Satu Hati Satu Jiwa, Penulis Yang Hensem Dan Blognya Yang Cun
Amacam? Gempak tak tajuk? Macam berselera pulak tajuk kali ini kan? (Kah3). Part ‘penulis yang hensem’ tu ada mencurigakan la, walaupun ianya tak sahih tapi ok la untuk tarik perhatian gadis melayu yang kesepian (Ha3).
Blog pun sebenarnya tak berapa cun! Tapi jangan cakap kekuat, nanti merajuk pula blog ni. Walau pun tak cun tapi rasanya cukuplah untuk merembeskan kisah hidupnya. Ok terus kepada topik asal.

Penulis dan blognya
Penulis ialah makhluk yang hidup dan mempunyai rupa fizikal dan cukup sifatnya. Ia dicipta begitu sempurna yang dilengkapi dengan pelbagai fungsi yang baik. Punyai otak untuk berfikiran dan rasional dan akal serta bisa menyimpan pelbagai maklumat.
Punyai hati yang menggambarkan rempah ratus perasaan yang pelbagai seperti kasih, sayang, benci, marah, suka, sedih dan macam-macam lagi. Dan anggota seperti tangan untuk menulis dan mencurahkan pelbagai idea yang terhasil dari otak dan seiring pula dengan perasaan yang terhasil dari hati.
Tapi blog adalah sebaliknya. Ia bukan makhluk hidup. Ianya dicipta oleh makhluk seperti penulis juga. Dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan yang dikenali sebagai bahasa web (web languanges) dan dilengkapi dengan pengkalan data (database). Blog tidak akan hidup sendiri kerana ia tidak diberi nyawa, tidak dikurniakan hati dan tiada anggota badan.
Benar, blog tidak akan hidup jika tidak diberi jiwa oleh pemiliknya iaitu penulis blog! Gabungan antara akal, hati dan jiwa yang dimiliki penulis bisa membuatkan blog hidup. Penulis dan blog menjadi satu! Satu jiwa. Satu akal. Satu hati. Satu personaliti.
Penulis yang sebeginilah yang benar-benar menjadikan blog salah satu rutin dan budaya hidup. Penulisan mereka lebih kepada perihal peribadi atau apa yang mereka minati. Dan yang paling penting mereka tahu apa yang nak diluahkan serta apa yang mereka ingin kongsi. Tulisan mereka punyai jiwa dan hidup! Penulis sebeginilah yang mendapat tempat dihati pelawat blog mereka dan mereka mendapat tempat dihati peminat.
Bagaimana mereka yang menulis niche blog? Apakah mereka dikategorikan seperti catatan ini? Ya mereka juga tergolong dalam kategori ini. Mereka lebih memikirkan fungsi blog tersebut kepada yang lebih bermakna. Lebih mendatangkan faedah kepada diri, yang semakin hari semakin dekat dgn diri mereka juga.
Apatah lagi niche blog yang telah menghasilkan pendapatan pasif kepada mereka!
Penulis dan blog satu jiwa! Mereka menjadikan blog satu kehidupan. Mereka menggarap kisah kehidupan mereka di dalam blog. Mereka punyai bakat. Mereka ikhlas dan seringkali mendedahkan perihal peribadi di dalam blog. Mereka sering meluahkan apa yang mereka rasa di dalam blog.
Sedih, marah, kecewa, putus cinta, geram. Tak kurang juga yang berkongsi pengalaman dan pendapat, idea dan ilmu. Mereka tak peduli apa yang orang lain anggap tentang budaya hidup mereka. Janji mereka tahu apa yang mereka lakukan dan punyai alasan mereka sendiri.
Dan aku mungkin belum sampai ke tahap seperti mereka. Tapi aku sudah merasai apa yang mereka rasa. Jika aku tidak dapat menulis aku gelisah. Seperti tidak sempurna hidup aku. Kerana disinilah ia bermula. Disini aku meluahkan kisah gembira, sedih, marah dan kecewa. Disini juga aku berkongsi pengalaman, ilmu dan pendapat. Disini juga aku punyai rakan-rakan yang sehati dan sejiwa.


16 Komen untuk “Satu Hati Satu Jiwa, Penulis Yang Hensem Dan Blognya Yang Cun”