Assalamualaikum dan selamat datang ke blog tukang kebun, MEGAT.

Oh! Anak Aku Ke Sekolah!?

Yeay yeay anak aku dah besar (ha3)! Aku pula yang terlebih seronok, anak aku dari 2 3 hari lepas pun steady je. Aku pula yang tak boleh tidur malam dok gelisah anak aku masuk sekolah (kah3). Ibu bapa lain ada macam tu ke? (hu3).

Ya, anak aku selamat ditempatkan di sebuah kelas yang agak selesa di Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, Johor. Erk? Nak bagi alamat lengkap ke? (ha3). Kalau ada cikgu-cikgi yang mengajar di sekolah terbabit, sila jaga anak aku (boleh ke camtu ha3).

Sekarang aku dah lega, siap sempat tidur lagi untuk menghilangkan keletihan menunggu anak. Ek? Tunggu ke? Takkan aku nak tercegat kat pintu kelas? Apa lagi sebagai bapa yang bertanggungjawab, aku hantar anak aku dan tunggu sehingga masuk kelas, lepas tu aku cabut la (ha3).

Sambil-sambil menunggu anak dari dewan sehingga ditempatkan di kelas masing-masing. Lama tu, kebas buntut aku, dah sakit aku belum berada di tahap yang mengizinkan, dah macam orang kurang upaya (OKU) aku (hu3). Tapi sebabkan keseronokan melihat anak aku masuk sekolah kebangsaan, aku tekadkan semangat dan menunggu bersama seorang lagi anak aku.

Oh anak aku sudah besar!

Kata-kata semangat kebapaan ini dituju khas untuk saudara Azman (ha3).

Bila dalam keadaan macam ni mula terkenang kisah lalu, kenangan yang terindah katakan (ha3). Dulu masa aku darjah 1, bapa aku pun tak tunggu aku. Hantar aku. Dapat tahu kelas. Dapat tag nama. Pastu beliau terus blah! Memang tak boleh blah betul (ha3).

Masa tu, aku disekolahkan di Sekolah Kebangsaan Felda Kemahang 2, Tanah Merah, Kelantan. Pergh siap alamat penuh lagi (ha3). Baru hari pertama sekolah, baju dah kena darah. Bertumbuk! Kira ok la, fikiran tak matang lagi kan? Tumbuk pun bukan sebarang tumbuk, tumbuk sebab aku tak faham apa kawan-kawan lain berbual dan menjadi salah faham (ha3). Kelakar betul.

Yalah selama ini aku dibesarkan di Johor, lepas tu bapak aku diminta berpindah ke Kelantan, jawab la. Siapa suruh kan? (ha3). Pindah bebetul cuti sekolah naik darjah 1. Apalagi kejutan budaya la (hu3).

Ayat seperti ini menjadi satu kepelikan bagi aku,

Tokleh la, nati bapok aku mureh

dan lagi

nate ni, aku te mu mapuh

(ha3) siapa yang faham-faham la. Maaflah agak sukar untuk aku tranlate dari sebutan mulut ke ejaan. Siapa yang tak marah yang ketika itu aku tidak memahami skit habuk (langsung) ayat-ayat seperti tu. Berlakulah perselisihan faham yang memudaratkan (ha3).

Tapi apa yang aku lihat pada anak aku, tidak ikuti ciri-ciri keganasan tanpa usul periksa aku tu. Semua ikut perangai mama dia kot!? Ikut aku sejak dari darjah 1 sampai darjah 6 memang tak lari setiap tahun dengan darah! Tak percaya? Terpulanglah! Ini semua disebabkan perguruan silat dari mengikut abang aku hingga lah aku sendiri yang sertai.

Hari ini, aku pula buat macam mana bapak aku buat kat aku (ha3). Aku hantar anak aku, aku tunggu sampai dapat kelas. Lepas tu aku pulak blah! (ha3), seronok buat macam tu, bukan tak sayang anak tapi biar anak-anak ni mula belajar berdikari disamping aku mengajar anak-anak aku asas silat atau lebih kepada asas mempertahankan diri. Bukan nak suruh mereka jadi samseng tapi nak suruh mereka mempertahankan diri.

