Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Problogger Rohaizad, Meniti Kejayaan Dengan Usaha Smart Blogging!

Dunia blog negara kita masih belum capai tahap yang boleh dibanggakan. Kita sememangnya telah menghasilkan ramai blogger tetapi masih belum mencapi tahap yang diperlukan kerana masing-masing dengan layanan perasaan masing-masing (hu3). Terpulanglah itu hak masing-masing kan?

Catatan ini ditujukan kepada mereka yang benar-benar ingin menjadikan blog sebagai antara medium perantaraan untuk menghasilkan pendapatan pasif. Sebelum ini telah dipaparkan kisah perkongsian pengalaman dari problogger Khai yang meniti kejayaan dengan membangunkan blog-blog popular berbahasa melayu.

Kali ini aku berkongsi pengalaman mengenali secara dekat dengan seorang lagi penulis blog sepenuh masa yang semakin meraih kejayaannya iaitu problogger Rohaizad. Bezanya ialah beliau terlebih dulu mencipta nama dalam menghasilkan pendapatan melalui blog-blog antarabangsanya yang semestinya dalam bahasa inggeris.

Permulaan aku mengenali beliau adalah ketika di awal pembabitan beliau dalam blog “umum dan spesifik” yang kebanyakan catatan awal beliau berkenaan kisah-kisah yang boleh dijadikan tauladan. Tertarik dengan cara beliau menyampaikan sesuatu mesej maka terjalinlah ikatan persahabatan yang secara tak langsung merupakan titik permulaan perkenalan dengan beliau dan latar belakangnya.

Mungkin simpati dengan keadaan aku yang semakin teruk dengan sakit misteri yang menimpa, beliau mula mencipta langkah untuk membantu aku dalam perkongsian ilmu dalam dunia blog. Aku sangat kagum dengan usaha beliau yang secara tak langsung menunjukkan yang beliau tidak pernah berputus asa dalam apa jua bidang yang diceburinya dan tidak hairanlah beliau mampu mengorak langkah sehingga ke tahap apa yang beliau capai kini.

Aku dan Rohaizad

Aku dan sifu Rohaizad kali pertama bertemu

Dalam pertemuan awal secara bersemuka, banyak kisah beliau yang dikongsi bersama termasuklah kisah bagaimana beliau terjebak dalam dunia blog. Ketika itu katanya, beliau seorang yang tidak tahu apa-apa dalam dunia komputer dan internet. Kisah yang paling menarik adalah beliau pernah berniaga makan sehingga beliau jatuh sakit dan tak mampu meneruskan perniagaan tersebut.

Perjumpaan awal di salah sebuah restoran yang terkenal di Pasir Gudang (ketika itu), beliau telah membuka mata aku dan seorang lagi sahabat (Ezad) yang secara tak langsung mungkin merupakan anak guru terawal beliau. Dan itulah permulaan yang aku tahu mengenai usaha memperkenalkan sistem menjana pendapatan antarabangsa yang dicipta beliau iaitu Smart Blogging!

Mantap! Itulah antara perkataan awal yang terfikir oleh aku. Yang menarik, beliau bukan berkongsi bagaimana untuk berjaya dalam blog berbahasa melayu tetapi dalam blog berbahasa inggeris! Sudah pasti aku ketika itu seperti terkena kejutan budaya. Apatah lagi masih baru dalam dunia blog tempatan, inikan pula blog berbahasa inggeris (hu3).

Tetapi melalui penyampaiannya, beliau berjaya menarik minat untuk terus aku dan sahabat terjun dalam dunia blog berbahasa inggeris. Ternyata ianya sememangnya berbaloi dan tidak sia-sia. Dengan bermula dengan 3 blog inggeris, aku cuba mengikuti langkah-langkah yang dikongsi oleh beliau.

