Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Mengatasi Panas Baran?

Anda seorang panas baran? Atau mempunyai pasangan panas baran? Secara amnya, aku mengaku yang aku juga seorang yang panas baran. Namun dalam kategori boleh dikawal. Pernah satu ketika aku diperlekeh oleh sebilangan rakan dengan kata-kata; “Panas baran macam ni… sapa lah yang nak kawin dengan nko agaknye..” Hehehe.. alhamdulillah… dah kawin pon aku.

Baiklah, tanpa membuang masa, ini adalah tips dari aku dan  isteri tercinta dalam mengangani masalah panas baran (aku lah tuh). Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit tips kepada kamu yang berhadapan dengan masalah ini. Jangan terburu-buru buat keputusan ye.. mari kita tengok dulu.

TIPS Mengatasi Pasangan Panas Baran.

Beri Masa – Selalunya orang tengah marah ni, dia suka membebel. jadi kepada kamu yang berhadapan dengan masalah sedemikian, sila bagi masa kepada pasangan atau rakan kamu yang dirasuk hantu tu untuk melepaskan kemarahannya. Memang aku akui, pada masa tersebut kata-katanya amat pedih, dan kamu pulak meluap-luap nak jawab. Eh… sabor.. kang ade pinggan mangkok tak pon kerusi meja yang terbang plak.

Jangan Melawan - Kalau melawan, memang kamu telah memburukkan keadaan. Sabar lah.. bagi la dia cakap apa yang dia nak cakap dulu. Kalau kita potong cakap dia… lagi la dia naik hangin. Karang… dah lenguh mulut tuh membebel.. senyap la dia tuh~

Jangan Memaling muka atau menjauhkan diri - Sesetengah pasangan akan berasa takut bila pasangan dia naik angin. Mungkin risau dicedera atau di pukul. Aku selalu berpesan kepada Isterti tercinta, kalau aku naik hantu…. sila jangan jauhkan diri. Pandang muka dia yang tengah marah tuh.. meskipun mukanya mencuka dan menyinga. Sentiasa lontarkan senyuman. Orang perempuan ni ibarat air penawar untuk jiwa lelaki yang sedang terbakar. Orang yang marah ni sebenarya berkehendakkan perhatian kamu. Sila beri tumpuan apa yang dia bebelkan tuh. Mungkin ada kebenaran dan silap kita di situ.

Bersedia Bertindak – Orang tengah marah atau naik hantu ni mempunyai perangai yang tidak terjangka. Apa yang anda boleh buat ketika ini, cuba tanya sama ada dia haus atau lapar… mungkin itu salah satu faktor punca kemarahan. Jadi tunggu apa lagi? Pergi la buat air tuh…!!! hahaha… *tak reti-reti la nkorang neh~*

Mengaku kesalahan – Kalau kita tak salah…. takkan la tiba-tiba jer pasangan kita tuh nak marah kan? Melainkan dia dah sewel. Mesti ada perkara yang buatkan dia marah atau meradang. Selalunya sebelum tercetus kemarahan… mesti dia bebel dulu kan? Jadi aku sarankan kepada kamu, mengaku saja apa yang dia bebelkan tuh… “Betul sayang.. saya mengaku salah… saya mintak maaf ye..” Hahh… kan senang.. dia pon terus surut marahnya…

Pada perkiraan aku, banyak lagi yang boleh ditulis dalam topik kali ini. Mungkin kamu juga ingin menambah… mari kita bincangkan. Siapa tahu idea kamu itu dapat membantu rakan kita yang sedang berhadapan dengan situasi macam ni. Lima dari saya.. selebihnya mungkin pengalaman kamu yang amat bernilai untuk perkongsian bersama.

Terima Kasih 1Malaysia,
Azman Ishak®

Nota: Tiba-tiba teringat kata-kata Kak Jie“Kalau gaduh pun bukan dapat piala pusingan… kekeke” – terima kasih ye kak atas pesanan ringkas tapi penuh bermakna ni.

Nota 2: Marah macam mana sekalipun… perbanyakkan istigfar. Bila dah surut marah tuh… segeralah mintak maaf. Lagi bagus kalau dicium dan peluk si dia dengan penuh erat dan kasih sayang. Jangan dibiarkan berlarutan lama-lama.

