Perhitungan, Hidup Atau Mati?

Ini cara kau, aku tahu!
Marah! Marah teramat sangat! Seperti ada sesuatu yang meresap dalam diri. Seperti sesuatu mengajak aku untuk melakukan sesuatu yang mungkin berlaku kejadian buruk. Hingga hari ini perasaan ini tidak mampu ditenangkan. Masih membara!
Bangsat! Dari pengamatan aku, aku tak pernah kacau hidup kau. Malah aku pernah membantu hidup kau! Dan perlu diingatkan tanpa bantuan aku, mungkin kau tidak capai apa yang miliki pada hari ini.
Kau kacau hidup aku seorang, aku diam. Aku tak ambil kisah. Janji aku, aku sudah berkeluarga dan mahu cuci tangan dalam dunia muda yang penuh dengan ketidakwarasan untuk membuat keputusan.
Tapi kali ini kau benar-benar mencabar aku! Kau benar-benar ingin mengenali aku. Aku tak berganjak, kau kacau anak bini aku pula. Kau telah sebelah kaki di dalam sempadan maruah aku. Dan untuk itu, kau bakal kenal siapa aku!
Aku harap kau ambil masa untuk mengenali, siapa aku di dunia sebenar! Dan jangan kau tarik balik apa yang kau telah lakukan, selepas kau tahu siapa aku.
Maaf kepada pembaca dan rakan-rakan blog ini. 2 hari ini emosi aku sangat tidak stabil setelah aku dapat tahu cerita sebenar dari kesusahan aku selama ini. Tidak cukup dengan sakit yang aku tanggung, anak bini aku pula yang menjadi mangsa.
Langsung aku hilang sabar. Perhitungan perlu dilakukan. Kesabaran pula ada hadnya. Bertemu ‘buku dengan ruas’!
12 Komen untuk “Perhitungan, Hidup Atau Mati?”