Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Oh! Anak aku ke sekolah – Imbas kembali.

Aku sebenarnya tertarik dengan topik kembali ke sekolah Encik Megat semalam. Pada asalnya nak buat tajuk Anak aku ke sekolah – Back to the future. Tapi tak sesuai agaknya sebab salah penggunaan bahasa. Nanti kena reject dengan ketua editor. hahaa… Tiba-tiba pulak pagi ni rase nak menulis dan menokok tambah cerita. Bila dikenangkan kembali, memang cepat betoi rase berlalu.

Pagi tu, seawal pagi telah aku bangun dengan semangat yang berkobar kobar untuk menghadiri sesi suaikenal untuk tahun satu di Sekolah Kebangsaan Maran, Pahang. Maklumlah sebelum ni asyik tengok abang-abang dan kakak-kakak pakai baju seragam sekolah. Maunya tak jeles kan? Jadi sekarang ni adalah hari yang paling ditunggu-tunggu. Hari untuk merasmikan pakaian seragam sekolah untuk pertama kalinya dalam hidup aku.

Sesi suaikenal untuk tahun satu memang memakan masa yang agak lama. Banyak perkara nak diaturkan sama ada dari pihak ibu bapa ataupun pihak pentadbiran sekolah. Kalau dulu, pada waktu tu lah yang ibu bapa paling sebok nak bayar yuran sekolah, beli peralatan sekolah, buku-buku nota, pen, pensel, pemadam… Oh! Peningnya abah aku masa tuh. Namun, abah tak pernah berkerut dahinya dalam membesarkan anak-anak. *oh, so touch.. nak nanges plak dah~*. Tadek pon dia bersungut cakap tak da duit kalau anak-anak mintak belanja untuk persekolahan. Meskipun pada ketika itu, abah memang tak da duit.

“Nanti petang abah bagi ye. Belajaq rajin-rajin taw. Bila habis sekolah, abah datang ambik. Tunggu abah kat sini. “

Oh kenangan pertama kali menjejaki alam persekolahan memang tak boleh nak dilupakan. Pandangan tepat ke mata abah dengan harapan bahawa satu hari nanti anaknya berjaya keperingkat yang lebih tinggi. Ibu bapa mana yang tidak meletakkan harapan pada anak-anak. Namun tika mana ketika itu, kepala otak masih lagi tidak matang. Perkara yang semacam itu kurang diberi perhatian.

Itulah lumrah kita ketika kecil-kecil dulu. Waktu tu, mana kita nak anggap pelajaran ni penting. Tapi bila dah dewasa ni, pelajaran adalah adalah kriteria utama dalam penentu kerjaya dan masa depan. Teringat lagi masa belajar dulu, abah ada cakap, “Hang kalau tak mau belajaq rajin-rajin, besok dah besaq susah nak carik kerja”. Memang masa tu cakap apa pon aku tak paham… *atau mungkin buat-buat tak paham*. Apa yang terlintas dalam kepala aku hanyalah Dendang, Tora, Suria Perkasa Hitam, Gaban, Voltron dan seangkatan dengannya. Hadoi ai…

Macam baru terjaga dari mimpi. Tersentak dari lamunan.. sekarang aku sudah berumah tangga pun rupanya. Ish ish ish… “dah besar dah anak abah neh” Rasenya baru jer tadi abah rembat aku pasal dah nak dekat maghrib baru balik rumah. Tapi sekarang ni….

Aku: “Abah tau dak?”
Abah: “Tau apa? citer pon tak lagi…”
Aku : d[-_-]b *abah neh…* “Abah nak dapat cucu la”
Abah: “Hah! Cepatnyaaa…..??? Alhamdulillah syukur…”
Aku: “Biaser la… hehehe… anak abah kan~”

Nota kaki: Mungkin kamu juga ada pengalaman nak dikongsi bersama dari alam awal persekolahan sehingga sekarang. Apa kata komen saja di sini. Aku tau ramai yang nak bercerita. Tak perlu malu. En. Megat seorang yang UMUM. Betoi tak En. Megat… hehehe.

Salam Ceria dari Azman Ishak®

Catatan-catatan rawak

Terbit pada 5 January '10 oleh Kreuger, dalam kategori Motivasi.
148 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , .

25 Komen untuk “Oh! Anak aku ke sekolah – Imbas kembali.”

05.01.10 at 11:36
Posted by Zul

hehe, zul dulu skool g naik trak tentera…
punyala laju…
sampai skool jerk confirm rambut searbai…
haha…
Terkini dari Zul di blog nya – Sepucuk Surat Cinta My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wah syoklah naik trak. tinggi je kan? (ha3). biar rambut serabai tapi belajar pandai ;)

[Jawab Balas]

05.01.10 at 11:41
Posted by Fahmishah

Dulu waktu sekolah, punya tak sabar nak dewasa. sekarang bila dewasa, baru teringat dan rindu kisah sekolah.
Terkini dari Fahmishah di blog nya – Hugo Element Sample, Anywhere In Your Element My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

itu agaknya dipanggil putaran hidup. dulu orang tua kita bising-bising sebab nak suruh anak pandai dan tak nak jadi macam mereka.

sekarang ni gigliran kita pula kan?

[Jawab Balas]

05.01.10 at 11:46
Posted by CypherHackz

Bila kita dah dewasa, macam-macam kenangan semasa kecil menghinggap kembali di waktu kini. Baru la sekarang kita terkenang jasa ibu bapa kita masa tu.
Terkini dari CypherHackz di blog nya – Kenangan di Hari Pertama ke Sekolah My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

bab kenang jasa orang tua yang boleh buatkan sebak (hu3). gamabaran betapa sukarnya mereka membesarkan kita bermain di wayang kepala.

