Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Muhasabah Diri, Menghambakan Diri Kepada Yang Maha Agung

Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia.

Sementara masih sihat. Masih mampu berdiri tegap dan mampu kesana kemari. Apatah lagi mampu berfikiran waras serta dapat mengawal emosi. Eloklah diberi keutamaan dalam proses muhasabah diri. Letak diri didalam taraf paling rendah supaya dapat berfikiran dari segenap sudut untuk proses defensif yang paling baik.

Duniawi juga penting. Syurgawi lagilah penting. Seimbangkan kedua-duanya kerana ianya adalah tanggungjawab kita sebagai manusia yang dimuliakan. Sementara nyawa dikandung badan, renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!

Merepek!? Aku tidak merepek tetapi sedemikianlah gabungan hati dan fikiran aku setelah beberapa lama mendiamkan diri. Aku cuba mencari semula jalan kebenaran. Semakin hari semakin tenang, semakin hari semakin banyak perkara pelik yang mendatangi aku. Nikmat dari-NYA semakin terasa nyata.

Tapi aku rasa tidak cukup hanya merasa sedemikian. Kesempatan ini aku benar-benar menginsafi diri dan perlunya aku memohon keampunan dari semua yang mengenali diri ini sama ada aku pernah termakan dan terminum yang bukan hak aku, tersalah laku dan kata, mungkin juga tak sengaja berdusta, dan juga kepada yang pernah dilukai hatinya.

Bagi aku, dosa dengan tuhan mudah untuk aku mengadu dan bermohon secara terus tetapi dosa dengan manusia nampak seperti mudah tetapi sukar untuk dileraikan.

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 20 November '09 oleh Megat, dalam kategori Islam.
4,566 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , , , , .

13 Komen untuk “Muhasabah Diri, Menghambakan Diri Kepada Yang Maha Agung”

20.11.09 at 11:12
Posted by denaihati

aku selalu mengingati diri aku kepada Allah dengan membaca makna-makna ayat Al-Quran dan membaca buku mengenal Allah…tak ramai kita sebenarnya mengenal Allah dan lebih malang kita juga tidak kenal diri sendiri

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku sependapat. memang ramai yang kenal dengan ayat-ayat Al-Quran tapi tak ramai mendalami maksudnya.

benar, setelah mendalami sedikit sebanyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis, banyak perkara yang kita ketahui termasuk psikologi manusia.

[Jawab Balas]

20.11.09 at 22:10
Posted by mohdisa

betul apa yang diperkatakan, dosa dengan manusia memang susah hendak dileraikan. apa-apa pun hanya keampunan sahaja mampu dipohon dari Allah swt. Semoga hidup kita semua dirahmati oleh-Nya.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

Allah bersifat kekal dan mudah untuk kita terus memohon keampunan pada bila-bila masa.

tetapi manusia tidak bersifat kekal dan akhirnya akan kembali kerahmatullah. ditakuti sepanjang hayatnya tidak sempat memohon keampunan. wallahu aklam ;)

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

betul apa yg diperkatakan, mudah-mudahan umat manusia sering menyedari sifat tersebut dan sentiasa meminta keampunan dari Allah swt.

[Jawab Balas]

Dz beri maklum balas:

Walaubagaimanapun, kita perlu mohon maaf dengan teman yang pernah kita lakukan dosa terhadapnya… biarlah mohon maaf dengan ikhlas w/pun tak diterima olehnya. Yang pasti niat dan t.jawab dah dilakukan.

Kemudian kita berserah pada Ynag Maha Berkuasa.. Taubat nasuhah!!

[Jawab Balas]

16.12.09 at 00:28
Posted by mayah

tajuk ok,tapi terpaksa juga tatap aurat wanita sebagai selingan..tak berdosa ke kaum lelaki tengok iklan yg mendedeahkan aurat?

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

soalan yang bagus! memang HARAM pun (hu3). konfigurasi sudah diubah dan menunggu habis kempen. insya allah selepas ini tidak berlaku lagi.

[Jawab Balas]

27.03.10 at 15:56
Posted by Raja Azmi

salam… sdih hati ini membaca luahan blog ini

[Jawab Balas]

08.05.10 at 00:35
Posted by Mohamad Zamri

Alhamdulillah… bila kita sudah pergi terlalu jauh, jangan lupa kita juga akan kembali kepadanya satu masa nanti. walau pun dosa dan pahala hanya berhak ditentukan oleh Nya..

[Jawab Balas]

24.05.10 at 08:11
Posted by tarmizi

tertarik dgn komen (denaihati) bagaimana anda faham dgn yg tertulis dibuku yg anda baca,dgn mengenal Allah.

[Jawab Balas]

27.05.10 at 04:11
Posted by pian

salam kwn2..tersentuh hati sy dgn pndgn kwn2 sume.,sye di ingin minta pdgn kwn2 sume.,sy nie dah terlalu bynk buat bnde salah.,sye dah berumahtangga..isteri sye cukop sabar dgn kelakuan sy.sye x buleh nak tinggalkan dunia enjoy sye ke disko,.minum.,dan mcm2 lg,.cume sy bkn lah seorng kaki pumpuan..,tu je yg sy dpt control diri sye.sye sedar dgn perbuatan sy,adakala sye terfikir smp bile hndk mcm ni,.tetapi bila diajak kwn2 sye lemah.,satu lg sumber pndptan sy lebih kepada yg tak betol..harap kwn2 pham.,sy cube utk perbaiki diri sy tetapi tak berdaye.,isteri sy bnyk beri nasihat..,sy dgr tp tetap jugak enjoy kat mane2 sj yg kwn ajak.,mcm mane lah sy nak berhenti dari bende2 nie sume dan nak elakkan dari sumber kewangan sy yg xbtol ni..hati bergetik xnak buat lg bnd2 ni sume..tapi x berdaye..tolonglah beri pndgn.salam

[Jawab Balas]

fazeli beri maklum balas:

salam,saudara pian, syukur pd Allah kerna masih terdetik dihati kamu utk kembali ke jln yg benar. sumber pendapatan adalah amat penting kerna dr sumber itu la terbentuknye peribadi seseorang manusia. untuk sy membantu kamu sila hubungi sy di email ini faz_silvia@yahoo.com. inyaallah sy akn cuba membantu..

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled