Perkara-perkara Asas Wajib Tahu Sebelum Sembahyang

Wudhuk

Wudhuk

Seperti sedia maklum, setiap hari jumaat blog ini membincangkan topik khas berkenaan dengan kelengkapan kita sebagai orang islam. Ia memenuhi kehendak asas (fitrah) manusia, ilmu-ilmu asas islam dan nasihat-nasihat penting (tazkirah).

Sebelum melangkau lebih jauh tentang islam adalah lebih baik kita memenuhi ilmu didada. Macam nak berperang pulak (he3). Ini penting untuk memastikan perkara asas diperkuatkan.

Ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan tentang bersuci,

  1. Definisi bersuci
  2. Jenis-jenis air
  3. Bahagian-bahagian najis
  4. Samak
  5. Istinjak
  6. Qada’ hajat
  7. Berkhatan atau bersunat
  8. Bersugi
  9. Wudhuk
  10. Menyapu khuf atau moza
  11. Mandi
  12. Tayammum

Kita wajib tahu untuk memastikan perkara-perkara wajib lain dapat dijalankan dengan sempurna. Yalah kalau tidak sempurna bersuci maka tidak gunalah melakukan perkara-perkara lain termasuk sembahyang kerana sudah pasti berlakunya batal dan tidak diterima Allah SWT.

Titik beratkan yang wajib dan asas dulu, tidak guna memikirkan perkara yang perlu dilakukan tetapi tidak menumpukan yang asasnya. Perkukuhkan asas dahulu supaya kesempurnaan dan ketertiban diterima Allah Ta’ala.

Insya allah topik ini bakal dihurai selanjutnya.

Rujukan Soleh.

Suka catatan ini? Langgan melalui RSS dan email kamu.

3 maklumbalas untuk topik “Perkara-perkara Asas Wajib Tahu Sebelum Sembahyang”

  1. Komen dari Khai pada November 6th, 2009 ago

    Luas betul definasi bersuci ni kan? hope megat dapa jelaskan lagi artikel ni di masa akan datang. Lagi best kalau betul2 menjurus kena pada kehidupan kita di Malaysia yang bayk air ni..

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    Insya allah khai, sebelum pergi jauh, perkara asas perlu diperkukuhkan seiring dengan perubahan untuk mendekatkan diri kita kepada-NYA.

    Pasti, pasti perlu diperjelaskan.

    [Jawab Balas]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Bersuci, Memastikan Diri Bersih Sebelum Menunaikan Ibadah | MEGAT

Sila tinggalkan komen, jangan malu-malu ya!