Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Alah bisa tegal biasa

Alamak, Kucing Obesiti!?

Alangkah terkejut beruk aku dan sham (samdaddycool), apabila terserempak dengan kucing besar ini (gambar). Mula-mula fikirkan anak harimau. Dibelakang kucing obesiti adalah ibunya 3 kali ganda lebih kecil. Kalau ada 3 4 ekor bela kat rumah, jawabnya tak makan la tuan rumah. Hahaha.

Terbit pada 4 April '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
10 komen dan 94 pembaca telah singgah di catatan ini.

Bisnes Tudung, Pasar Tani Stadium Muar

Mari, mari, tudung dan jubah murah, murah. Kakak, makcik yang cun akan bertambah cun dan berkelip-kelip. Hahaha. Itulah antara ayat yang dipekik sebagai pemanis. Aku sekarang bantu Samdaddycool jual tudung dan jubah muslimah di kawasan pasar tani dan pasar malam di Muar. Alahamdulillah, bisnes mantap! Aku rasa kalau aku dan samdaddycool pakai tudung, lagi laku [...]

Terbit pada 4 April '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
11 komen dan 165 pembaca telah singgah di catatan ini.

Jom Ngeteh, Dahaga, Teh 3 Layer

Hebat betul penangan pasar tani eh? Alhamdulillah, puas hati, seronok juga, masyuk. Sementara membantu, belajar tip-tip dan teknik-teknik meniaga dari bisnes kecil dulu. Banyak juga aku dapat belajar dalam bidang selain teknologi maklumat (IT). Takpe, pelan-pelan kayuh! Yok ngombe!

Terbit pada 4 April '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
24 komen dan 92 pembaca telah singgah di catatan ini.

Ujian Lanjut, Perlu X-ray

Temujanji dengan Hospital Sultanah Fatimah, Muar. Ujian sinar-x perlu dilakukan untuk memastikan sejauh mana sakit aku merebak. Harap tiada apa yang pelik.

Terbit pada 2 April '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
8 komen dan 54 pembaca telah singgah di catatan ini.

Lawatan Menteri Besar Ke Sri Tanjung

Kg Sri Tanjung, Batu 5, Muar telah menerima lawatan Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman. Alhamdulillah, nampak banyak isu diketengahkan terutama pembangunan sekitar kampung. Ini termasuk bantuan kepada penduduk kampung yang susah. Bila terima kunjungan seperti ini, aku teringat ketika bertugas sebagai ahli komuniti dif-dif terhormat termasuk kunjungan Perdana Menteri Malaysia [...]

Terbit pada 1 April '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
11 komen dan 35 pembaca telah singgah di catatan ini.

Godeh WP Theme, Saujana Mata Memandang

Betul ke saujana mata memandang? Atau sakit mata? Hahaha. Apakah ini ada kaitan dengan suasana hijau di kampung? Oh tidak! Aku pun tak berapa suka tapi nak buat ujian. Lihat nanti sama ada berjaya atau tidak.

Terbit pada 1 April '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
29 komen dan 62 pembaca telah singgah di catatan ini.

Kerja Berat Selesai, Cari Ketenangan

Alhamdulillah, kerja berat bikin dapur dan tandas selesai. Tinggal sebahagian kerja-kerja seperti plaster dan lantai. Petang-petang macam ni seronok menghirup udara segar sambil tenangkan fikiran. Apalagi sedut oksigen banyak-banyak la. Memang jauh beza sedut udara bandar berbanding udara kampung. Udara kampung banyak oksigen kerana dikelilingi pokok yang segar. Udara yang disedut pun terasa sejuk. Oksigen [...]

Terbit pada 31 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
12 komen dan 57 pembaca telah singgah di catatan ini.

Bahagian Tandas, Binaan Asas

Sesudah konkrit kukuh, barulah bikin struktur asas bahagian tandas. Lagi satu barisan batu blok, selesailah tugas struktur asas yang bukan sahaja kerja berat, malah boleh sebabkan demam urat dan sakit pinggang. Silap haribulan, tulang pun boleh bengkok! (ha3). Adui stress, siapa nak bawa aku pergi ngeteh ni?

Terbit pada 30 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
5 komen dan 32 pembaca telah singgah di catatan ini.

Bahagian Dapur Yang Separuh Siap

Puas rasanya dapat lihat hasil titik peluh sendiri. Dari sakit lenguh satu badan hingga demam urat. Dalam masa sama, bahagian tandas pun bikin konkrit. Aku rasa 2 3 minggu ini, kerja inilah yang aku lakukan. Percaya atau tidak, kerja-kerja ikat batu dilakukan oleh aku (hu3). Memerlukan kesabaran yang tinggi!

Terbit pada 29 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
13 komen dan 69 pembaca telah singgah di catatan ini.

Ikat Batu, Perlu Teliti

Sudah sampai proses seterusnya iaitu ikat batu untuk bahagian dinding dapur. Kerja semakin ringan tapi memerlukan ketelitian. Agak-agak lepas ni dah boleh bikin rumah sendiri? Hahaha.

Terbit pada 24 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
14 komen dan 68 pembaca telah singgah di catatan ini.