Apa yang beliau kongsikan cukup mudah untuk difahami dan mampu dilakukan oleh kita yang benar-benar ingin mengetahui selok belok dunia blog antarabangsa. Mungkin sesetengah perkara kamu mampu untuk fikirkan tetapi jika tidak nampak jalan, tidak guna juga. Smart Blogging benar-benar membuka mata setiap orang yang penuh minat untuk belajar dan sudah pasti memapu meraih pendapatan yang lebih banyak dari hasil blog-blog tempatan kerana ianya pendapatan dalam matawang amerika (USD)!

Ternyata usaha beliau tidak sia-sia kerana apa yang beliau miliki kini adalah hasil usaha yang tidak berbelah bahagi dari beliau untuk mengajar tentang teknik smart bloggingnya. Apatah lagi dibuktikan dengan usaha beliau untuk melancarkan seminat tentang tekniknya yang semakin menerima impak yang sangat baik ketika ini seperti seminar terkini beliau yang diadakan kelmarin.

Aduh! Panjangnya catatan kali ini. Bukan apa, aku juga rasa bertanggungjawab untuk perbetulkan apa yang tak betul yang secara tak langsung membuka mata kepada penulis-penulis baru yang masih termanggu mencari jalan yang betul. Ingin berjaya dalam dunia blog bukanlah semudah yang disangka tetapi ianya tetap berbaloi dan mampu untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan jika kita betul-betul berusaha.

Peluang seperti Seminar Smart Blogging ini adalah yang terbaik kerana ia diusahakan secara khusus dan selesa berbanding cara aku menerima personal coach dari saudara Rohaizad dulu. Apa yang perlu kita ingat, apa yang kita miliki sekarang seperti bekerja makan gaji mungkin tidak selama-lamanya bertahan, sekurang-kurangnya kita mampu untuk menjana perndapatan dari sumber lain yang semestinya berbaloi.

Kepada saudara Rohaizad, terima kasih yang tak terhingga kerana berkongsi ilmu dan kemahiran beliau yang semestinya sungguh berharga dan mampu membuka fikiran aku terhadap arena blog antarabangsa. Semoga apa yang beliau sedang lakukan dan apa yang beliu akan lakukan akan lebih menerima impak kejayaan yang tidak terhingga.

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 21 December '09 oleh Megat, dalam kategori Ilmu.
215 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , .

25 Komen untuk “Problogger Rohaizad, Meniti Kejayaan Dengan Usaha Smart Blogging!”

21.12.09 at 15:13
Posted by zool

Semoga ko berjaya megat.. Aku join seminar rohaizad n memang dpt menambah pendapatan cuma aku lambat sikit..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah setiap langkah yang yang penuh dengan matlamat dan usaha serta diselangi dengan doa kesyukuran pasti mendapat kejayaan.

cepat atau lambat adalah dengan izinnya ;)

thanks zool!

[Jawab Balas]

21.12.09 at 16:52
Posted by aman

pasnie, bro Megat leh lak ajar aku. Huhu~

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aik aku ajar ko? (ha3) lebih baik ko belajar dengan sifu aku (ijad) lagi berbaloi-baloi.

aku masih belum buktikan secara teknikal apa yang aku telah buat. tunggu!

[Jawab Balas]

aman beri maklum balas:

kang share-share sekali skill baru hang kat sini. huhu.

p.s: teringin lak nak start blog personal. haha~

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

alahai man, bukankah ko sudah lama punyai pengalaman. dan sudah pastilah ko lebih handal (he3).

personal blog tak kisah sangat apa ceritanya tapi nak bikin niche blog macam ko tu yang agak sukar cari maklumat (hu3)

wah nak bikin personal blog? baguslah boleh share skill ko ;)

[Jawab Balas]

21.12.09 at 19:17
Posted by Akuro San

saya nak tunggu tutorial dari saudara Megat, boleh? :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

saya sendiri masih berguru. rasanya lebih baik terus menuju kepada en rohaizad.

mungkin apa yang dapat dikongsi oleh saya tip dan pengalaman (he3)

[Jawab Balas]

21.12.09 at 23:20
Posted by Roslan Nazri

pergh..nuntut ilmu seh…best2

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

dah lama dah, belum implementasi secara penuh je (he3).