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 12 February '10 oleh Kreuger, dalam kategori Motivasi.
558 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , , , , , , .

36 Komen untuk “Mengatasi Panas Baran?”

12.02.10 at 17:06
Posted by zuls

heheh..panas baran ni bahaya ooo.. kalau tak dikawal boleh porak peranda.. :D
Terkini dari zuls di blog nya – Kenapa Perlu Retweet Blog Post? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

orang kate.. kalau cepat marah, dia akan cepat cool. tapi tengok macam mana cara orang yang memujuknye pulak la kan? hehehe
Terkini dari Kreuger di blog nya – Apa sebab orang marah bila blog mereka tidak dapat di akses? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

13.02.10 at 01:57
Posted by kulanz

kadang yg buat kita panas baran tu org keliling juga.. dlm satu keadaan kita mungkin bhadapan dgn situasi yg memaksa kita utk bercakap tegas atau lantang.. tp org anggap kita panas baran.. apa lagi.. bab ni lah yang menyebabkan aku jadi panas..

tp aku ni mmg jenis yg pendiam.. mungkin inilah sedikit kekuatan untuk aku kawal panas baran… jadi dalam apa2 hal sekalipun.. walau tengah marah, aku cuma akan diam..
Terkini dari kulanz di blog nya – Pengaruh Tempramen Terhadap Gaya Keibubapaan My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

sangat setuju beb.. dah memang suara kita ni jenis macam pakai power amp + speaker box. sejak azali dah macam tuh. nampak macam tengah gadoh.. upenye tengah berlawak.. kan ke haru tu.

aku pon suke diamkan diri kalau dah terlampau marah.. tapi bila aku dah diam.. jangan la tambah lagi. kalau sekali meletup.. nah baru depa tau kan?
Terkini dari Kreuger di blog nya – Apa sebab orang marah bila blog mereka tidak dapat di akses? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

13.02.10 at 02:25
Posted by mimrayamim

pasangan tak tau la.. tapi kalau diri sendiri, kena jauhkan diri dari orang sambil berfikir “apa hal nak marah?”. sebab selalunya tak berbaloi marah-marah, lama-lama boleh dapat darah tinggi

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

bukan macam tuh beb… orang cepat marah ni sebenarnya seorang yang sensitif dan perlukan perhatian. terutama bila dia dah kawin. kalau dia berkawan plak… dia lebih suka disenangi ramai kawan. dan kebiasaannya suka diberi perhatian oleh rakan sekelililng. tapi dalam masa yang sama, kalau perhatian kurang.. dia ni mudah tersentap!
Terkini dari Kreuger di blog nya – Apa sebab orang marah bila blog mereka tidak dapat di akses? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

13.02.10 at 10:47
Posted by hydir

aku tak panas baran .. cool je
tp kalo ada problem maka panasnya membuak2 ..hohoho

tp tiba kat rumah cool semula .. jangan bawa masalah kerja ke rumah!
Terkini dari hydir di blog nya – Siapa kata jadi Engineer seronok? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

yup.. selalunya masalah tempat kerja memang tak suka bawak balik umah. yang problemnye even dah tinggalkan masalah tuh kat punch kad… tapi masalah tuh timbul kat umah bila dapat urgent call pasal kerja.. demmit.. mencik ah~
Terkini dari Kreuger di blog nya – Apa sebab orang marah bila blog mereka tidak dapat di akses? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Nadri beri maklum balas:

setuju sangat2..problem diofis jgn sesekali bawa blk kerumha..kesian kat isteri & anak2..nnti tak pasal2 mereka semua dapat kesannya..
Terkini dari Nadri di blog nya – Selamat Hari Lahir! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

jarak perjalanan untuk amik wife sangat jauh.. so masalah tempat kerja banyak tercicir kat tengah jalan sebab jalan jauh kot.. so bila balik umah.. kepala rasa lapang.. masalah dah berterabur kat jalan.
Terkini dari Kreuger di blog nya – Orang dah kawin suke tengok rancangan berbentuk kekeluargaan ke? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

