Realiti Kehidupan, Dihimpit, Tertekan, Tidak Bermaya

Realiti kehidupan yang perlu aku terima setelah puas bertungkus lumus untuk memastikan kesempitan ini dapat diatasi setelah hampir 2 tahun diseksa.

Tiada lain yang difikirkan hanya menganggap ini adalah ujian dari Allah Yang Maha Kuasa.

Tetapi aku hanya manusia biasa yang tiada dikurniakan apa-apa mukjizat. Selain bersabar, perut ini seringkali membuatkan air mata mengalir, tetapi bukan satu perut tetapi ada 4 perut yang perlu aku fikir.

Keluarga? Adik-beradik? Biarkan, biarkan mereka selesa dengan kehidupan mereka.

Jika mereka mengamalkan kehidupan manusia islam sebenar, apa yang mereka akan fikirkan?

Jangan ditanya kenapa. Aku pasti aku tidak perlu menjawab kerana ia hanya membuka pekung keluarga sendiri.

Sakit? Aku masih seperti peringkat awal kesakitan yang bermula denga seribu misteri. Sudah habis simpananku dek kerana melayan segala jenis perubatan sama ada perubatan kampung dan moden.

Sudahnya apa yang berlaku? Perubatan kampung lebih kepada perkara mistik yang menjadikan diri menjadi semakin pelik!

Bila dikata bahu teramat sakit, dikatanya ada jin bertenggek di atas bahu. Bila dikata tangan ini sakit, dikata ada jin duduk kat situ. Siap perlu diulang sehingga beberapa kali. Memanglah sumbangan ikhlas tetapi kalau sudah berulang 2 3 kali, apa yang berlaku? Bukankah berunsur perniagaan?

Perubatan moden pula, hospital pakar perlukan belanja yang berpuluh ribu kononnya lokasinya agak sensitif dan perlu ketelitian. Hospital kerajaan pula, banyak karenah biorkrasinya. Mungkin aku yang tak faham atau mereka yang tak bagi aku faham? Yang sana tolak sini, yang sini tolak sana. Sudahnya kesan bedah yang lepas pun tidak tahu apa puncanya.

Hidup semakin terhimpit. Semakin tertekan. Semakin tidak bermaya. Termasuk untuk membiarkan diri ini di dunia maya.

Suka catatan ini? Langgan melalui RSS dan email kamu.

13 maklumbalas untuk topik “Realiti Kehidupan, Dihimpit, Tertekan, Tidak Bermaya”

  1. adeh.. terasa sakit lak baca entri ni.. :(

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    jangan, kalau tak sakit jangan sakit. cukup terseksa, apatah lagi seksaan ditambah dengan tanggungan yang ada.

    klu bujang tu lain la cerita.

    [Jawab Balas]

  2. biasalah. dunia ni memang macam-macam. Suka main tolak-tolak..

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    realiti kehidupan manusia sekarang. kalau orang dulu masih memainkan peranan masing-masing.

    orang sekarang selalu berpura-pura penuh dengan kata-kata perangsang tetapi perbuatan? jauh panggang dari api (hu3)

    [Jawab Balas]

  3. Komen dari eldy pada November 30th, 2009 ago

    selepas hujan tiada lagi basah, walau mendung akhirnya bercahaya jua <– peribahasa yg gua cipta sendiri xD

    sabar bro.. semua rintangan pasti akan berlalu..

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    rintangan pasti berlaku. sama ada kita mampu atasinya atau tidak je.

    allah tidak kejam. apa yang diberi mampu kita atasi, insya allah.

    cuma luahan disini adalah impak kesan dari apa yang ditanggung. sekurang-kurangnya bebanan ini dapat dikawal dan meringankan.

    [Jawab Balas]

  4. Komen dari mimrayamim pada November 30th, 2009 ago

    encik,
    makcik saya amal solat dhuha. katanya kuranglah sakit bila berterusan buat.

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    sudah, pelbagai cara dan cadangan telah dilakukan termasuk perubatan islam.

    mungkin masih belum sampai tahapnya atau belum diterima. saya perlu terus berusaha, itu yang pasti.

    [Jawab Balas]

  5. sabar bro..jgn emosi memakan diri pulak..klu dua tahun dh boleh tahan teruskan la bertahan bro..
    cari la jalan selagi nadi belum berhenti..

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    kalau aku tak sabar dah lama aku tak berada dalam dunia online ni. perkara macam jadi apabila tekanan itu berat dan ini adalah satu cara mengatasinya.

    nadi terhenti itu urusan allah. sudah pasti selagi hidup selagi itu berusaha.

    [Jawab Balas]

  6. makcik aku amalkan baca yassin setiap kali lepas solat dan sedekahkan pada arwah atuk2 aku. alhamdulillah dapat fadilat dari amalan baca yasin tu, sakit yang ditanggung makin berkurangan…

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    lagi pun bacaan yassin tu dibaca setiap kali bukan tima sakit je kan (he3).

    insya allah, terima kasih sampaikan pesanan tersebut. doakan semua rakyat islam dirahmati dan dillimpahi rezeki selimpah-limpahnya ;)

    [Jawab Balas]

Trackbacks/Pingbacks

  1. Klik Nuffnang, Jom Kita Kaya Dengan Klik Iklan Nuffnang! | MEGAT

Sila tinggalkan komen, jangan malu-malu ya!

CommentLuv Enabled