[Jawab Balas]

22.12.09 at 06:52
Posted by Khai

Teringin juga nak jumpa dengan bro Rohaizad ni.. Maybe someday ya Rohaizad? Hehehe.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wah kalau ko jumpa dia, pasti lingkungan pencarian pendapatan pasif ko semakin luas. yalah skill ko dah banyak (he3).

issya allah, ada jodoh ko dan dia akan dipertemukan jua. eloklah perbesarkan empayar yang sedia ada ;)

[Jawab Balas]

22.12.09 at 10:58
Posted by dilot

bestnye..aku memang nak pergi seminar tu…yela tiap2 ari aku gi UTM..ingat nak join jugak…tp masa tu kenduri doa selamat dkt rumah….mmg tak dptla..takpela next time aku cuba lg…arap2 masih di UTM lg..hihi…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah dimana ada kemahuan disitu ada jalan (chewah ha3). insya allah seminar tersebut mungkin akan diadakan lagi di UTM.

lanjut kena tanya en rohaizad sendiri (he3)

[Jawab Balas]

22.12.09 at 13:16
Posted by Azfarul

aku kagum dengan cara penulisan Rohaizad.Com

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sama la aku pun. percakapan dan penulisannya sama hebat! memang patutlah dia mampu capai apa yang diinginkan.

insya allah aku juga cuba untuk jejak langkah. aku harap ramai lagi rakan-rakan akan turut serta ;)

[Jawab Balas]

22.12.09 at 16:59
Posted by x-po

wah, mmg cool lah, dh dpt jupe dgn rohaizad

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

dah lebih setahun juga aku dah jumpa dia (he3). kira gambar lama tu.

orangnya sungguh berjiwa besar!

[Jawab Balas]

hafizmd beri maklum balas:

thanks megat..share entri yg sgt berinfomasi..aku salah sorg yg join last seminar 19 /12 ari tuh..ape lg nk dikate..mmg penulisan n pertuturan ijad cukup telus,bersemangan dan penuh berisi..dah 1thun tu, ijadpun dah mkin hensem :D

p/s – insyaAllah, aku akan muncul dgn ‘rumah sendiri’ sempena thun bru 2010..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tiada apa yang aku dapat lakukan melainkan ko sendiri mulakan langkah pertama bukan?

ramai yang mungkin kenal beliau tapi kalau mereka tidak mula untuk mengenalinya dan bersama bangun dengannya, tiada apa perubahan juga kan?

tahniah kerana telah rebut peluang tersebut. lagi pun ini kisah realiti yang mana kita bukan hanya berangan-angan kosong!

[Jawab Balas]

22.12.09 at 18:27
Posted by Kujie

suka blog dan penulisan Rohaizad yang clean dan jelas. Bukan mudah untuk berada dalam kedudukan tersebut, kata orang mengekalkan pencapaian lebih rumit dari mencapainya

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

betul tu kak, selalu yang digembar gemburkan ialah macam mana nak mencapainya. sudah pasti banyak selok belok yang perlu diketahui dan dipelajari.

cara dia berfikir pun agak pantas dan sentiasa ada idea yang bernas. itulah dia yang saya kenal dan tidak berat tulang untuk membantu sesiapa sekali pun.

saya sendiri masih memikirkan bagaimana ingin menjadi seperti dia (he3)

[Jawab Balas]

22.12.09 at 18:39
Posted by titan

setiap orang pasti berbeza. Tapi tak semestinya tujuan kita berbeza. Mesti ada persamaan antara kita semua. Sebab itulah kejayaan akan hadir. Begitu juga dengan dunia menulis blog. Tanpa usaha yang berterusan, takkan ada kejayaan yang akan Rohaizad atau blogger lain capai. Insya-Allah, kita semua boleh. Percayalah pada diri sendiri. :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah aku pegang kata-kata ini, paling penting disebaliknya pasti ada rahsia yang terselindung. itu yang perlu kita cari dan selami.

berusaha!

[Jawab Balas]

titan beri maklum balas:

Inya-Allah. :D

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled