Nuffnang, Terima Kasih Atas Pendapatan Yang Lumayan!
Baca tajuk je dah rasa macam ada sesuatu tujuan, perasan tak? (he3). Tapi itulah kenyataan yang diterima untuk capai tahap kedudukan blog di dunia internet yang luas ini. Suka atau tidak, bukan setakat orang kenal kewujudan blog tetapi mencapai pendapatan pasif yang membantu juga.
Alhamdulillah, sejak blog ini wujud pelbagai rintangan dan usaha yang telah dilakukan untuk capai matlamat pertama iaitu mengekalkan perdapatan dari nuffnang RM100 sebulan. Lebih kurang la, syukur. Ada blog lain tu siap advertorial, lagi kencang (hu3).

Cek dari Nuffnang
Foto menunjukkan pendapatan terkini yang baru diterima. Pertama kali dulu, untuk mengesahkan nilai duit di akaun nuffnang benar-benar boleh jadi duit, aku pernah sekali cashout Rm50. Lepas tu aku kekalkan setiap cashout RM100, rasa banyak skit (he3).
Selepas itulah aku berazam untuk dapatkan RM100 dalam setiap bulan. Agak sukar, tapi tidak mustahil. Apatah lagi blog ini juga telah banyak berehat dan aku sering bercuti menulis sebelum ini. Perkara seperti itu boleh jejaskan pendapatan blog ini juga (hu3).
Macam-macam rintangan dan dugaan. Yalah kena ingat satu perkara juga. Setiap apa yang kita lakukan kalau tak diizinkan Allah, maka sia-sia juga kan?
Tip? Tiada tip yang lebih rahsia selain,
- Berusaha mendapatkan trafik yang tinggi.
- Konsisten, disiplin dan kekalkan format penulisan yang betul.
- Pelajari Asas SEO dan tahu akan fungsinya.
Insya allah, cuba dapat fahamkan apa yang dimaksudkan. Yalah aku bukan hebat sangat tapi aku juga masih terokai dunia yang asalnya begitu asing dan hampir tidak percaya sememangnya boleh menjadikan sumber duit.
Mungkin kamu ada pengalaman yang ingin dikongsikan?

56 Komen untuk “Nuffnang, Terima Kasih Atas Pendapatan Yang Lumayan!”