Aku tak ajar buah silat tapi aku ajar buah samping. Yalah nanti kan keluar ayat macam ni pula,

Kenapa kau tak elak!?

(kah3). Sekian entri kegembiraan seorang bapa! Kalau kamu ada pengalaman sama apa salahnya kita kongsi kat sini. Mungkin pengalaman kita bakal dijadikan panduan pada orang lain. Err, aku punya entri ni kira pengalaman ke?

Catatan-catatan rawak

Terbit pada 4 January '10 oleh Megat, dalam kategori Diari.
Apa yang kamu cari? - , , .

23 Komen untuk “Oh! Anak Aku Ke Sekolah!?”

04.01.10 at 17:39
Posted by ariff

Nate ni.

hahahaha. memang pelik kalau xpenah dengar.
Terkini dari ariff di blog nya – Menara Tertinggi Di Dunia Dibuka Hari Ini My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mungkin ejaan tak betul. nate ni – binatang ni (ha3). bila dah pindah johor balik punya lah susah nak ilangkan loghat kelantan (hu3).

[Jawab Balas]

04.01.10 at 17:41
Posted by Kujie

sebab anak2 dah tadika 2 tahun, hari pertama ke sekolah tidaklah serumit zaman 70′an kak jie sekolah dulu kot.

cuma masalahnya – ibubapa risau terlebih – tak yakin dgn anak2 yang boleh berdikari :p
Terkini dari Kujie di blog nya – Blogger Wordpress Sombong? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul tu kak. dulu zaman saya pun tadika setahun. tolak pegi melancong dan bercuti itu dan ini, hasilnya saya bersekolah tadika 6 bulan sahaja (hu3).

setuju! memang 2 3 hari risau lain macam je (hu3)

[Jawab Balas]

04.01.10 at 17:43
Posted by ejam

alahai…seronok rasanya dpt tgk dan merasai itu semua, terasa tak sabar plak nk ada anak sendiri…
Terkini dari ejam di blog nya – Rancangan dan Cadangan. My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aik belum menjadi lagi ke? (he3). yalah mungkin belum ada rezeki, jarak jauh la katakan (ha3).

memang seronok ejam!

[Jawab Balas]

04.01.10 at 17:46
Posted by aidi-safuan

huhu…besh jer anak da besar.1st day mesti ramai parent tunggu kat luar pintu kelas
Terkini dari aidi-safuan di blog nya – A really "Happy" New Year 2010 for me. Wish this "happy" day won’t happen again on new year 2011 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

atas alasan itulah aku malas nak menambah ramaikan lagi parents yang lagi risau tentang anak mereka.

lagi parah ada anak-anak yang guling-guling nak ikut balik. sampai memerah muka tahan malu.

alahamdulillah anak aku tak camtu (he3)

[Jawab Balas]

04.01.10 at 18:07
Posted by Kreuger

argh.. anak dah sekolah? hehehe aku?
masih lagi menunggu dengan penuh sabar.
apa pon ianya satu kehadiran yang memang ditunggu-tunggu.
ibu bapa mana yang tak teringin ada anak? sure ramai
nak tengok anak dia sendiri membesar macam mereka kecik-kecik
dulu.

hehhe… rasanya komen ni akan dipanjangkan kat blog aku
untuk episod yang dicadangkan dengan backlink ke entri ni.
mungkin dengan cara ni dapat memantapkan lagi SEO dan
jugak ranking Cik Alexa kengkawan terutama penulis blog ni.