13.02.10 at 18:48
Posted by titan

yup. aku setuju. aku agak baran.
Terkini dari titan di blog nya – Titan kene saman! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

hehehe… kita tak keseorangan. tapi kene belajar la kawal perasaan baran tuh. jangan sampai jadi gila baran plak. boleh merosakkan diri dan masa depan beb~
Terkini dari Kreuger di blog nya – Apa sebab orang marah bila blog mereka tidak dapat di akses? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

14.02.10 at 15:27
Posted by Meow

erm, betul tu en megat….kena banyakan bersabar…
Terkini dari Meow di blog nya – Buat Duit Dengan Internet Part 3 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

buat apa pon.. kalau kita tak sabar.. takkan menjadi. kalau jadi pon.. hasilnya tak seperti yang diharapkan.
Terkini dari Kreuger di blog nya – Apa sebab orang marah bila blog mereka tidak dapat di akses? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

14.02.10 at 16:08
Posted by Nadri

aku mula2 baru kawin mmg panas baran..pantang anak buat salah, mmg kena punyer…tp sekarang dah cool…
Terkini dari Nadri di blog nya – Selamat Hari Lahir! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

adoi bro.. ini lah yang aku takut bila dah ade anak besok.
Terkini dari Kreuger di blog nya – Apa sebab orang marah bila blog mereka tidak dapat di akses? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Nadri beri maklum balas:

aku dapat anak pada usia 23 tahun bro. masa tu aku belum mature lagi..
Terkini dari Nadri di blog nya – Selamat Hari Lahir! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah setiap apa yang dilakukan ketika itu merupakan pengalaman yang cukup berharga.

ianya bersifat sementara mungkin sebab tidak tahu cara-cara mengawal stress.

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

wallaweiii 23? biar betoi.. fuh… hang kawin umuq berapa bro? wuihhh.. awainyeee…
Terkini dari Kreuger di blog nya – Orang dah kawin suke tengok rancangan berbentuk kekeluargaan ke? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.02.10 at 01:50
Posted by afblogger

ramai yang baran sebenarnya..
Terkini dari afblogger di blog nya – 4 Break News from Adf.ly My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

tak pe beb.. sebenarnya manusia amat suka berkongsi. sekaligus perkara macam ni akan sedar diri kita sendiri.
Terkini dari Kreuger di blog nya – Apa sebab orang marah bila blog mereka tidak dapat di akses? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.02.10 at 12:41
Posted by x-po

aku pun jenis yg panas baran..mudah sgt marah, tp mudah sejuk blk..hoho
Terkini dari x-po di blog nya – AKU HAPPY, AKU BANGGA, AKU SYUKUR SAMPAI RASA TAK LAPAR-LAPAR My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

itu la macam aku cakap.. cepat marah dan cepat cool. tapi sapa yang ada pasangan macam ni.. kene pandai tackle hati dia lah kan.. kalau kawan pulak? pepandai la bawak berbincang. xceli orang yang baran ni mudah nak maafkan orang kalau orang yang dia marah tuh ngaku salah.

alah ngaku je salah. even kekadang tuh kita betoi. kita mintak maaf bukan rugi ape-ape pon..
Terkini dari Kreuger di blog nya – Apa sebab orang marah bila blog mereka tidak dapat di akses? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

15.02.10 at 13:52
Posted by azizan4444

ssh btol ada sifat panas baran diri..dr sndri jgak yg merana..hee

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

itu pasal kene perbetulkan attitude kita. baran ni semua orang ada.. cuma kekerapan dia meletup mungkin berbeza. sampai masa.. orang rileks pon boleh jadi baran..
Terkini dari Kreuger di blog nya – Apa sebab orang marah bila blog mereka tidak dapat di akses? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

16.02.10 at 22:50
Posted by samanosuke_04

bro, apsal semua orang tahu aku tengah marah hari nie harh? SERIUS aku tengah marah harinie, tapi bila dah singgah blogmohdisa tadi, die ade cakap pasal marah2. blog ko pun sama.. korang berpakat eh nak pujuk aku? sweetnyeeeee….
Terkini dari samanosuke_04 di blog nya – Eurotrip 2.0: Destination Berlin My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

bagi aku 1 perkara yang perlu diingatkan, buat apa-apa nak marah-marah kan. ia memudaratkan kesihatan diri.

daripada memudaratkan kesihatan diri sendiri lebih baik kita belajar untuk bertenang. lagi pun dok marah-marah bukan boleh dapat DUIT pun (ha3).

