Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Problogger Khai, Kongsi Pengalaman Sebagai Blogger Sepenuh Masa!

Sedia maklum semakin ramai yang ingin dan sudah memiliki blog. Ini juga menandakan semakin ramai yang sedar kebolehan blog dalam menjana pendapatan pasif dan memungkinkan juga menjadi pendapatan utama. Ramai yang sedang menuju ke arah tersebut apabila mengetahui akan kebolehan blog cuma yang membimbangkan apabila langkah-langkah yang diambil tidak menuju ke arah tersebut.

Kagum dengan kebolehan dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh saudara Khai dalam dunia blognya. Aku rasa beliau tidak perlu diperkenalkan memandangkan beliau berfungsi disebalik sikap merendah diri bawah tanahnya (underground he3). Kesudian beliau dalam perkongsian pengalaman beliau sebagai penulis blog sepenuh masa juga dikagumi umum.

Di blog utama beliau Justkhai sendiri telah banyak perkongsian maklumat tentang dunia blog yang sepatutnya menjadi rujukan utama kepada mereka yang cuba ingin dan sudah memiliki blog. Akur dengan kebolehan beliau yang semakin mendapat tempat sehingga beliau juga pernah dijemput menjadi selebriti jemputan oleh pihak nuffnang iaitu dalam Projek Alpha yang ke 2! (hu3).

Terkini saudara Khai berkongsi pengalaman sebagai penulis blog sepenuh masa apabila beliau sendiri menulis tentang,

  1. Memilih Blogging Sebagai Kerjaya – Part 1.
  2. Memilih Blogging Sebagai Kerjaya – Part 2.

Jutaan terima kasih kepada beliau yang sanggup berkongsi kisah beliau di blog beliau sendiri yang mana menjadi contoh kepada aku dan kamu yang tertanya-tanya bagaimana ingin menjadi penulis blog sepenuh masa dalam kategori sebenar-benarnya. Yang paling aku kagum beliau berjaya dalam menjana pendapatan dari hasil penulisan blog tempatan iaitu blog berbahasa melayu!

Itu kata-kata yang sepatutnya menjadi contoh bukannya dari penulis blog dari househusband seperti aku (ha3). Catatannya juga sepatutnya menjadi iktibar kepada penulis baru yang tidak hanya memandang sinis apa yang blogger boleh lakukan. Langsung lebih ramai yang cuba ambil jalan singkat seperti mewujudkan kumpulan klik klik nuffnang dan seangkatan dengannya. Kumpulan klik klik iklan pun nampaknya sudah akui kesilapan mereka, elok dijadikan iktibar.

Aku sendiri dahulu sememangnya menjadikan dunia penulisan sebagai hobi sahaja. Tetapi semakin lama berada di dunia blog dan secara tak langsung mendapat banyak maklumat bagaimana blog juga boleh buat duit. Lama-kelamaan semakin sedar akan kebolehannya dan secara tidak langsung juga mengubah pendirian aku menulis dan secara tak langsung menghasilkan pendapatan pasif.

Jujur juga aku katakan, pada mulanya aku tidak percaya setelah pernah kena tipu dengan penyedia iklan seperti advertlets yang tidak membayar sejumlah kecil amaun yang aku berjaya kumpul. Tapi kesakitan itu terubat apabila aku bertukar arah kepada nuffnang yang sememangnya sejak dari mula aku keluarkan duit RM100++ sehingga kini.

Antara pendapatan hasil dari Nuffnang

Antara pendapatan hasil dari Nuffnang

Sejak itu aku kekal dengan nuffnang dan apatah lagi dengan status geli-geli (glitterati) yang diperkenalkan dapat menambahbaikkan lagi pendapatan yang dikumpul. Rajah menunjukkan antara pendapatan akhir dari pihak nuffnang. Walaupun tidak banyak seperti blogger otai yang lain, tetapi untuk kita blogger biasa cukup untuk buatkan hati berbunga-bunga (cewwah! ha3).

Nampaknya repekan aku telah tersasar dari topik asal catatan ini. Niat aku satu, pengajaran dan peringatan kepada mereka yang baru berkecimpung dalam dunia blog, tiada sekatan kepada sesiapa pun ingin mencuba dan tidak semestinya niat asal hendak menulis blog sekadar mengisi masa lapang bakal membuahkan imbuhan yang berbaloi-baloi (he3).

Seperti niat blogger otai juga, yang mana ingin sama-sama berkongsi pengalaman supaya lebih ramai penulis blog yang sama-sama ingin ceburkan diri dalam kategori blogger yang sama terus maju dan memeriahkan dunia blog tempatan. Ingat! Berkongsi tidak bermakna margin untuk kamu berjaya semakin sikit malah semakin ramai kelahiran penuls blog maka semakin banyak peluang!

Nampaknya sekali lagi aku teruja dengan pencapaian problogger tempatan yang secara tak langsung membuatkan pengaliran darah di dalam saraf-saraf dan pembuluh darah aku berjalan laju keseluruhan badan (ha3). Akhir kata, bukan senang nak senang, perlulah berusaha untuk terus berjaya dan sebenarnya tidaklah sesusah seperti mana yang kamu fikirkan. Yang penting kekal kemaskini blog kamu dan sentiasa mencari ruang untuk mencuri! Mencuri peluang la (ha3)

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 15 December '09 oleh Megat, dalam kategori Ilmu.
298 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

63 Komen untuk “Problogger Khai, Kongsi Pengalaman Sebagai Blogger Sepenuh Masa!”

15.12.09 at 15:04
Posted by x-po

hoho yg rm104 tu bila dh dpt, wat la umah terbuka ye..hehe

[Jawab Balas]

zool beri maklum balas:

ye la tu.. kawan tu dpt RM104 ko suruh buat rumah terbuka.. Ko dapat ribu2 senyap je ek..

[Jawab Balas]

x-po beri maklum balas:

adeh, beribu2 sen ada la..hahaha

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ok juga tu dah kira bersyukur. bersyukur kepada nilai yang kecil akan membuahkan nilai yang besar-besar juga kan?

insya allah, itu janji ALLAH kepada umatnya ;)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul juga zool, ada orang dapat ribu-ribu pun diam je ek? (ha3).

apa kata permulaan si xpo dulu bikin open house!?

[Jawab Balas]

x-po beri maklum balas:

ala bro, aku ni mana la nk mampu..nak mkn nasi pun asik xlepas je ni..huk huk

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

jangan kata macam tu, insya allah akan datang mungkin tak macam tu yang penting usaha dan psiko diri sendiri bahawa ko tak pernah susah.

jangan jadi macama aku (hu3)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tak silap awal bulan tu hari kot? berusaha untuk capai RM200 sebulan (ha3).

alahai nak buat umah terbuka? jangan aku jemput ko tak datang sudah la (ha3) bila agaknya nak capai macam khai tu eh? barulah boleh bikin rumah terbuka (he3)

[Jawab Balas]

x-po beri maklum balas:

hehe maybe kne wat niche hiburan gak kot, baru leh dpt cm2

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mungkin juga. tapi kalau tak minat sangat pasal gosip-gosip dan hiburan susah juga kan?

banyak juga yang cuba bikin blog hiburan tapi ramai juga yang kecundang. sebenarnya ada teknik juga (he3)

[Jawab Balas]

15.12.09 at 15:04
Posted by zool

Hm.. Insyaallah usaha dan jalan perlu diteruskan..
Kalau traffik bertambah insyaallah akan ada duitnya.. Hm..nuffnang aku RM50 pun aku cashout kan juga tau. punya lah sesak tu.. he heheh

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terus maintain dan berusaha. setiap hari ada saje belajar perkara baru. kalau blog BI tu banyakla tutornya tapi blog BM susah skitlah. yang nak berkongsi pun tak ramai (ha3).

