawan makan kawan…sering juga berlaku… bahaya!!
Terkini dari zik di blog nya – Adab berzikir My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sangat bahaya sehinga boleh sebab psikologi terganggu!

[Jawab Balas]

27.05.10 at 13:53
Posted by adamfaiz

Salam…first comment kat sini…Aku memang dah terkena. Orang yang disangka kawan, tikam belakang, hantar surat berantai burukkan aku..geram sehingga hari ini..
Terkini dari adamfaiz di blog nya – Sekolah Gangster Rawang – latihan awal ahli kongsi gelap My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

29.05.10 at 03:09
Posted by cik bengang

Hello!

Dgr topik nih..memang bengang giler.

aku ade member ngn dak 2 lelaki nih…
asek2 nak pinjam assignment…(aku xkesah sgt la kan…)
pastu mintak ajar last menet…esok nak test…malam ni mintak ajar (igt aku lecturer ke..aku nak stadi gak!..aku bukan pandai pun)

ade satu subjek nih…lecturer bg last esemen…
kene submit ah..
masalahnye,smua xreti buat…aku pon skali la..
dak 2 ekor nih xabes2 btau…cakap nak pinjam la..ape la…mintak softcopy la…

bile aku da siap..aku antar jela…
n kt dorang…aku ckp aku xanta…sbb aku nak dorang ade usaha sendiri..jgn hrpkan aku…

pastu…alkesah..dorang tau aku anta…
dorang dok kate aku backstabber jadah bagai..
padehal itu tanggungjwb dorang…buat r sendiri wei…aku yg bodoh ni pun cube buat sendiri..

cam haram aku lak kene…

smpai skang nak ckp aku backstabber…

padehal dorang dok kutuk2 aku kt blakang aku… ingt aku xtau?… sape tah backstabber..

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

[Jawab Balas]

01.06.10 at 05:10
Posted by samanosuke_04

hoho, memang politik berkawan nie kite kene jaga.. tapi aku pakai prinsip simple jerr.. yang penting kita dulu buat baik kat orang lain, baik orang lain yang dibuat untuk kita tue, Allah yang tentukan…
Terkini dari samanosuke_04 di blog nya – Aku VS Lisa Surihani… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

01.06.10 at 15:37
Posted by wazy

Aku dah banyak kali kena kawan makan kawan ni,lantak dia la,time susah aku tolong,bila dia senang,time tu la dia tikam aku dari belakang,kene bersabar je la
Terkini dari wazy di blog nya – Keajaiban Nombor di dalam Al Qur’an My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

14.07.10 at 23:12
Posted by nadri

kena selalu berhati2 pabila berkawan..tak semua kawan tu baik..silap2 kawan main tikam belakang kita (back stabbing)..
Terkini dari nadri di blog nya – Kenyir Lake- TerengganuMy ComLuv Profile

[Jawab Balas]

16.08.10 at 21:59
Posted by isyrak

kene berhati2 dalam memilih kawan..

[Jawab Balas]

21.08.10 at 12:11
Posted by leeza ibrahim

sedih baca ttg kawan2 nii.. saya dh byk kali kena terutama sekali yg paling menyedihkan bila partner bisnes saya yg merupakan kawan paling baik membuat keputusan meningglkn saya hanya kerana percaya benda2 yg tidak baik ttg saya, dan sekarang dia amat membenci saya.. sedih sgt.. tapi bila saya dpt melayari blog saudara, saya seronok pula dpt info yg baik.. so terima kasih ya..

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled