Salam Aidiladha 2009, Berkorban Atau Dikorban!
Sempena hari baik yang ditunggu-tunggu oleh semua umat islam seluruh dunia, aku ambil kesempatan disini untuk ucapkan selamat mnyambut hari raya korban terutama kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya pada esok hari.
Bercerita pasal korban, sudahkah kau melakukan ibadah korban seperti yang dianjurkan oleh agama kita? Insya allah dekat diri kita kepada-NYA, maka ibadah tersebut boleh dilaksanakan.
Alang-alang dah cerita pasal korban ni, suka aku nak ingatkan kau dan diri aku juga bahawa setiap pengorbanan yang kita lakukan adalah atas sikap baik sebagai muslim dan nilai-nilau murni yang melambangkan keimanan. Ia bukan untuk atas sebab peribadi sahaja, jika dihayati secara bermusyawwarah, ia bersifat kebangsaan (eh macam ustaz pula he3).
Hayati maksud sebenar hari raya korban itu sendiri atau lebih dikenali dikalangan kita dengan hari raya haji. Aku harap ada sesuatu serapan pemahaman yang tinggi kepada kita semua. Setiap sesuatu yang kita lakukan sebagai umat islam perlu disertakan penghayatan dan kajian yang mendalam, barulah dapat ‘nur’nya dan secara tak langsung boleh menjadi ‘tarbiah’ dalam kehidupan seharian kita, insya allah.
Lebih baik kita mengorbankan sesuatu secara ikhlas dan penuh dengan keimanan dari menjadi mangsa korban! Subhanallah. Menangis aku membaca catatan tersebut. Untuk kau, aku seru, bacalah demi penghayatan yang lebih baik tentang Iduladha.
21 Komen untuk “Salam Aidiladha 2009, Berkorban Atau Dikorban!”