Alah bisa tegal biasa
Tajuk tak mesra SEO langsung. Nasib la, fokus dah lari. Tidak menulis macam dulu lagi. Kini, blog ini kerap dikemaskini melalui telefon bimbit. Tangan memang gatal nak menulis tapi capaian internet dari laptop tak mengizinkan. Secara tak langsung, kekuatan blog ini jatuh tergolek juga. Insya allah, aku akan kembali!
Terbit pada 14 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
15 komen dan 53 pembaca telah singgah di catatan ini.
Apa nak buat, zaman berubah! Teknologi mengatasi segalanya. Anak-anak dan sepupunya (gambar) duduk mengadap play station je. Padahal keliling rumah terbentang halaman yang luas! Teringat zaman aku, lastik burung, terjun tiruk kat sungai, dirikan pondok atas pokok, kahwin-kahwin (ha3) dan macam-macam aktiviti luar rumah yang menggalakkan aktiviti sosial yang sihat. Sukar nak atasi kerana corak [...]
Terbit pada 13 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
6 komen dan 111 pembaca telah singgah di catatan ini.
Adoi, buat kerja gila! Landscape entah apa-apa. Siapa punya idea la dulu. Tak ceria langsung, patutlah budak-budak tak mau lepak sini. Lagi satu, aku terpaksa bersihkan kawasan ini guna tangan aku dan pengorek (gambar). Cangkul dan peralatan lain, tiada. Malang betul siapa jadi tukang kebun kat sini!
Terbit pada 12 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
7 komen dan 93 pembaca telah singgah di catatan ini.
Lepas 1 masalah, lain masalah pula timbul. Masalah lama tak settle lagi (hu3), makin semak kepala. Baru mula kerja, kereta (pinjam) pula bikin masalah. Panel meter menunjukkan hampir 90% enjin mengalami kepanasan melampau. Tengok air radiator penuh. Picit hos menghala ke enjin, lembik dan tidak keras. Saluran air keliling enjin agaknya yang tersumbat (harap-harap la). [...]
Terbit pada 11 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
2 komen dan 45 pembaca telah singgah di catatan ini.
Ingat kamu yang bekerjaya hebat je yang boleh bermesyuarat? (ha3). Tukang kebun dan makcik-makcik cleaner pun ada lokasi mesyuarat. Kelakarnya boleh terbawa-bawa sampai isu semasa dan umpat-mengumpat. Aku? Macam biasa melayan tanpa bicara, hanya mampu senyum. Hinggakan mereka ingat aku bisu. Kes bunuh anak la, mati kerana lintah, mati telan panadol, adoi macam-macam. Begitulah kisahnya [...]
Terbit pada 11 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
10 komen dan 50 pembaca telah singgah di catatan ini.
Dulu, aku ada ramai kawan tapi hubungan tersebut hanya untuk dipergunakan. Itu realiti dunia kini. Akhirnya hubungan yang terbina akan merosakkan psikologi diri. Kini, aku ada kawan baru (gambar), seawal 7 pagi ngeteh (siram) bersama, setiap hari sentiasa menunggu aku meluahkan perasaan. Mereka dapat tenangkan aku (oksigen) setiap hari. Bukan macam kawan aku dulu! Jika [...]
Terbit pada 11 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
9 komen dan 107 pembaca telah singgah di catatan ini.
Macam pernah dengar atau nampak je tajuk ni ek? Betul, tajuk lagu Awie (ha3). Rasanya tajuk tersebut amat sesuai dengan keadaan aku kini. Gambar tiada kena mengena. Terlalu ramai yang suka menabur janji seolah-olah mereka tidak takut akan balasannya. Boleh buat orang seperti aku terjerat! Bukan sikit-sikit janji. Janji melayu pun gagal, apatah janji orang [...]
Terbit pada 10 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
7 komen dan 80 pembaca telah singgah di catatan ini.
Bayangkan ulang alik keliling sekolah dan ulang alik ambil air untuk siram pokok bunga? Betul-betul diperah tenaga! Tukang kebun sekolah lain pun pakai getah paip, siram. Sekolah ni? Paip kat tandas ada la, nak jumpa paip lokasi lain, memang haram! Terjadilah kerahan tenaga yang terlampau terhadap seorang kebun. Hargailah tukang kebun dan jawatan seangkatan dengannya. [...]
Terbit pada 9 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
9 komen dan 62 pembaca telah singgah di catatan ini.
Alhamdulillah sudah kembali dari misi mencari sinar kehidupan. Sekembali dari Temerloh, Pahang ke Kota Tinggi, Johor, aku teruskan lagi perjalanan ke Muar. Lepak. Disini tiada apa yang aku dapat lakukan. Ditambah lagi tidak online. Nak buka blog ini pun tak dapat. Lihat sahaja gambar di atas, 20 minit loading tapi akhirnya gagal juga. Semakin hari [...]
Terbit pada 8 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
12 komen dan 64 pembaca telah singgah di catatan ini.
Alhamdulillah sampai jua di penginapan Hotel Seri Malaysia, Temerloh, Pahang. Perjalanan dari Kota Tinggi yang mengambil masa lebih 6 jam. Agenda seterusnya misi seminar menuju sinar yang bakal menentukan masa depan yang gemilang.
Terbit pada 6 March '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
4 komen dan 171 pembaca telah singgah di catatan ini.