Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Alah bisa tegal biasa

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

Aduh! Dah lama tak menulis panjang berjela. Dah lama juga tidak menulis secara serius. Dan sudah tentu lama juga tidak menulis berkenaan isu-isu semasa, ilmu, agama dan lain-lain. Malah lebih lama tidak menulis tentang kritikan pedas yang boleh jadi isu hangat! Untuk catatan ini, entah berapa lama jari-jemari berada atas papan kekunci laptop buruk ni, [...]

Terbit pada 23 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Diari.
7 komen dan 98 pembaca telah singgah di catatan ini.

Aduh, Bengkok Tulang Belakang!

Sejak seminggu lalu, kerja-kerja kontrak bina ruang dapur dan tandas duduk giat dijalankan. Dan sepanjang itu beberapa aktiviti seperti bikin konkrit, memenatkan! dijalankan. Hari ini melakukan kerja pemecahan lantai pula, rasa bengkok tulang belakang dan beralih tulang gagah (ha3). Satu badan terasa sakit dan rasa banyak tisu koyak, terutama di otot utama. Aku rasa tersepit [...]

Terbit pada 22 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
7 komen dan 97 pembaca telah singgah di catatan ini.

Bikin Konkrit, Memenatkan!

Bancuh pasir, batu dan simen. Ratakan di lokasinya dan letak besi. Uh! Memenatkan! Satu badan terasa sakit, terutama pinggang. Peluh berjurai macam hujan. Baju dan seluar lencun. Doktor pesan tidak boleh kerja berat tapi nak buat macam mana, tak tolong, banyak mata yang sakit. Macam mana agaknya kamu yang buat kerja pembangunan?

Terbit pada 20 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
13 komen dan 68 pembaca telah singgah di catatan ini.

Lewat Malam Bersama Blogger Afdzam

Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan blogger otai, Abang Afdzam. Beliau pemilik laman web familiazam.com. Sejak dari 2003 kenal dalam talian, akhirnya bertemu juga malam tadi. Banyak cerita dan pengalaman dapat dikongsi dan dapat bertukar pendapat terutama mengenai pembangunan laman web dan blog. Blogger lain bila nak jumpa eh?

Terbit pada 19 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
8 komen dan 74 pembaca telah singgah di catatan ini.

Bina Ruang Dapur Dan Tandas Duduk

Cuti sakit, sejak discharge, hospital muar. Makan ubat je la. Makat ubat banyak, lama-lama boleh sakit buah pinggang pula (hu3). Hari ni, bantu mertua bikin tambah ruang dapur dan tandas. Tandas duduk, untuk kemudahan aku juga yang tak berapa selesa cangkung sejak sakit. Tak banyak boleh bantu sebab tak boleh buat kerja berat. Hanya buat [...]

Terbit pada 18 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
9 komen dan 144 pembaca telah singgah di catatan ini.

Discharge, Hospital Muar

Hanya semalaman di Hospital Muar, sudah berangkat pulang. Nampak gaya doktor pun dah habis ikhtiar. Setelah beberapa ujian, doktor memastikan ianya bukan kanser, alhamdulillah. Namun beberapa sample diambil dan masih menunggu hasil ujian. Namun beberapa ujian akan menyusul kemudian berdasarkan beberapa temujanji. Terima kasih kepada yang datang melawat dan atas doa yang tidak putus-putus.

Terbit pada 17 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
9 komen dan 67 pembaca telah singgah di catatan ini.

Katil 2A, Wad 4

Berdebar-debar pula nak masuk bilik bedah nanti. Aku rasa kemaskini sampai sini dulu, nak masuk bilik bedah, takut barang hilang.

Terbit pada 16 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
10 komen dan 56 pembaca telah singgah di catatan ini.

Di Tahan Di Wad Hospital Muar

Setelah beberapa ujian dijalankan. Makan ubat itu dan ini termasuk antibiotik paling kuat, Unasyn, akhirnya di tahan wad untuk pembedahan besar. Sebarang kemaskini, aku cuba kemaskini kemudian. Rakan-rakan dan pembaca, doakan keselamatan aku dan kejayaan pembedahan ini.

Terbit pada 16 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
9 komen dan 82 pembaca telah singgah di catatan ini.

Orang Malaysia, Ramai Yang Sakit?

Hampir sejam menunggu. Tunggu dalam kesakitan dengan penuh kesabaran. Aku masih berada di Poliklinik Maharani Muar, sakit. Duduk kat sini dapat lihat ramai orang kita sakit. Muncul persoalan dikepala, "Orang kita ramai yang sakit ke?". Penyakit yang popular di Malaysia seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, penyakit 3 serangkai dan macam-macam lagi. [...]

Terbit pada 16 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
3 komen dan 53 pembaca telah singgah di catatan ini.

Poliklinik Maharani Muar, Sakit Lagi

Adoi besar punya nombor. Malam tadi tak dapat tidur kerana kesakitan amat sangat. Kecut dan senak urat perut tahan sakit. Hasilnya aku berada di poliklinik maharani. Mulanya aku terus ke kecemasan tapi disuruhnya aku ke pesakit luar. Adeh terpaksa melayan sakit lagi. Kawan-kawan dan pembaca blog yang dikasihi dan disayangi, doakan kesihatan aku. Doa adalah [...]

Terbit pada 16 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
4 komen dan 74 pembaca telah singgah di catatan ini.