P/S: Rasanya akan aku gunakan tajuk yang dicadangkan semalam.
tapi mungkin karangan yang agak panjang. ape pon.. selamat
menyambut alam persekolahan semula.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah masing-masing akan punyai pengalaman yang berbeza-beza. bergantung juga dari bertemu jodoh, menghargai jodoh sehinggalah mendapat cahaya mata pertama.

baguslah dipanjangkan tapi kalau boleh jangan panjang sangat, separate mungkin? (he3)

[Jawab Balas]

04.01.10 at 18:10
Posted by x-po

haha ko dlu penah duk klntn gak ye..baru ku tahu..bpe tahun duk klntn bro?
Terkini dari x-po di blog nya – MAKSIAT & TAHUN BARU TAK DAPAT DIPISAHKAN My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

lama. dari darjah satu hingga tingkatan 2. lepas tu baru bapak aku dipindahkan ke Sabah. tapi aku menetap di Johor bersama emak dan adik beradik.

sekolah terakhir aku di Kelantan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Wataniah, Machang. Cuma tak minat jadi ustaz je (ha3)

[Jawab Balas]

04.01.10 at 22:00
Posted by farahaznil

Masa sekolah dulu farahaznil pun ada tumbuk menumbuk apa..ho ho ho..wlupun prmpn…ganaz x?hehe
Terkini dari farahaznil di blog nya – Teringat air tangan ibu Farahaznil….. My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ok la tu. jangan ganas dengan suami sudahlah (ha3)

[Jawab Balas]

05.01.10 at 00:00
Posted by azizan4444

ambo dok pehe dengan perangai budak2 skolah zaman skang..suko guna perkataan mcm bodo,nate…

kite sbgai ibubapa,eh bkn kite korang la..aku muda lg.haha..sbgai ibu bapa, kite perlu mendidik anak2 dengan sebaiknya..nasihat kite mesti la spesifik..cnthnya, mat,kat skolah jgn nakal2 taw..nakl?nakal tu cmne?klu nak sihat bg spesifik. Mat,kat sekolah nanti jgn sorok kasut kawan,jangan conteng buku kawan..kalau kite ckp kt skolah jgn nakal,bg mereka sorok kasut kawan tu x nakal tp gurau je..

selamat kembali ke sekolah buat en megat..terpksa masuk skolah nk jg ank2 darjah 1..mggu pertama sekolah mmg cmtu..hehee
Terkini dari azizan4444 di blog nya – Jangan Salahkan Orang Lain Untuk Menutup Kelemahan Sendiri My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ibu bapa mencerminkan sama ada baik atau buruk anak-anak. jadi ibubapa perlu mainkan peranan penting dalam sosial anak-anak.

terima kasih azizan, dah lama tinggal sekolah sekali masuk terimbas memori lama (ha3)

[Jawab Balas]

05.01.10 at 04:40
Posted by Anarm

“bapok aku mureh”.. hahaha..
Terkini dari Anarm di blog nya – Sembunyikan versi wordpress daripada Hackers My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

pahtu kalu bapok mu mureh, demo buleh buat gapo?

(ha3)

[Jawab Balas]

05.01.10 at 11:00
Posted by denaihati

RT @megat: kata, “kamu bolhe lakukan apa sahaja tetapi tidak semua” http://bit.ly/7HXniS

This comment was originally posted on Twitter

[Jawab Balas]

[...] This post was mentioned on Twitter by Megat, DenaiHati. DenaiHati said: RT @megat: kata, "kamu bolhe lakukan apa sahaja tetapi tidak semua" http://bit.ly/7HXniS [...]

05.01.10 at 11:31
Posted by rosselyna

RT @megat: kata, “kamu bolhe lakukan apa sahaja tetapi tidak semua” http://bit.ly/7HXniS

This comment was originally posted on Twitter

[Jawab Balas]

06.01.10 at 11:26
Posted by wazy

huhuhu..1st time masuk darjah satu,aku kene tinggal je,senasib la kita bro,hehehe bila kenang balik semua tu syok woo
Terkini dari wazy di blog nya – Sesi Persekolahan Bermula My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul! paling syok bila tengok orang lain nangis, lepas kutuk kaw kaw punya (kah3)

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled