Alah bisa tegal biasa
Alhamdulillah selesai rewang untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat kampung. Pasang khemah dan masak secara bergotong-royong. Seronok suasana kampung macam ni lah. Komuniti yang mantap dan kuat. Secara dan langsung menguatkan lagi silaturrahim. Surau ni betul-betul sebelah rumah mertua aku.
Terbit pada 27 February '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
9 komen dan 31 pembaca telah singgah di catatan ini.
Alhamdulillah, minggu ke 2 berada di Muar. Minggu ke 2 juga berjumaat disini. Yang paling seronok ialah yang mendengar bapa mertua sendiri membaca khutbah! Bapa mertua aku merupakan imam pertama di Masjid Batu 5, Bakri.
Terbit pada 26 February '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
12 komen dan 69 pembaca telah singgah di catatan ini.
Sejak Nokia 5800XM telah dinaik taraf firmware, pemilik telefon bimbit panas punggung apabila tidak dapat guna semaksimumnya. Kini kumpulan bijak pandai telah berkongsi kemahiran mereka dan berhasil! Dan hari ini, aku berjaya hack telefon aku. Buang perisian (software) yang tidak berkenaan dan memasukkan perisian yang diminati! Cun dan mantap! Berminat?
Terbit pada 26 February '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
5 komen dan 160 pembaca telah singgah di catatan ini.
Kesian anak aku, baru tukar sekolah, acara tahunan sukan sekolah dah bermula. Kalau dulu, acara diadakan setiap hujung tahun. Aku memang galakkan anak aku bersukan, bagus untuk fizikal dan mental. Tadika anak aku naib johan main futsal. Majulah sukan untuk negara!
Terbit pada 25 February '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
2 komen dan 70 pembaca telah singgah di catatan ini.
Selesai daftar anak sulong aku di sekolah baru, Sekolah Kebangsaan Bakri Batu 5, Muar. Mudah-mudahan pelajaran anak aku terjamin disini walaupun sekolah bukan kategori sekolah bistari seperti sebelum ini.
Terbit pada 22 February '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
15 komen dan 1 pembaca telah singgah di catatan ini.
Dulu masa baru kenal paypal, ada cuba daftar dan ingin tahu penggunaannya. Ketika itu agak leceh untuk menjalankan transaksi melaluinya memandangkan perlu untuk pengesahan (verified) sama ada melalui kad kredit atau pun daftar sebagai rakyat Amerika. Apatah lagi kalau nak keluarkan duit! Macam-macam cara mereka yang terdahulu lakukan. Ada yang jual sesama sendiri jual Dolar [...]
Terbit pada 20 February '10 oleh Megat. Dalam kategori Ilmu.
32 komen dan 783 pembaca telah singgah di catatan ini.
Sesungguhnya ia benar-benar mencabar kesabaran. Hanya dengan capaian 1 bar, aku tak dapat online dengan walaupun untuk twitter! Apakah aku harus melanggan streamyx untuk teruskan perjuangan?
Terbit pada 20 February '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
10 komen dan 1 pembaca telah singgah di catatan ini.
Aku paling tak boleh handle kat kampung mertuo aku ialah tumis kering ni. Aku rasa aku nak marketkan jajan ni, rasa boleh pegi tak? Siapa nak rasa sample oleh hubungi aku!
Terbit pada 19 February '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
11 komen dan 1 pembaca telah singgah di catatan ini.
Selesai urusan tandatangan surat pertukaran sekolah anak aku di PPD Muar. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Terbit pada 19 February '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
tiada komen dan 1 pembaca telah singgah di catatan ini.
Alhamdulillah, selesai urusan pindah. Dingin, sejuk dan segar, terasa banyak oksigen masuk dalam otak. Tapi susah nak online, celcom broadband 1 bar dan terlalu semput (hu3).
Terbit pada 19 February '10 oleh Megat. Dalam kategori Live Blog.
tiada komen dan 1 pembaca telah singgah di catatan ini.