Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Pengetahuan Asas SEO, Carta Aliran Bagaimana SEO Berfungsi

Sebelum ini aku ada buat catatan mengenai apa itu seo, apakah peranan dan fungsinya. Kesilapan aku menerbitkan entri tersebut pada hari minggu. Faham sahajalah kebanyakkan pengguna internet hanya aktif pada hari bekerja dan tidak punyai perkhidmatan internet dirumah.

Mungkin juga mereka perlukan masa berkualiti bersama keluarga tercinta.

Ok, kali ini aku nak kamu lihat dulu imej yang diberi dan buat sedikit kajian mengenai pemahaman kamu.

Carta aliran optimasi SEO

Carta aliran optimasi SEO

Carta aliran tersebut telah dialih bahasa oleh aku sendiri, harap kamu faham serba sedikit bagaimana untuk mengoptimasikan wweb dan blog kamu melalui enjin carian.

Pertama, apa yang perlu kamu tahu ialah SEO terbahagi kepada 2 iaitu,

  1. On Site. Cara ini tertumpu kepada pembangunan struktur web atau blog itu sendiri.
  2. Off Site. Lebih kepada cara mempromosikan web dan blog kamu.

Dari carta aliran tersebut, kamu sudah boleh mengerti akan perjalanan untuk mendapatkan tempat terbaik di enjin carian. Namun setiap bahagian yang dipaparkan memerlukan teknik tertentu supaya ia berjalan sempurna. Setiap perkara nampak mudah dari mata kasar tetapi perlukan penelitian tertentu jika kamu benar beri perhatian selanjutnya.

Aku harap lebih ramai pengkaji SEO sudi berkongsi pendapat dalam hal ini. Sebab ianya subjektif dan berpandukan kepada teknik algoritma setiap enjin carian juga.

Mungkin kamu ada idea atau pengalaman untuk dikongsi disini?

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 3 November '09 oleh Megat, dalam kategori Ilmu.
357 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , , .

27 Komen untuk “Pengetahuan Asas SEO, Carta Aliran Bagaimana SEO Berfungsi”

03.11.09 at 18:09
Posted by Tie

Alamak!! Hehehe…..

Tie tak kisah pun benda2 gini. Yang penting dapat luahkan sesuatu, luangkan masa untuk berhubung dan berkawan, dan dapat sedikit ilmu dari blog2 tertentu.

Nak promote blog ? Adoi… tak ada apa pun dalam blog Tie tu, waaakakaka…….

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kalau blog yang punyai motif atau ingin mencari sedikit imbuhan untuk tampung kos hosting dan domain, mungkin akan mempertimbangkan tentang SEO.

terpulang juga kepada matlamat masing-masing. tetapi tak salah mencuba untuk lihat sejauh mana impak blog kita.

[Jawab Balas]

x-po beri maklum balas:

kbykkan blogger pmpn mesti pikir cmni, nape ek?

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mereka lebih selesa low profile agaknya kot. lagi pun mereka tidak bermula dengan matlamat nak cari duit secara pasif!

tak pun mereka tak tahu bagaimana ingin bermula, jika benar mereka tahu, agaknya mereka mungkin tak lepaskan peluang untuk mendalami ;)

[Jawab Balas]

x-po beri maklum balas:

kbykkan diorg ni bkn tak tahu, tp malas nk amik tahu lgsg..ni mengikut pengalaman aku dgn visitor2 blog aku la

[Jawab Balas]

Tie beri maklum balas:

Sebenarnya, bagi Tie laa… lebih suka asingkan bussiness dari pleasure.

Walaupun tak semua wanita begitu, makcik ni lebih selesa blogging untuk suka-suka. Kita mudah tertekan. Kalau betul-betul nak cari peluang berniaga, lebih elok buat blog khas yang lain. Setakat ini belum terbuka hati pun. Dan blog yang Tie ada sekarang pun, hanya untuk sementara. Mungkin tahun depan ianya akan membisu sahaja.

[Jawab Balas]

zaryl beri maklum balas:

bagi aku ilmu tu lebih penting. mungkin kebanyakkan wanita lebih ke arah melepaskan perasaan dsb tapi bagi aku walaupun ada juga ke arah itu, ilmu dalam talian amat menarik minat aku. tak kira pasal SEO ke, php ke asalkan ada masa aku akn cuba belajar.

03.11.09 at 18:34
Posted by Kujie

Faktor domain dan usia tu..rasa kak jie dah tersalah pilih domain tapi tak boleh undur lagi…kena teruskan.

domain kujie.net tu kak jie punya, belum berjalan pun lagi projek juta-juta tu .

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ramai juga blogger yang sudah tahu akan kesilapan memilih domain tetapi mereka tidak boleh berundur malah terus mencuba dengan perkara lain yang berkaitan.

mungkin dari 5 perkara dpt lengkap 3 atau 4 perkara, dah kira berbaloi.

uih byknya domain akak!!??

