Projek Bersih Sekolah

Tajuk memang gempak, macam aku pula tokei projek. Tapi sejak 2 hari lepas, aku memang ada terlibat dalam projek bersih sekolah. Akulah tukang kebun, akulah tukang cuci jamban, akulah tukang kutip rampah. Secara tak langsung kerja macam ni mencabar kesabaran dan kudrat walaupun ia tidak melibatkan banyak fikiran. Yalah sebelum ini aku banyak guna otak dalam bidang kejuruteraan teknologi maklumat dan komunikasi. Disini juga aku ambil kesempatan jika ada rakan-rakan dan pembaca tersayang yang tinggal dan bekerja di Muar, tolong maklumkan jika ada jawatan kosong di lokasi kamu. Terima kasih.


5 Komen untuk “Projek Bersih Sekolah”