[Jawab Balas]

05.01.10 at 14:01
Posted by denaihati

Untuk ke sekolah aku mesti meredah jalan merah estate sawit sejauh 5 KM. 3 tahun awal jalan kaki dan selepas tu kayuh basik sambil bonceng adik.

Abah aku selalu pesan “Abah tak mampu bagi kau harta cuma yang mapu antar kau sekolah kebangsaan. Belajar lah rajin-rajin sebab ILMU itu lebih tinggi nilainya daripada kebun getah dan kelapa sawit”.

Memang betul kata ABAH dengan ILMU aku telah menjelajah sebahagian daripada DUNIA..terima kasih ABAH.
Terkini dari denaihati di blog nya – Selamat TINGGAL blogku sayang My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

pesanan yang begitu berharga dan alhamdulillah ianya tidak sia-sia.

[Jawab Balas]

05.01.10 at 15:35
Posted by x-po

nnt mggu dpn aku akan praktikal sbg guru, so nnt mesti akan teringt time bljar2 sekolah dulu2
Terkini dari x-po di blog nya – PLEASE JANGAN BUAT MACAM HARTA SENDIRI My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

jawab la nanti melayan karenah murid-murid (ha3).

[Jawab Balas]

06.01.10 at 00:30
Posted by Megat

bila dah ada anak, macam-macam kenangan terimbau kembali. apatah lagi kenangan itu mengimbau pasal kepayaahn orang tua kita. bila sampai part, time tu lah rasa sedih dan penghargaan yang tak ternilai timbul.

seperti orang tua kita juga, kita juga berharap seupaya anak-anak kita berusaha dan lebih berusaha kerana zaman kini benar-benar semakin mencabar!

[Jawab Balas]

06.01.10 at 01:05
Posted by mi vida

salam..erm..biasa la tu..dulu lain,skrg lain..lagipun “dunia dah maju, zaman dah berubah”..(pinjam ayat BH jap..hehe)
Terkini dari mi vida di blog nya – "Ku Mencari CahayaNya dalam Bayang Kegelapan" My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam, apa kaitan dunia maju dan zaman berubah dengan entri di atas eh!!??

[Jawab Balas]

06.01.10 at 03:50
Posted by samanosuke_04

wooo bleh bikin nangis woo buat entri camnie.. biasanye anak laki akan citer masalah kat mak.. tapi bile tau yang senanye ayah kita pun sayang kita cam kita sayang kita.. memang bleh nangis.. zzzzzz
Terkini dari samanosuke_04 di blog nya – Bangun dengan Senyuman~~ My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

biasalah tu. memang anak lelaki lebih rapat dengan mak. ntah tak tahu kenapa, padahal ayah lebih berusaha untuk mencari rezeki.

mungkin kerana dah biasa makan suap dengan air tangan mak angaknya (he3).

tengok anak aku sekarang pun lebih rapat dengan mamanya. memang lelaki macam tu.

[Jawab Balas]

06.01.10 at 09:18
Posted by TMUkmkd

huh ini tajuk agak emosional :)
Terkini dari TMUkmkd di blog nya – Penggodam Malaysia Kantoi My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

emosional!? emo ker? takdelah hanya perkongsian kenangan je.

[Jawab Balas]

06.01.10 at 11:41
Posted by wazy

Bila Teringat kat sekolah,adeh rasa nak jumpa balik semua rakan-rakan lama ,pelbagai kenangan mencuit hati timbul kembali ,huhuhu (sambil layan lagu exist- oh sekolahku ni )
Terkini dari wazy di blog nya – Sesi Persekolahan Bermula My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

layan blues kan wazy? (ha3).

[Jawab Balas]

wazy beri maklum balas:

Hehe tahu xpe,lagu tu syok woo

P/s : bro tak teringin ke nak wat komuniti Johor Blogger
Terkini dari wazy di blog nya – Warisan My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

hehe. komuniti johor blogger. gath atau web?

[Jawab Balas]

wazy beri maklum balas:

aku rasa kita wat web dulu la,kumpulkan semua blogger dari johor,then kalau dah ramai baru syok wat gath
Terkini dari wazy di blog nya – Warisan My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

dari bikin web komuniti, baik bikin web ping ;)

dapat tambah lagi web ping untuk blogger malaysia ni (ha3).

lagi 1, mula-mula ni takyah ramai. cukup beberapa orang yang ada komitmen. mungkin boleh jadi sebagai admin dan ajk ;)

ps – pepehal, twitter ;)

08.01.10 at 13:05
Posted by farahaznil

dulu time skolah..xsbr2 nak blah awl..bila dah msk U nak patah masuk skolah balik..rindu rasanya nak pki bj skolah n beratur dkt tpk perhimpunan..huhuhuh..mmg zaman skolah zaman d best lah!tanpa zaman persekolahan , tak terasa pn thn br dah tiba..sama je mcm thn2 lps rasanya..yelah klu skolah dulu..time tu ada azam br..baju br..kasut br..semua br2 lah katakan..ada jg nak rasa berubah..tp skrng…huhuhuh..semua tu dah xterasa..haizz
Terkini dari farahaznil di blog nya – Mendongak ke langit…… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

memori kembali menerpa eh? rasanya setiap orang yang punyai kenangan manis seperti itu pasti terkenang kembali.

seronok kerana sudah tidak merasa zaman tu sekarang. sekarang ni tiba giliran untuk di pau anak-anak pula (kah3)

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled

Related Posts with Thumbnails