Pendapatan Dari Blog, Halal Atau Haram Menjadi Isu?
Semakin hari, semakin hebat dunia blog negara. Ada yang menulis hanya kerana suka-suka. Ada yang menulis dengan niat berkongsi ilmu. Ada yang menulis kerana ingin mencari pendapatan pasif. Ada juga dari kalangan kamu yang menulis berkenaan politik negara. Macam-macam perangai dan tujuanlah senang cerita (he3).

Duit, dimanakah ko duit?
Kali ini kita fokus pada isu mereka yang terlibat dalam mendapatkan pendapatan pasif dari penulisan blog. Terlalu ghairah untuk dapatkan pendapatan yang banyak maka berlaku macam-macam perkara yang menjadi tanda tanya iaitu isu halal atau haram pendapatan yang kita dapat?
Persoalan ini timbul apabila perkara seperti,
- Keyword Panas – kalau dah hampir 70% dalam kandungan catatan punyai perkataan yang kurang menyenangkan sudah pasti menjadi pencarian.
- Gambar Panas – jarang berlaku tapi ada juga yang kelihatan.
- Klik Iklan – timbul persoalan ini apabila ada sesetengah blogger yang membantu sama sendiri klik pada iklan di blog masing-masing.
- Skrip – cara ini selalu digunakan oleh mereka yang biasa menggunakan skrip-skrip tertentu.
Antara tajuk-tajuk entri panas sudah pasti dapat melonjakkan trafik,
- Cara-cara masturbasi dikhalayak ramai.
- Tip mengadakan hubungan seks di tempat kerja.
Sudah pastilah dapat menarik trafik yang tinggi dan secara tak langsung juga pendapatan mereka juga turut bertambah. Biasanya berlaku dalam penggunaan tajuk SEO.
Hasil perbincangan ada yang bersetuju dan tiada masalah. Ada juga yang mengutuk keras seperti tiada cara yang baik pula. Fikir sedalam-dalamnya setiap sen yang dibelanjakan bakal menjadi darah daging.
Apatah lagi persoalan yang timbul adalah berpunca dari blog-blog melayu dan beragama islam.
Jadi eloklah kita sama-sama fikirkan dimana silapnya. Kita juga perlu fikir dimana letaknya diri kita suatu hari nanti. Jangan kerana hal kecil boleh menerima balasan yang besar sebab kita tak tahu hasil yang kita terima bakal membawa kita kemana dan apa hukumnya kelak.
Nah, macam biasa. Apa pendapat dari pembaca dan rakan-rakan blog?
52 Komen untuk “Pendapatan Dari Blog, Halal Atau Haram Menjadi Isu?”