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

tapi mende marah ni jadi sendiri la.. flow with blog. sebab setan kan ada dalam darah.. bila darah dah mendidih.. setan suke ah mandi manda.. sambil nyanyi bisik bisik hasutan.. so bertambah la marah..
Terkini dari Kreuger di blog nya – Orang dah kawin suke tengok rancangan berbentuk kekeluargaan ke? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

17.02.10 at 01:41
Posted by farahaznil

haha..aku pun panas baran gak..lagi2 time aku ngajar org..panas seyh..tu psl takleh jd cikgu tusyen..nasib baik org yg hntr anak tusyen kt aku tu rela anak dia kena marah..dr fail tak penah lulus..terus lulus anak dia..ho ho hi
Terkini dari farahaznil di blog nya – Do you wanna be an Architects? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

marah-marah sayang namanya (he3). marah kerana nak membentuk jati diri pelajar.

kadang-kadang dalam keadaan marah kita boleh siapkan kerja atau tanggungjawab dengan lebih baik kan?

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

bagi aku.. belajar dalam paksa atau belajar dalam konteks deraan adalah kaedah paling berkesan. tak percaya? tengok jer macam mana askar belajar. depa pon ade kelas dan ade kuliah. kalau tak dapat apa yang di ajar.. pada mulanya instructor akan terang lagi.. kalau 2 atau 3 kali still tak paham.. kompom makan penerajang la… lepas tuh terus paham sampai bebile. haha!
Terkini dari Kreuger di blog nya – Orang dah kawin suke tengok rancangan berbentuk kekeluargaan ke? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Kreuger beri maklum balas:

risau giler nak amik mengajar kelas tution. takut kalau budak tu fail dah satu hal.. lepas tuh kalau marah anak orang lagi satu hal.. haha.. tak pasal nanti anak dia plak ngadu bukan bukan kat bapak dia.. risau aku kene parang.. dah sah sah aku ni paling marah kalau 80x ajar tapi tak paham-paham.. hadoi ai~
Terkini dari Kreuger di blog nya – Orang dah kawin suke tengok rancangan berbentuk kekeluargaan ke? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

27.02.10 at 23:00
Posted by safar

marah sayang tu.jangan risau nanti eloklah tu.

[Jawab Balas]

01.03.10 at 16:49
Posted by pengantin baru

aku baru jer kawen…bini aku pun baran…selalu gado…yg aku tak tahan tu dia bole mintak cerai macam cerai tu memain je…tekanan la plak sampai piki ke tempat keje

[Jawab Balas]

30.03.10 at 13:03
Posted by syah

entahlahh..owg2 tua dlu pndai menilik..api angin.tanah,air…aku ni angin,awek ak plak api…ak nk kate baran,tgk tempat dan keaadaan..kdg2 ak blh cool sgt..kdg2 ble ak baran,marah,sampai blh naik ke kpala …ak pn takut ngan baran ak..ak tkut ak terbuat bnda yg pelik2,bahaye…awek ak pn baran gak..nanti klau ak baran die diam jee…kdg2 bnda ni merenggangkan hbgn ak ngan die..sdgkan hjg thun ni kte owg akn berkahwin..ak takut sgt ak terbwk baran ak ble dh kahwin…kalau blh skang gak ak nk hlgkan baran ak ni…tlgla ak…mgkin ak kurang solat,ilmu2 agama ak dh jauh…mgkin sbb tu…erm….

[Jawab Balas]

06.05.10 at 10:43
Posted by Saidatul Balqiss

mengenai panas baran ni… fobia sungguh saya, sbb kawan opis selalu buat perangai mcm tu.. siap jerit2 mcm histeria lagi… tapi mmg dia ada masalah sikit… selalu top-up kat spital singapore… tak de saper boleh merendahkan suara dia…

saya yang duk sebelah dia nir gerun jer.. takut jugak kalau dia cucuk mata saya dengan gunting!! buta la mata saya mcm kassim selamat… adoi…

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled