Nuffnang, Terima Kasih Atas Pendapatan Yang Lumayan!
Baca tajuk je dah rasa macam ada sesuatu tujuan, perasan tak? (he3). Tapi itulah kenyataan yang diterima untuk capai tahap kedudukan blog di dunia internet yang luas ini. Suka atau tidak, bukan setakat orang kenal kewujudan blog tetapi mencapai pendapatan pasif yang membantu juga.
Alhamdulillah, sejak blog ini wujud pelbagai rintangan dan usaha yang telah dilakukan untuk capai matlamat pertama iaitu mengekalkan perdapatan dari nuffnang RM100 sebulan. Lebih kurang la, syukur. Ada blog lain tu siap advertorial, lagi kencang (hu3).

Cek dari Nuffnang
Foto menunjukkan pendapatan terkini yang baru diterima. Pertama kali dulu, untuk mengesahkan nilai duit di akaun nuffnang benar-benar boleh jadi duit, aku pernah sekali cashout Rm50. Lepas tu aku kekalkan setiap cashout RM100, rasa banyak skit (he3).
Selepas itulah aku berazam untuk dapatkan RM100 dalam setiap bulan. Agak sukar, tapi tidak mustahil. Apatah lagi blog ini juga telah banyak berehat dan aku sering bercuti menulis sebelum ini. Perkara seperti itu boleh jejaskan pendapatan blog ini juga (hu3).
Macam-macam rintangan dan dugaan. Yalah kena ingat satu perkara juga. Setiap apa yang kita lakukan kalau tak diizinkan Allah, maka sia-sia juga kan?
Tip? Tiada tip yang lebih rahsia selain,
- Berusaha mendapatkan trafik yang tinggi.
- Konsisten, disiplin dan kekalkan format penulisan yang betul.
- Pelajari Asas SEO dan tahu akan fungsinya.
Insya allah, cuba dapat fahamkan apa yang dimaksudkan. Yalah aku bukan hebat sangat tapi aku juga masih terokai dunia yang asalnya begitu asing dan hampir tidak percaya sememangnya boleh menjadikan sumber duit.
Mungkin kamu ada pengalaman yang ingin dikongsikan?
Suka catatan ini? Langgan melalui RSS dan email kamu.
wah! tahniah megat..patik belom lagi sampai macam nih..huhu
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 12:28 pm
alhamdulillah semuanya hasil dari sokongan rakan-rakan dan pembaca setia blog ini.
[Jawab Balas]
PutraMalaya beri maklum balas:
November 24th, 2009 at 12:51 pm
sharing is caring..o_O
[Jawab Balas]
hehe.. tgh usaha nk dptkan pendapatan nuffnang gak..
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 12:29 pm
usaha berterusan dan berkat try & error teknik tertentu adalah kuncinya.
aku memula dulu 6 bulan lebih juga nak dapat first cashout (hu3)
[Jawab Balas]
tahniah! tahniah! tahniah!
sesungguhnya anda merupakan inspirasi kepada kebanyakan blog-blog yang baru sedang berusaha hendak naik dan mencapai status anda. terima kasih juga kerana sudi berkongi tips dan panduan supaya sama-sama meningkat. hehehe…
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 12:30 pm
terima kasih. secara tak langsung sokongan yang diberi, aku bertambah semangat untuk berkongsi idea buat duit dengan blog.
apa yang aku lakukan adalah hasil dari kajian sendiri dan beberapa petunjuk. mudah2an perkongsian seperti ini berhasil ;)
[Jawab Balas]
wah. aku jer still tengah cuba wat duit nie. huhu.
[Jawab Balas]
Khai beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 11:32 am
amanz ni kalau merendah diri tak hengat.. dah la ko amanz.. geli je baca komen ko ni.. hahaha..
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 12:32 pm
tu la khai, tak sangka aku komen tersebut datang dari otai blog (he3)
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 12:31 pm
ceh, trafik dah gila-gila. byk blog lak tu. terasa aku (kah3)
[Jawab Balas]
zool beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 11:39 pm
Ah aman ni memang..
kata tak byk dpt duit online konon..
tak baik tipu..
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 11th, 2009 at 9:00 am
dia tak tipu zool, cuma segan nak mengaku je (kah3)
[Jawab Balas]
Aku pun baru sahaja berjaya dapatkan cek pertama.. kalau dapat tiap2 bulan 100 seronok jugak.. ada tips tambahan tak..? :)
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 12:34 pm
tip tambahan? aku rasa takde tip tambahan yang pasti. tapi lebih kepada budaya orang kita membaca atau jenis bacaan yang mereka cari.
nak lebih baik, aku masih sedang berusaha. lepas nak cuba sebulan RM200 pula.
blog melayu ni agak leceh dari blog BI kan? (hu3)
[Jawab Balas]
mantob!!!
tahniah atas kejayaan bro..
saya akan baca semula tips2 SEO bro dan try praktikan..
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 12:35 pm
sebenarnya tip-tip banyak pada database lama. tapi tidak dapat diselamatkan.
nanti aku cuba kemaskini dengan catatan terbaru mengenainya.
[Jawab Balas]
aku dalam perjalan untuk dapat income pertama di Nuffnang ni… semuga diizinkan Allah.
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 12:36 pm
bukankah denai hati punyai trafik yang tinggi? insya allah.
