Sakit Misteri Yang Ditanggung, Rasa Yang Datang Dan Pergi
Setahun lebih. Setahun lebih aku menanggung kesakitan ini. Bila rasa itu datang, semua kerja terpaksa ditangguh. Yang nyata ia datang dan pergi tanpa isyarat.
Jika kau pembaca setia blog ini dan juga terdiri dari rakan-rakan blog, kau sudah tahu apa yang telah terjadi pada diri aku. Terima kasih atas doa yang tidak putus dari kalian semua.
Misteri sakit ini tidak pernah terungkai tapi yang nyata ia adalah punca penyakit-penyakit lain timbul. Misteri yang telah bertabung dalam badan selama lebih kurang 5 tahun dan akhirnya menunjukkan kesannya secara perlahan-lahan.
Dan selama 2 tahun kebelakangan ini, mereka yang mencipta misteri tersebut berjaya membuatkan hidup ini merana sekeluarga. Dari bekerjaya hingga duduk diam dirumah. Dari berharta hingga sedikit dikikis. Dari bahagia hingga hidup tertekan.
Kesan yang ditinggalkan aku rasa amat perit untuk aku tanggung sekeluarga. Tangisan menjadi peneman tatkala tiada tempat mengadu. Tangisan menjadi peneman tatkala perut ini meminta untuk diisi. Tangisan menjadi peneman apabila anak-anak meminta.
Sudah puas berubat sana sini. Dengar disana kununnya ada orang berilmu, terus pegi kesana. Dengar disini kununnya ada yang pandai mengubat, terus menuju ke tempatnya. Akhirnya aku buat kesimpulan, mereka juga menjalankan perniagaan yang kununnya berasaskan sumbangan ikhlas (hu3).
Akhirnya keputusan dibuat. Sakit masih ditanggung aku. Buat apa aku berantara dengan mereka yang kununnya tahu soal itu soal ini sedangkan aku diberi bentangan yang luas untuk menadah tangan memohon secara terus ke hadrat-NYA?
Kini banyak komplikasi sakit lain yang muncul. Mungkin kerana tekanan yang melampau dari sakit misteri tersebut. Sama ada berubat secara tradisional atau moden, sakit ini masih dirasai. Masih melekat pada tubuh ini.
Mohon doa untuk kesejahteraan aku dan keluarga.
18 Komen untuk “Sakit Misteri Yang Ditanggung, Rasa Yang Datang Dan Pergi”