Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Mati

Aku catatan kali ini punyai tajuk yang paling pendek. Hanya dengan menggunakan 4 huruf, bunyinya cukup menakutkan kita. Namun ia juga boleh membuatkan seseorang boleh berubah atas kekhilafan.

Mati sering dikaitkan dengan sesuatu yang bernyawa. Penamat bagi sesuatu yang hidup. Tetapi ia juga cukup sinonim dengan beberapa situasi seperti mati jiwa dan mati pucuk bagi lelaki.

Gementar, menggigil seluruh badan mungkin dek kerana keringat yang mencurah-curah kesejukan. Jiwa tidak tenteram, kosong. Fikiran juga kosong seolah-olah, mati.

Apakah kaitan mati dengan orang-orang baik? Kebetulan atau suratan apabila dikaitkan orang baik cepat mati?

Apa maknanya mati kepada pembunuh? Apakah dengan mematikan mangsa atau sasarannya akan membuatkan mereka lebih tenang? Apakah ia merupakan gambaran lelaki kurang siuman atau layak digelar lelaki bersifat syaitan?

Cinta, kerana cinta juga boleh jadikan jalan singkat ke arah mati. Dimana letaknya akal fikiran yang dianugerah Allah?

Terduduk di suatu sudut. Tiada penyelesaian kepada masalah yang dipendam. Tiada bantuan kepada yang memerlukan. Masing-masing mementingkan diri masing-masing.

Yang diluah tidak dilayan. Yang memohon hanya menadah tangan kosong.

Dunia kini tidak seperti dulu. Tangan lebih ringan dari lidah. Nilai-nilai murni lebih mahal dari harta. Sehingga itu terpacullah,

Mati lebih baik dari cuba untuk minta bantuan!

Dasyat bukan!

Fikir balik dari satu sudut yang lain, kenapa pembunuh kejam sanggup melakukan perkara seperti itu?

Adakah kerana sikap manusia yang lebih mementingkan diri sendiri? Bukankah sebelum kejadian pembunuh pernah mengadu sesuatu tetapi tidak dipedulikan?

Wallahu aklam.

Aku tidak mahu rumus panjang kecuali cuba meluahkan rasa. Apa yang aku alami rasanya lebih teruk dari mati. Sudah banyak perkara yang aku lihat. Sudah banyak pengalaman yang aku alami sendiri.

Sikap manusia itu sendiri yang menjadikan mati lebih mudah!

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 8 January '10 oleh Megat, dalam kategori Motivasi.
313 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , , , .

30 Komen untuk “Mati”

08.01.10 at 00:20
Posted by aman

mati akal nak komen. hu3~
Terkini dari aman di blog nya – Halaman Rasmi Mahkamah Di CuciOtak My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mati akal untuk komen tak apa, jangan mati akal nak update blog yang mahal tu (he3)

[Jawab Balas]

08.01.10 at 00:28
Posted by mohdisa

hidup menanti mati, itulah perkara yang perlu diingat selalu dalam kehidupan kita.
Terkini dari mohdisa di blog nya – Penyertaan Contest Lekat & Menang Anjuran http://www.azizwan.com My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

perbetulkan, bukan hidup menanti mati tetapi hidup mengakhiri mati.

ingat! bekerja dan berusaha seperti hidup 1000 tahun lagi manakala beramal seperti esok akan mati ;)

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

maaf, setiap kehidupan akan menemui mati diakhirnya bila-bila masa sahaja. insyaAllah, kita harus mengingatinya selalu.
Terkini dari mohdisa di blog nya – Dalam Cuka Ada Suka dan Duka My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Saidatul Balqiss beri maklum balas:

mati tu pasti ada… tak kira la orang tu ahli perubatan ataupun ada black magic…

…takotnya nak mati ni…

[Jawab Balas]

08.01.10 at 00:29
Posted by x-po

masa aku frust menonggeng bercinta dlu, time tu aku dpt merasakan cmne perasaan org yg nk bunuh diri akibat putus cinta..mmg skt sgt2, nasib baik iman aku masih kuat.
Terkini dari x-po di blog nya – PLEASE JANGAN BUAT MACAM HARTA SENDIRI My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

alhamdulillah syukur, iman kau kuat. sayangnya sekarang begitu mudah bagi mereka yang mematikan diri sendiri kerana kurangnya pengetahuan agama dan rapuhnya iman.

bayangkan aku 3 kali putus tunang, jiwa muda, rasanya dah 3 kali bunuh diri bukan? tetapi apa yang aku alami atau apa yang aku hadapi sekarang adalah lebih dari 3 kali bunuh diri (hu3)

[Jawab Balas]

Saidatul Balqiss beri maklum balas:

kadang2 meluat jugak dengar kalau orang bercinta setengah mati nir… tak dpt cinta, tapi nak bunuh diri… dulu saya ada rasa nak bunuh diri jugak… tapi fikir2 pun tak guna bunuh diri awal sangat… cari aje cinta yang lain… hati perlukan masa utk diubati… bnyk2 bersabar…

*rasa cinta itu BEST… tapi tak perlu beri sepenuhnya..

[Jawab Balas]

08.01.10 at 00:48
Posted by farahaznil

sabar bro..yg tension tu ttp tension..kita tak boleh lari dr masalah..sebaliknya cr jln penyelesaian wlupun kebuntuan..jangan putus asa!berdosa..hehe

[Jawab Balas]

08.01.10 at 00:50
Posted by Fahmishah

Nyawa itu anugerah. Tiada siapa berhak mencabut nyawa seseorang melainkan mengikut hukum yang ditetapkan Allah. Manusia yang putus cinta, hilang pertimbangan akal dan tidak mahu berdepan dengan kenyataan dan mati menjadi keputusan. Manusia sekarang pandang ringan tentang nyawa.
Terkini dari Fahmishah di blog nya – Kalimah Suci Tertinggi Islam My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terima kasih. apa yang kau gambarkan adalah apa yang berlaku atas diri seseorang secara individu, itu tidak dinafikan manusia kini memandang ringan tentang kematian.

kesimpulannya mereka tidak diperhalusi tentang iman dan kekuatan pengetahuan dalam islam. berapa murahnya fikiran mereka kerana tahap pemikiran mereka seperti itu.

tetapi kita kena ingat juga, dalam islam, tanggunjawab sosial juga dipandang tinggi!

[Jawab Balas]

08.01.10 at 03:19
Posted by zikr the jalanan sepi

sama2 lah kita beringat, sementara kita masih hidup ini.
Terkini dari zikr the jalanan sepi di blog nya – Isu Kalimah “ALLAH” jangan diperbesar-besarkan! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul. ingat ketika hidup kerana apabila sudah mati tiada lagi timbangan baik buruknya.

[Jawab Balas]

08.01.10 at 11:00
Posted by mesticun

Kita semua tetap akan mati.
Terkini dari mesticun di blog nya – Mesej Daripada Dr. Anasufiza Berkenaan H1N1 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kerana Allah ta’ala.

[Jawab Balas]

Saidatul Balqiss beri maklum balas:

ya betul.. tapi cukup ke bekalan kita?

[Jawab Balas]

08.01.10 at 14:34
Posted by Kujie

mati – yang hidup balik
Terkini dari Kujie di blog nya – Kenapa bila ‘masa tu’ rasa nak makan cokelat? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sungguh mendalam maksudnya. insya allah kak. terima kasih atas ingatan tersebut.

selagi ada nyawa dikandung, selagi akal di kurnia, saya lakukan yang terbaik.

[Jawab Balas]

Mr.Bintang beri maklum balas:

hee.. sekali baca tertanya².. apa yang ingin disampaikan kak jie.. bila diamati betul²… mmg mendalam maksudnya.. :)

[Jawab Balas]

08.01.10 at 14:45
Posted by myadlan

walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya..
Terkini dari myadlan di blog nya – Filem mengenai sejarah Nabi Musa dan Nabi Isa ciptaan orang Barat My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju! langsung takde makna sebab ianya tiang agama kita!

[Jawab Balas]

08.01.10 at 15:54
Posted by kaunselor tak rasmi

“…Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup…” – ali imran(27)
Terkini dari kaunselor tak rasmi di blog nya – Penggodam Malaysia Kantoi My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

08.01.10 at 19:06
Posted by abrar

umur makin bertambah, selangkah menghampiri ajal. usah gentar teruskan bersiap dengan amalan yang baik moga ada pengakhiran yang baik.
Terkini dari abrar di blog nya – paradoks 6 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

08.01.10 at 22:38
Posted by mesticun

Selalu tengok filem melayu.kalau tak puas hati.
”mati lah engkau”.itu pun mati juga.
Terkini dari mesticun di blog nya – Mesej Daripada Dr. Anasufiza Berkenaan H1N1 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

[...] menulis apa lagi saranan utk beliau.Farahaznil faham apa sebenarnya yang disampaikan oleh beliau. “Mati lebih baik dari cuba minta bantuan” adalah kata2 yg sering diucapkan oleh En.Megat..Kadangkala bila kita meminta bantuan,macam2 perkara [...]

12.01.10 at 11:42
Posted by tenteraangin

mati datang tanpa diduga

[Jawab Balas]

[...] tidak kisah lesen memandu aku mati beberapa bulan lalu. Aku tidak kisah kereta baru dijual. Aku tidak kisah kereta lama aku sudah [...]

30.01.10 at 08:32
Posted by PITA Punya Pasal, Ku Gagahkan Jua « AMBNaC

[...] sepejuangan yang sedang menghadapi PITA sekarang ini. Mungkin dapat membantu mereka daripada mati tidak terbantu kepada hidup [...]

05.05.10 at 14:57
Posted by mirra.adilla

mati itu sebagai peringatan……………

ade sesapa yang ade petua untuk penyakit asthma…
boleh kongsi

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled