RSS Megat Dot Net, Sila Langgan Untuk Entri Yang Dikemaskini
Menarik untuk dikongsi, yang dah lama berkecimpung dalam bidang penulisan blog dah tahu akan kepentingannya. Aku lebih fokus kepada kamu yang masih baru atau pembaca setia blog ini yang menggunakan cara konvensional.
Nak cerita panjang-panjang pun tak guna kerana perkara ini terlalu asas. Aku tak sangka ramai juga yang bertanyakan akan perihal ini.
Aku takkan ulas lanjut memandangkan sudah banyak artikel yang menerangkan apa itu RSS! Dalam bahasa melayu pun dah banyak artikel berkenaannya, tanya sahajalah pada pakcik google!
Untuk menambahkan keseronokan ruang pembacaan kamu yang sukakan penulisan sesebuah blog gunakan kemudahan yang diberi. Salah satu fungsinya ialah menyediakan satu lokasi untuk kesemua RSS yang kamu telah kumpul. Jadi tak perlulah sehingga kau terpaksa pergi kesetiap alamat web atau blog yang kau suka.
Bagi penulis pula, menyediakan alamat url RSS memberi ruang untuk pembaca kekal menerima kemaskini dari blog mereka. Ini adalah lebih baik dari setiap pembaca menggunakan url langsung ke alamat web atau blog yang mungkin hanya sekali bertandang!
Kesimpulannya jika kamu ingin kemaskini dari blog ini, Megat Dot Net! Sila langgan RSS blog ini dan selamat membaca entri-entri menarik disini yang kebanyakan berlandaskan teras minda, emosi dan moral untuk semua.
6 Komen untuk “RSS Megat Dot Net, Sila Langgan Untuk Entri Yang Dikemaskini”