Perhitungan, Hidup Atau Mati?

Ini cara kau, aku tahu!
Marah! Marah teramat sangat! Seperti ada sesuatu yang meresap dalam diri. Seperti sesuatu mengajak aku untuk melakukan sesuatu yang mungkin berlaku kejadian buruk. Hingga hari ini perasaan ini tidak mampu ditenangkan. Masih membara!
Bangsat! Dari pengamatan aku, aku tak pernah kacau hidup kau. Malah aku pernah membantu hidup kau! Dan perlu diingatkan tanpa bantuan aku, mungkin kau tidak capai apa yang miliki pada hari ini.
Kau kacau hidup aku seorang, aku diam. Aku tak ambil kisah. Janji aku, aku sudah berkeluarga dan mahu cuci tangan dalam dunia muda yang penuh dengan ketidakwarasan untuk membuat keputusan.
Tapi kali ini kau benar-benar mencabar aku! Kau benar-benar ingin mengenali aku. Aku tak berganjak, kau kacau anak bini aku pula. Kau telah sebelah kaki di dalam sempadan maruah aku. Dan untuk itu, kau bakal kenal siapa aku!
Aku harap kau ambil masa untuk mengenali, siapa aku di dunia sebenar! Dan jangan kau tarik balik apa yang kau telah lakukan, selepas kau tahu siapa aku.
Maaf kepada pembaca dan rakan-rakan blog ini. 2 hari ini emosi aku sangat tidak stabil setelah aku dapat tahu cerita sebenar dari kesusahan aku selama ini. Tidak cukup dengan sakit yang aku tanggung, anak bini aku pula yang menjadi mangsa.
Langsung aku hilang sabar. Perhitungan perlu dilakukan. Kesabaran pula ada hadnya. Bertemu ‘buku dengan ruas’!
Suka catatan ini? Langgan melalui RSS dan email kamu.
sabarlah.. byk2 kan berdoa.. bukan semua manusia nie baik.. semoga sehat2 selalu.. sabar yer.. hish.. macam kawan aku kene gak.. dari apa yang di maksudkan..
[Jawab Balas]
aku mungkin boleh bagi nasihat. tp hanya diri sendiri yg tahu tahap kesabaran dan tahap kemarahan. yg aku harap kau banyak bersabar bro.
Cuba alihkan fikiran yg negatif kepada sesuatu yg membahgiakan. sekurang-kurangnya itu pernah aku cuba dan alhamdulillah berjaya setakat ini.
[Jawab Balas]
hmmm…
masalah besar jgk ni…
tp ape msalah sbnarnye ek..
pape pun, harap bro bersabar n sentiasa rasional dlm betindak…
p/s : silent reader :)
[Jawab Balas]
santau. akak aku sendiri kene santau tutup rezeki dia. Otak dibalut dengan kain kapan.
Itulah dunia.. kejam dan zalim!
[Jawab Balas]
x pe megat. luahkan di sini.
semoga lega sedikit kekusutan ko tuh
[Jawab Balas]
Semoga megat bertemu penyelesaian yang baik.
Minta pertolongan-Nya, Insya Allah, doa orang yang teraniaya mudah dikabulkan.
[Jawab Balas]
semoga dia akan bertemu dengan pembalasannya
[Jawab Balas]
hoish, bro. Nampak berapi gila harinie.. sabar2.. anyway bagus gak luah kat blog nie.. hehe jangan luah ngan tindakan plak.. bawak2 bersabar, ingat Tuhan banyak2.. hehe, chill!
[Jawab Balas]
Salam…sesekali saya menapak untuk mengetahui perkembangan terbaru en megat, hati diserbu tanda tanya…apa yg dah terjadi sebenarnya?? Hmm….harap2 semuanya dipermudah oleh ALlah…saya doakan semuanya kembali tenang dan sempurna..InsyaAllah…
[Jawab Balas]
salam…
hmm.. banyakan bersabar ye bro,kat sini kita tak nampak balasannya terhadap orang tu,semoga bro tabah menghadapi dugaan ni
[Jawab Balas]
Apa pun kembali pada ALLAH. Setiap kejadian samada melalui diri kita, melalui manusia lain atau jin dan syaitan pasti ada HIKMAHnya bagi yang berSABAR. HIKMAHNya tak nampak sekarang insyallah suatu hari nanti.
[Jawab Balas]