P1 Wimax, Bila Mahu Sampai Kota Tinggi?
Tak sangka catatan yang aku terbitkan sebelum ini di database lama, memberi impak yang agak mengejutkan mengenai wimax dari P1 Media. Kebanyakkan persoalan yang timbul adalah mereka tertanya-tanya bila perkhidmatan tersebut sampai ke tempat mereka. Minta maaf, aku tidak bekerja di syarikat mereka atau tidak langsung mewakili syarikat mereka.
Mewakili persoalan mereka, aku sendiri cuba untuk ketahui bila perkhidmatan mereka boleh sampai ke kejiranan aku. Ini semua berlaku kerana khidmat Celcom Broadband yang aku gunakan sekarang, hancus!
Sebelum itu ada baiknya aku dan kamu ketahui lanjut mengenai servis yang diperkenalkan oleh P1 Wimax dan ketahui lanjut apa yang perlu kamu tahu mengenainya. Persoalan seperti ada apa dengan P1 Wimax perlu dijawab!
Atas perasaan ingin tahu, aku bertanya secara langsung dengan khidmat pelanggan dari P1 Media sendiri di twitter. Tak sangka walau pun masih belum menjadi pengguna servis mereka, mereka menjawap persoalan pertama seperti shot yang aku tunjukkan.
Dillihat dari shot diatas yang diambil dari laman liputan mereka, diberitahu di kejiranan aku masih tiada liputan. Aku tak tahu sejauh mana kebenaran atau sama ada pemetaan liputan tersebut sudah di kemaskini atau tidak. Tetapi berdasarkan soalan yang aku tanya secara langsung di twitter dan dari pemetaan tersebut, nampaknya masih tiada harapan (hu3).
Namun sebarang persoalan masih timbul difikiran, apatah lagi punyai pengalaman ngeri (hu3) dengan servis broadband yang sedia ada. Dari pengalaman tersebut timbul persoalan seperti apakah servis dari penyedia broadband lain pun bakal punyai masalah seperti sebelum ini?
Hasil dari kajian dan pengalaman sendiri, kita tiada upaya untuk ubah syarikat-syarikat korporat yang sedia ada kecuali syarikat penyedia yang baru nak naik. Baru nak naik sudah pasti inginkan kepercayaan dari pelanggan mereka supaya dapat perkukuhkan portfolio mereka. Tidak salah pun, malah digalakkan, tapi biarlah selari dengan apa yang telah dijanjikan.
Aku letakkan beberapa catatan yang berkaitan dengan P1 Wimax,
- Tahun baru, azam baru, broadband pun baru – Terima kasih Puan Jig.
- Pengalaman P1 Wimax selepas 7 hari.
- Bila total usage P1 Wimax dah 100%.
- Manual update, perkembangan terkini P1 Wimax.
- Update P1 Wimax, the best customer service.
Aku rasa cukuplah senarai tersebut sebagai rujukan. Tiada niat tersembunyi seperti sesetengah servis broadband sedia ada. Bagi aku testimoni sedia ada boleh dijadikan sandaran atau membantu dalam membuat sebarang keputusan berkenaan pemilihan broadband mana yang bakal dipilih.
Masalahnya bila P1 Wimax bakal tiba di kejiranan aku di Kota Tinggi? Atau aku terpaksa buat pilihan antara P1 Wimax dan Streamyx?
Mungkin kamu ada pengalaman sendiri mengenai P1 Wimax? Sila tinggalkan pautan web yang berkaitan atau komen kamu di ruang komen yang boleh jadi rujukan kepada pembaca lain juga.




27 Komen untuk “P1 Wimax, Bila Mahu Sampai Kota Tinggi?”