Megat Dot Net Kini Di Telefon Genggam!
Menyedari keupayaan teknologi kini, aku cuba untuk menjadikan blog ini boleh diakses dimana-mana sahaja yang mempunyai liputan sekurang-kurangnya teknologi WAP. Kalau nak lebih laju guna akses lain seperti EDGE, 3G atau UMTS.



Imej di atas adalah antara contoh paparan blog ini apabila diakses melalui telefon genggam. Imej pertama menunjukkan halaman utama blog ini, imej kedua halaman entri (single) dan akhir sekali imej ruang komen. Yang paling penting fail yang kecil supaya mudah untuk diakses melalui telefon genggam berteknologi tinggi dan bijak (smartphone).
Semalaman telah mengkonfigurasi fungsi tersebut dan telah berjaya berdasarkan tutorial dari saudara Khai Dan Knizam. Juga mengimplementasikan penggunaan aplikasi Gravity untuk kemaskini dari Twitter dan Facebook yang telah ditunjuk carakan oleh saudara Roslan. Tahniah kepada tutorial yang mantap!
Mungkin pelayaran blog melalui telefon genggam masih tidak popular tetapi bagi aku ia penting untuk aku mengawal aktiviti blog ini memandangkan aku akan bercuti lama dari mengadap laptop, mungkin persediaan ketika di hospital nanti. Insya allah blog ini juga bakal menerima kemaskini secara langsung dari telefon genggam juga.

22 Komen untuk “Megat Dot Net Kini Di Telefon Genggam!”