[Jawab Balas]

15.12.09 at 15:05
Posted by MrRollies

errmm..ni rasanya first time aku komen kat sini hehe..
aku stuju ngan pendapat Megat…
Khai jugaklah yang membuatkan aku bertekad nak beli hosting ngan domain…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tahniah! ada inisiatif untuk memiliki blog. setiap orang pasti ada mentornya sendiri untuk membuka jalan seseorang atau jadikan rujukan.

terima kasih sudi singgah dan komen ;)

[Jawab Balas]

15.12.09 at 15:11
Posted by Mr.Bintang

hihihi.. bestnye dpt ratus²… :P lagi best dpt ribu² tp perlukan usaha dan kerja yang keras.. hahaha..

nak mula dari bawah mmg sukar bagi blogger baru.. tp diorg pun kena gak makan garam kalau nak jadikan blogging sbg kerjaya.. hoho.. aku pun same.. nak kene makan garam dulu.. hehe..

kagum la tngk khai boleh capai ke tahap tu.. aku ni umur dah suku abad pun merangkak² lagi.. hahaha..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku tak tahu macam mana khai boleh capai tahap macam tu. tapi ianya memang berbaloi! yang pasti usahanya tidak sia-sia.

bangun dan susah jatuh apabila kita belajar dari pahit getir kita melalui pengalaman tersebut. selalu kita dengar senang bangun dan mudah jatuh!

aku lagi lah dah separuh abad (kah3). jangan banyak makan garam, nanti tak sempat nak dapat duit ribu riban (ha3)

[Jawab Balas]

Mr.Bintang beri maklum balas:

hahaha.. batu karang terus.. :D riban² lak keluar…. bukan masuk.. hehehe.. :P

[Jawab Balas]

15.12.09 at 15:30
Posted by Azah

best nye ada status geli-geli tu..
tahniah pada khai..
tahniah juga pada megat..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sebenarnya semua mampu menjadi seperti khai, cuma mungkin belum dizinkan ALLAH. tapi kena tahu juga jika kita berusaha, ALLAH akan beri jalan, itu janjinya kan?

[Jawab Balas]

15.12.09 at 15:42
Posted by Fazreen

Aku respek satu je pada Khai ni..Dia ada pendirian sendiri. Xterikut2 style org len.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju! bagi sesetengah orang yang berpendirian ianya boleh dijadikan sebagai pioneer untuk sesuatu bidang.

mungkin ramai yang pernha terfikir macam mana khai pernah fikirkan tetapi tidak cukup berani dan tidak cukup paradigma yang buat kan kita ketinggalan.

[Jawab Balas]

15.12.09 at 15:44
Posted by zella

wah…seronoknyer jd blogger yg berjaya!

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

jadi blogger mcm khai memang seronok. tahu selok belok tentang sesuatu dan dapat implementasikan dalam rutin harian.

hasilnya seperti mana yang beliau dapat sekarang. memang seronok!

dan sikap seperti itulah yang perlu diterapkan orang seperti kita. sedang sibuk belajar tentang selok belok itu juga (hu3)

[Jawab Balas]

15.12.09 at 17:10
Posted by Melz

Aura blogger tuh yang penting. ye tak ? haha

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul tu melz. aku rasa setiap orang ada aura nya yang tersendiri. cuma bila ia meletup atau tidak meletup je (ha3).

rasanya aku ada aura tak? kau lak macam mana? (he3)

[Jawab Balas]

Melz beri maklum balas:

aura nie . bagi aku orang tengok pada

1. personaliti seseorang
2. cara penulisan
3. cara kite berinteraksi
4. cara apa lagi ? meh tambah haha

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

1. setuju.
2. setuju.
3. setuju.
4. nak tambah? kena bikin entri baru la nampaknya (ha3)

[Jawab Balas]

Melz beri maklum balas:

bikin jer megat oit . mesti gempak hahaha

[Jawab Balas]

Lizz beri maklum balas:

cara merepek tak boleh ek? aku suke gak wat entri merepek meraban wei. muahaha

[Jawab Balas]

Melz beri maklum balas:

boleh jer lizz oit :) haha asalkan pointnyer betul dan masuk dalam etika ‘bak kata PM’ hihi

[Jawab Balas]

15.12.09 at 17:33
Posted by Jejaktrend

Bro Khai mmg antara blogger yang gua sanjungi.. Cara penulisan beliau mmg mantap n sentiasa fresh ^^

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

penulis muda, jiwanya turut muda dan berjaya menangkap pembaca yang sejiwa dengannya. itu pada pendahuluan pembabitannya.

aku dah tua, tak boleh 100% ikut rentak maam tu tapi perlu tahu teknik sendiri juga. dan mungkin blogger lain pun macam tu.