[Jawab Balas]
wah rm100 sebulan, tapi saya cukup minimum hujung bulan cashout hehe malas nak tggu
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 12:38 pm
aku cuba pastikan cashout dpt dilakukan pada setiap 27hb. setiap bulan alhamdulillah capai nilai RM100 untuk cashout (he3)
[Jawab Balas]
Tahniah megat.. semoga hari mendatang lebih dimurahkan rezeki. Amin..
Satu tips kepada blogger lain, kalau nak buat duit yg byk dalam sebulan, jgn tertumpu pada satu blog je. Pergi buat 2 3 blog lagi.
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 12:39 pm
terima kasih khai, sebenarnya kat blog ko sudah banyak tip-tip yang kau beri. aisyeh aku lupa nak linkkan, nanti aku cuba update.
aku setuju, bikin banyak blog tetapi menggunakan platform wordpress! ;)
[Jawab Balas]
faizulamin beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 3:54 pm
salam
just nak tanya..
kenapa perlu wordpress?
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 4:15 pm
salam faizul,
aku rasa secara asasnya wordpress punyai asas kuat dengan enjin carian. punyai pelbagai variasi plugin dan kemudahan untuk capai seo.
contoh paling mudah adalah fungsi tag. walaupun blogspot ada fungsi label tapi tidak sehebat fungsi tag!
terima kasih singgah ;)
[Jawab Balas]
tahniah bro
Aku on the way gak untuk cashout ni sambil belajar lagi cara-cara untuk menaikkan traffic di blog serta memperbaiki penulisan agar setiap pengunjung ke blog aku nanti tak bosan sangat untuk membaca dan klik iklan nuffnang tu
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 12:40 pm
ikut format dan steady. bikin huraian cerita macam kita lepak kedai kopi dan berbual dengan kengkawan ;)
[Jawab Balas]
wah tahniah…mama pun tgh merangkak ke arah itu…
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 12:41 pm
insya allah, usaha berterusan dan melakukan teknik-teknik tertentu bakal berhasil akan datang!
[Jawab Balas]
Alhamdulillah….
nak cash out juga la… he he he
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 2:49 pm
wah kak jie lagi la kencang (ha3)
[Jawab Balas]
tahniah bro,
Aku pun dah dekat setengah tahun dah semenjak dapat payment yang last dulu.
Tapim lately ni kenapa Nuffnang Ads susah mau keluar eek.
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 2:50 pm
terima kasih en mazudi. sama la aku memula dulu lebih kurang 6 bulan juga. bila aku hari-hari update dan cuba beberapa teknik baru nampak kesannya.
aku perasan kalau kita hari-hari update iklan tu kencang juga.
[Jawab Balas]
wah….tahniah la..
kerana mengekalkan pengunjung…kehkehkeh..
sumi tgh berusaha mengekalkan pengunjung..
buat masa nie income lom matang..
tunggu matang br cash out..
hehehehe
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 2:52 pm
insya allah usaha sumi hari-hari update akan capai matlamat awal.
memula dulu saya pun asyik dok tgk acc NN tu naik sikit sikit sakit hati (hu3)
geram punya pasal, buat bodo je. terus je update blog hari-hari. akhirnya dapatlah apa yang kita nak.
[Jawab Balas]
waaa… tahniah bro! Kebelakangan nie aku tengok ramai yang dapat cek dari nuffnang nie. nampaknye dah semakin berjaya laa blogger2 malaysia.. heheheh.
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 10th, 2009 at 2:53 pm
nampaknya semakin ramai juga saingan. kena doublekan usaha untuk dapat yang terbaik (hu3)
[Jawab Balas]
Aku setuju ngan Khai kena buat byk blog.. Insyaallah aku pun nak release satu blog lagi.. Harap2 menjadilah hendaknya..
Target RM100 sebulan eh megat?? bagus tu.. aku pun seboleh2nya nak target gak sebulan RM100 tu.. Lepas nak bayo streamyx.. tapi belum dpt2 capai la.. . tapi takpelah syukur dan berusaha je la kan..
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 11th, 2009 at 9:02 am
insya allah kita pakat buat target camtu. aku rasa kalau ada byk blog lebih mudah kot?
yalah kau bayangkan la, 1 blog katakanlah RM50. 2 blog dah berapa?
tapi dlm keadaan aku skang ni memang agak sukar kecuali klu aku guna blogspot (hu3).
ps – blog ini pun ditaja.
[Jawab Balas]
nak cashout gakla…jeles aku….aku pun 6 bulan baru dapat income dr nuff…skang dah okla…aku pun baru on satu blog..mmg betul kata khai…
tp info belum byk pun…ni dah abes exam..baru aku leh letak info2 dkt situ..
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 12th, 2009 at 10:37 am
khai antara contoh otai yang kita boleh ikut, mereka selalu berfikir ‘out of the box’.
yang lain-lain kita tyr & error ;)
[Jawab Balas]
wah, tahniah bro. aku belum mendapat apa2 hasil dari nuffnang lg. maklumlah, sibuk dengan aktiviti lain. tak sempat nak menaikkan trafik blog dan menulis entri yg menarik. :)
[Jawab Balas]
Megat beri maklum balas:
November 12th, 2009 at 10:39 am
insya allah, usaha yang berterusan bakal mendapat hasil yang memuaskan.
[Jawab Balas]
mohdisa beri maklum balas:
November 13th, 2009 at 3:20 am
mudah-mudahan, amin. hehe, kalau rajin ajak la rakan2 klik nuffnang kat blog aku bro. hehe
[Jawab Balas]