Profil
Tentang Blog. Tujuan blog ini dibangunkan adalah kerana aku ingin berkongsi perihal kehidupan, perasaan, kerjaya dan ilmu dalam apa jua bidang yang diminati. Disini juga aku dapat berkongsi idea-idea tentang topik hebat untuk dipaparkan kepada umum supaya dapat disuarakan wadah indah bersangkut paut dengan minda, emosi dan moral seorang manusia dan secara tak langsung dapat memotivasi diri kita. Semoga dapat memberi faedah demi masa depan yang terjamin, demi agama dan negara.
Tentang Penulis. Akus yang lebih dikenali dengan nama samaran MEGAT telah lama berkecimpung dalam bidang penulisan blog, cuma sejak akhir-akhir ini lebih aktif dan rancak.
Diberi nama yang punyai maksud tersendiri iaitu Faisal Amirul Bin Haji Othman berumur 30 tahun yang dilahirkan pada 10 Februari 1977. Aku dilahirkan di Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor dan ketika itu ibubapa aku bertugas di Felda Bukit Ramun (Johor). Aku juga telah merantau banyak tempat mengikut lokasi bertugas orang tua seperti di Kelantan, Sabah dan akhir sekali menetap di Kota Tinggi, Johor.
Pernah bekerjaya dalam bidang Teknologi Maklumat & Komunikasi sejak 6 tahun yang lalu. Bermula dengan jawatan sebagai Pengaturcara Aplikasi di beberapa syarikat software house dan seterusnya terus mengorak langkah ke arah bidang teknikal. Dan sebelum ini memegang jawatan sebagai IT Senior Engineer.
Malangnya aku tidak dapat meneruskan kerjaya aku dalam bidang IT kerana disebabkan penyakit misteri yang menimpa aku sejak setahun yang lalu (16 Mei 2008). Dan memaksa aku untuk mencari jalan untuk bekerja dari rumah.
Kini aku menulis secara sepenuh masa dan melibatkan diri dalam beberapa perniagaan yang dijalankan sendiri mahu pun melibatkan diri secara terus dalam bidang pemasaran. Aku harus memikirkan sesuatu kerja yang lebih berbaloi dan tidak terlibat dengan sistem makan gaji seperti sebelum ini.
Sebenarnya aku lebih suka bekerja dalam waktu yang fleksibel dan bergerak secara solo yang langsung dapat mempersembahkan kemampuan diri dengan lebih baik berbanding sentiasa berada bawah telunjuk majikan. Doakan aku berjaya dalam hidup aku!







Komentar