yang paling penting khai punya kesungguhan dan cara beliau buat kerja yang kita perlu sanjungi. aku tahu bukan senang nak jadi macam tu.

apa yang aku cuba buat sampai peringkat sekarang pun dah macam-macam dugaan (hu3) atau mungkin ada rahsia yang masih belum diketahui!? (he3)

[Jawab Balas]

15.12.09 at 17:38
Posted by Lady Nass

hoho. aku menjadi blogger bukan kerana ingin popular. tapi kerana ikhlas hendak berkongsi informasi dengan kawan2. itu sahaja. nak kaut untung tu soal lain. yang penting hati mau ikhlas.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

popular dan buat duit berbeza kategori. tapi boleh jadi bersangkut paut juga.

dulu ramai rakan blogger berkata macam tu juga. hanya ingin berkongsi apa yang perlu sahaja tapi lama-lama seperti buka mata pula.

macam-macam orang jumpa kat dunia tanpa sempadan ni. kat blog BM kata tak buat duit tapi dapat tahu byk blog BI (bikin duit ha3).

tak kisahlah tu kan. masing-masing punya pendirian. buat blog ikhlas pun dapat habuan juga, pahala (he3)

[Jawab Balas]

Melz beri maklum balas:

yeap betul disitu :) Duit itu adalah cabang untuk kita terus maju dalam dunia blogging . bak kata orang dijadikan api semangat . haha sambil menyelam menyedut air ( betul ke ? ) haha

[Jawab Balas]

15.12.09 at 19:54
Posted by Lizz

honestly, justkhai tempat aku mule2 rase semangat berkobar2 nak menulis blog. aku suka care die menulis.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku tahu kau jujur tapi jangan la puji orang lain kat blog aku, kecik hati aku (kah3).

memang dia bagus pun. itu pasal apa yang dia dapat berbaloi dengan usaha dan kebijaksanaan dia (he3).

[Jawab Balas]

Akuro San beri maklum balas:

tergelak baca statement ‘kecil hati’ diatas… :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sekadar bergurau (he3). apa salahnya blogger beramas mesra (ha3)

[Jawab Balas]

Mr.Bintang beri maklum balas:

hahaha.. kesian megat.. kan dah kecik ati..
ko ni Lizz.. hahaha.. :P

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku kecik hati? hati aku dah lama ilang (ha3)

[Jawab Balas]

15.12.09 at 22:06
Posted by Akuro San

dulu saya juga antara yang berblog untuk suka-suka. tapi secara jujur, lepas kes ‘klik-klik nuffnang’ hari tu, ia telah membuatkan saya terfikir, ‘betul ker blog nih boleh buat duit?’. itulah yang membuatkan saya berusaha untuk cuba mencari pendapatan dengan berblog.

membaca mengalaman dan nasihat dari otai-otai blogger yang sudah berjaya juga secara tidak langsung membakar semangat untuk terus berusaha menjadi seperti mereka yang berjaya. benar, ianya tidak akan sampai sekelip mata. apa pun, sabar dan ikhlas itu perlu ada dalam setiap perkara yang kita buat. barulah kejayaan akan datang dengan sendirinya~ :D

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah, setiap pergerakan, usaha dan niat yang baik bakal dibalas baik juga.

teruskan berusaha siapa tahu, 6 bulan? 12 bulan? 1 tahun? siapa tahu bila hari kita pula kan?

apa yang menarik semakin lama kita explore semakin banyak ilmu yang kita tahu dan akan diimplementasikan dalam ilmu di dada kita (he3).

[Jawab Balas]

16.12.09 at 03:12
Posted by Khai

Waduh2.. berbulu telinga (huahuhhua) baca komen2 korang ni. Asib sebut ayat “khai” tu je.. Apapun terima kasih. Tanpa restu Illahi dan sokongan korang (yang menyokong tu la), takde la wujudnya ayat “khai” tu dalam internet ni. Yang tak menyokong or suka mengkritik tu pun takpe. Kita tetap boleh minum teh tarik semeja. Wohha!

Apapun bro megat, mmg benar. Penulisan mmg dipengaruhi umur seseorang. Macam Khai masa menulis, Khai target blog akan dibaca mereka-mereka sebaya Khai dan secara tak langsung yang tak sebaya Khai pun, takde masalah nak terima penulisan “kebudak-budakkan” tu asalkan ada pengisian.

Apapun terima kasih untuk entri ini. Dah macam advertorial untuk Justkhai pula. Hehehe.

Salam.

[Jawab Balas]

Peluang Perniagaan beri maklum balas:

Tahniah buat khai.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kau layak untuk di angkat, sememangnya kau juga ramai peminat dan pembaca. itulah yang membuatkan kau berbeza dari yang lain.

memang jauh panggang dari api. jurang itu yang buatkan setiap dari mereka termasuk aku.

tanda terima kasih aku untuk kesudian kau berkongsi pengalaman. terima kasih khai ;)

[Jawab Balas]

16.12.09 at 16:01
Posted by wazy

cayalah bro khai,baru je tangok entri kat blog tu,akan ku simpan untuk dijadikan panduan

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

mantap kan? tonjol jangan tak tonjol (he3)

[Jawab Balas]

17.12.09 at 08:03
Posted by sumijelly

tumpang bangga kerana org melayu tetap maju walaupun hanya di dunia blog.

wah…En Megat sudah berkali2 kali cash out..sumi lom matang lagi… bila la nak masak nie?? selagi x masak x gugur la buah nya…hehehe

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju, memang bangga apabila ada warga melayu yang mantap macam tu. dulu memula kenal khai pun dah dapat agak dia memang ada aura.

insya sumi, sedang cuba nak maintain tetiap bulan dapat RM200 pulak. 1 blog macam susah pulak (hu3).

[Jawab Balas]

17.12.09 at 16:37
Posted by muhammad fakhruddin

Oh…Malaysia pun dah ada problogger,bagus3x

Boleh la menteri penerangan consider slogan,Hiduplah Blogger Untuk Negara ;)

Salam Maal Hijrah

[Jawab Balas]

19.12.09 at 08:40
Posted by Kujie

kak jie bukan geng Geli-geli tu lagi, dari 7 kempen skrg ada 5 saja
seminggu dua lagi hilang le kot..hehehe

tapi – hidup perlu cabaran!

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

dah hilang geli-geli kak eh (he3).

ingin nak cabar diri sendiri tapi belum layak (hu3)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

dah hilang geli-geli kak eh (he3).

ingin nak cabar diri sendiri tapi belum layak (hu3)

[Jawab Balas]

21.12.09 at 22:47
Posted by mesticun

Muda lagikan khai tu.gaya penulisan buka sebarangan.
banyak luahan memberi kesedaran kepada kita.

status glitterati saya ada dengar.tapi sekarang
tak mahu nak pasang iklan.tunggu dulu.biar duit datang
kemudian.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju. dia memang dianugerahkan bakat menulis seperti itu. dan cara dia menulis diselitkan dengan banyak pengalaman dan pengajaran.

insya allah akan datang kita sama-sama bersaing secara sihat ;)

[Jawab Balas]

22.12.09 at 18:27
Posted by titan

setiap orang pun boleh jadi macam Khai. Cuma mungkin dalam cara yang berbeza. Insya-Allah. Kita percaya pada diri sendiri.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah dan kata-kata seperti ini lah yang dapat meningkatkan adrenalin aku untuk terus berusaha.

kau juga punyai kemampuan kau sendiri yang aku ikuti sekian lama. sudah pasti menjadi rujukan aku juga.

terima kasih ;)

[Jawab Balas]

30.12.09 at 23:04
Posted by mohdisa

wah, mantap abis ni. aku nyer nuff pun tak smpi rm50 lg. nak buat cam mana pun tak tau dah. hehe

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

teruskan berusaha dan explore. insya allah setiap orang ada kriteria untuk berjaya!

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

insyaAllah. akan aku usahakan sebaik mungkin. :)

[Jawab Balas]

[...] sebagai antara medium perantaraan untuk menghasilkan pendapatan pasif. Sebelum ini telah dipaparkan kisah perkongsian pengalaman dari problogger Khai yang meniti kejayaan dengan membangunkan blog-blog popular berbahasa [...]

17.01.10 at 06:47
Posted by nasham

brpe ongkos yg dapat dijana melalui blog dalam sebulan………….TQ for the information

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled

Related Posts with Thumbnails