Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Pesan Nabi, Seminit Amalan Sebelum Tidur

Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku pada hari ini, mungkin ada atau sememangnya ada di antara kita yang terlepas pandang atau sudah menjadi kebiasaan melupakan amalan-amalan yang asas dilakukan dalam kehidupan kita sebagai orang islam.

Sedangkan kita tahu sesetengah amalan jika dilakukan seumur hidup kita bakal mendapat barakah yang tidak ternilai ganjarannya. Insya allah.

Antara tanggungjawab seorang penulis blog adalah dapat menyampaikan atau berpesan-pesan tentang kebenaran dan kebaikan. Mudah-mudahan dapat menjadi renungan untuk kita semua.

Amalan yang paling ringan dilakukan kita adalah seperti melakukan amalan sebelum tidur. Aku rasa memang jarang kita nak buat . Yalah dan terbongkang kat tilam dan dah dapat bantal empuk, apalagi, lelap la bukan?

Fikirkan kembali!

Amalkan amalan tersebut sebelum tidur yang dikenali sebagai tafsir haqqi. Rasulullah pernah berpesan kepada Aisyah ra,

Ya Aisyah, jangan engkau tidur melakukan empat perkara.

Empat perkara yang dimaksudkan Rasulullah ialah,

  1. Sebelum khatam Al-Quran.
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
  4. Sebelum kamu laksanakan haji dan umrah.

Aisyah bertanya,

Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara dalam satu masa?

Rasulullah tersenyum lalu bersabda,

Jika engkau tidur, bacalah,

1. Al-Ikhlas 3 kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.

Surah Al-Ikhlas

Maksudnya,

  1. Katakanlah (Wahai Muhammad), (tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Sesungguhnya Allah kekal.
  3. Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan.
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa-NYA.

2. Selawat untukku dan para nabi sebelumku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Allohhumma solli a’laa syaidina Muhammad wa’ala alihi syaidina Muhammad

Baca selawat sebanyak 3 kali.

3. Istighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astagfiruloh al adzhiim alladzi laa ilaaha illa huwal hayyul qoyyum wa atuubu ilaih

Beristighfar sebanyak 3 kali.

4. Dan perbanyakkan bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Subhanaloohi walhamdulillahi wala ilaha illallahi wallahu akbar

Dibaca 3 kali.

Renungkanlah! Insya allah dengan usaha kita sedari kecil ini memungkinkan kita mendapat lebih hidayah dan nur keimanan yang lebih teguh dan cekal menghadapi hari-hari yang penuh cabaran pada masa ini.

Mungkin juga bermulanya amalan tersebut menguatkan dan dapat memperbaiki lagi hubungan kita dengan Allah.

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 10 June '10 oleh Megat, dalam kategori Islam.
416 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , .

32 Komen untuk “Pesan Nabi, Seminit Amalan Sebelum Tidur”

10.06.10 at 14:45
Posted by Kie-yu

gud info
tenx for sharing ;)
Terkini dari Kie-yu di blog nya – Cuti-cuti Malaysia di Kota Tinggi Waterfalls Resort – Episod 2 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mudah-mudahan mendapat hidayah dan mempertingkatkan lagi iman kita, insya allah.

[Jawab Balas]

10.06.10 at 14:47
Posted by TMUkmkd

emm nanti aku mahu buat satu entri pasal tentang lebih kurang ini juga. diriwayatkan daripada sa’ad bin abi waqqas :D

thanks sebab mengingatkan aku :D
Terkini dari TMUkmkd di blog nya – Microsoft, Sekuriti dan Perang Siber My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

bagus! kongsikan yang terbaik untuk kita dan pembaca. mudah-mudahan mendapat barakah.

[Jawab Balas]

TMUkmkd beri maklum balas:

moganya begitu lah..

tapi kene tangguh dahulu. esok aku pulang ke kampung :D rewang! :D

[Jawab Balas]

[...] This post was mentioned on Twitter by Megat, Mohd Huzairy. Mohd Huzairy said: RT @megat: Pesan Nabi, Seminit Amalan Sebelum Tidur http://gengblogger.com/read/160420 [...]

10.06.10 at 20:53
Posted by chekguBH

terima kaseh atas perkongsian ingatan nih…
selalu je terlupe…
Terkini dari chekguBH di blog nya – Marathon, Marathon dan Terus Marathon… My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah, sama-sama kita saling mengingatkan masing-masing.