[Jawab Balas]

Roslan Nazri beri maklum balas:

betul..tetibe aku sayang lak domain aku tuh..hak3..awal2 dalam blogging sure jadi tah pape..tapi tgk dr google crawl dan sebagainye ke blog terasa syg ngn domain skg ni..huhu

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah, kau akan sukses suatu hari nanti. disamping ilmu psl SEO, usaha juga perlu berterusan.

domain yang sudah berusia dan punyai PR yang baik, sudah pasti rugi untuk ditinggalkan ;)

[Jawab Balas]

03.11.09 at 19:32
Posted by Mazudi

Nice megat.
Kau mampu untuk simplify mender alah ni dalam bentuk chart.
Anyway, macam kata kau, mudah untuk dilihat, tapi perlukan komitmen untuk merealisasikannya.
Tq.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku rasa apa yang aku gambar ini terlalu asas tapi cuba untuk buatkan sesetengah orang mudah faham.

kalau dipecahkan, masih byk yg perlu di perhalusi. baru dapat keputusan yang mantap!

aku rasa ko faham maksud aku. terima kasih ;)

[Jawab Balas]

03.11.09 at 22:56
Posted by Melz

Salam Megat.. Dengan pengetahuan yang aku ada..dan telah aku praktik kan.. SEO boleh kita gunakan dengan cara …
1. menggunakan Yahoo.com atau Google.com ( Prefer Google )
2. Fikirkan apa Keyword yang ingin kita gunakan..
3. Type dekat Google.com
4. Lihat Result yang diperolehi..
5. Cari Result yang paling sedikit sekiranya blog anda masih berjinak untuk menaikkan Traffic menggunakan SEO… dan gunakan Result separa banyak sekiranya Blog and mempunyai Traffic separa..
6. Kerap menggunakan dalam ayat pertama dan Tgh serta akhir ayat.. untuk memastikan carian enjin mudah untuk difeed..

Aku dah kaji bab SEO dengan mendalam.. aku harap sekiranya korang ada bende nak tambah.. silakan :)

Just my 2Cent

[Jawab Balas]

Melz beri maklum balas:

neway Terima kasih kerana sudi berkongsi dengan para blogger lain :)

Teruskan Usaha itu :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam melz,

terima kasih kerana berkongsi ilmu di catatan ini. walaupun nampak seperti mudah tetapi ia perlukan kajian mendalam. antara senarai yang dibuat kamu, ia adalah perkara yang termudah dan dikategorikan sebagai online SEO.

terima kasih sekali lagi, insya allah sama-sama kita berkongsi ilmu ;)

[Jawab Balas]

Melz beri maklum balas:

Salam ..
sama²..megat..ilmu yang ada jika dikongsikan.. jadi banyak :)

[Jawab Balas]

04.11.09 at 14:24
Posted by lizz

Currently tengah study pasal SEO from si Melz. hehe. tak rugi kalau berkongsi ilmu. hehehe. Megat.net sumber utaman jugak untuk ilmu2 hal blog :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mana yang baik boleh lah serapkan, mana yang tak baik tu jadi contoh atau teladan je.

kita manusia biasa tak lari dari kesilapan bukan!? (he3)

[Jawab Balas]

[...] Pelajari Asas SEO dan tahu akan fungsinya. [...]

30.12.09 at 22:51
Posted by mohdisa

aku baru start nak study balik bab seo ni, tu yang selak entri2 bro pasal SEO ni. byk juga yang aku tak tahu. terutama ketika bermain dengan keyword ni. ades, masalah.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

baguslah, amik inisiatif belajar walaupun sikit-sikit dari takde langsung.

lama-lama nanti akan pro lah. tapi bagi aku untuk blog melayu sekadar asas sudah cukup. yang penting blog melayu ni adalah tajuk dan entri yang dapat menarik pembaca.

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

betul tu, klu menulis dalam inggeris masalah pula nak bersaing dengan orang luar plak. walaupun lebih banyak traffic yg boleh dapat. apa2 terima kasih bro sebab sudi berkongsi ilmu. bro ada ym tak? manalah tahu ada masa aku leh bertanyakan soalan dengan lebih rapat lg. mudah untuk aku lebih memahaminya.

[Jawab Balas]

[...] Pengetahun Asas SEO [...]

08.04.10 at 01:48
Posted by aizuddin

aku baru nak belajar macam mana nak main seo..main buat je entri tak pikir langsung pasal seo sebelum ni..asal sedap je..hehe
Terkini dari aizuddin di blog nya – Basic Pasal Nuffnang Yang Patut Anda Tahu My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

main dengan SEO ada sasarannya sendiri. perlu tahu SEO jika mahu bermain dengan trafik dan punyai blog ber ‘niche’.

[Jawab Balas]

[...] setakat ini dahulu. Kamu perlu rujuk untuk mengetahui apa itu SEO dan fungsinya dan memerhatikan carta aliran bagaimana SEO melakukan kerjanya. innity_pub = "be3159ad04564bfb90db9e32851ebf9c"; innity_zone = "6994"; innity_width = "300"; [...]








CommentLuv Enabled