[Jawab Balas]

11.06.10 at 01:44
Posted by samdaddycool

Thanks bro ingatkan amalan ni.. kadang-kadang ingat, tapi banyak kali tertinggal dan akhirnya makin lupa…

p/s – balik muo tepon la aku, bole gi minum.
Terkini dari samdaddycool di blog nya – Hug your baby My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sememangnya kita hanya manusia biasa, lumrah. tapi dengan cara bermusawwarah, insya allah semuanya boleh diatur.

p/s – no prob. apa-apa hal aku helo nanti. aku tak lupa kau dan rakan2 lain ;)

[Jawab Balas]

samdaddycool beri maklum balas:

aku sekarang tengah diselebungi persoalan.. realiti atau fantasi.. :P kadang-kadang rasa macam mimpi apa yang kita borak masa ngeteh tu..
Terkini dari samdaddycool di blog nya – Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbukaMy ComLuv Profile

[Jawab Balas]

11.06.10 at 09:22
Posted by Ijal

Selawat keatas Nabi berserta juga dengan ahli keluarga Nabi tetapi tak disebut diatas.. :)

[Jawab Balas]

12.06.10 at 03:51
Posted by joev

Info yang berguna,terima kasih kerana berkongsi

[Jawab Balas]

13.06.10 at 03:35
Posted by x-po

maksud amalan sblm tido tu baca doa ke atau buat sesuatu benda yg dianggap berguna?
Terkini dari x-po di blog nya – FILEM 2 ALAM: DR ROZMEY, GILA ATAU WARAS?My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

13.06.10 at 12:01
Posted by KNizam

bagis tazkirah mcm ni. aku suka. hehe :)
Terkini dari KNizam di blog nya – FIFA World Cup 2010 South Africa – England vs USA (1-1) Alahai Robert GREEN ! (Group C HD)My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

14.06.10 at 03:02
Posted by ishak

thanks bro for info….marilah kita sama-sama beramal…bro semoga kita mendapat keredhaan
Terkini dari ishak di blog nya – Saiful apek ditahan kerana ganja ?My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

23.06.10 at 15:21
Posted by zik

syukran… selamat beramal …
Terkini dari zik di blog nya – Terima Kasih semua!My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

26.06.10 at 11:44
Posted by merah

em..setuju. :)
Terkini dari merah di blog nya – Again, i hate spammerMy ComLuv Profile

[Jawab Balas]

30.06.10 at 12:33
Posted by zuls

thanks for sharing :D
memang dah lama lupa pasal ni.. :(
Terkini dari zuls di blog nya – Empat Peringkat Buat SalahMy ComLuv Profile

[Jawab Balas]

12.07.10 at 17:01
Posted by Cik Nass

Thanks for sharing this valuable info. Sebelum ni sy hanya mengamalkan 3 Qul,ayatul kursi,salawat dan doa tidur..InsyaAllah ditambah dengan yang di atas agar tidur saya lebih dirahmati tanpa diganggu oleh jin. Amin.
Terkini dari Cik Nass di blog nya – Sotong- Pelbagai jenis masakan sotong-My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

13.07.10 at 00:02
Posted by ikoko

terima kasih atas peringatan… :)

satu amalan yang mudah, tapi sentiasa perlu diingatkan..

terima kasih lagi sekali… :)
Terkini dari ikoko di blog nya – Harapan Tinggi SangatMy ComLuv Profile

[Jawab Balas]

13.07.10 at 21:04
Posted by lipat brosur

memang nak mengerti agama memang suatu keharusan nak kehidupan akirat kita

[Jawab Balas]

22.07.10 at 03:27
Posted by muhamad aidil

Allahuakbar!!

[Jawab Balas]

24.07.10 at 05:40
Posted by muhamad aidil

praktikkan tetiap hari

[Jawab Balas]

04.08.10 at 03:20
Posted by hanif

masa time sekolah selalu gak baca2 mcamni,dah berumur terus jadi lupe dan amik xkisah…thank for info

[Jawab Balas]

06.08.10 at 17:45
Posted by isyrak

tQ.. peringatan yg baik..

[Jawab Balas]

10.08.10 at 11:41
Posted by mrnamie

terima kasih megat untuk info yang berguna ni..
Terkini dari mrnamie di blog nya – Kenapa perlu dibuang bayi ituMy ComLuv Profile

[Jawab Balas]

13.08.10 at 21:28
Posted by hafidz

Salam.
Terima kasih bro share tentang pesan nabi.
=)
Terkini dari hafidz di blog nya – Album Review – The Times The Ballad Of Jimi AcidMy ComLuv Profile

[Jawab Balas]

17.08.10 at 04:39
Posted by Aku Masih Hidup! | MEGAT

[...] aku berehat. Entri terakhir aku ialah tentang amalan nabi sebelum tidur. Err, 2 bulan juga [...]

20.08.10 at 15:33
Posted by Amirez

entri yg sgt menarik bro megat.
sudi kiranya kalau pinjam utk post kat blog.
entri2 mcm ni elok kalau dipesan2 selalu
Terkini dari Amirez di blog nya – 7 Kalimah untuk DiamalkanMy ComLuv Profile

[Jawab Balas]

30.08.10 at 08:21
Posted by sukarthi

bagus tulisan tu, dah lama x amal tp nak komen sikit selawat tu silap sket, patutnya wa a’laa ali Muhammad.

[Jawab Balas]

03.09.10 at 08:15
Posted by Sabun

tazkirah yang baik!
terima kasih.
Terkini dari Sabun di blog nya – Iklan MerdekaMy ComLuv Profile

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled