Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Sekatan Mental, Sungguh Tersekat Dan Melekat

Aduh perkara macam ni yang aku malas nak bawa bincang. Erk!? Bincang ke? (ha3). Boleh lah kot pasal selagi ada kata-kata manis dari rakan, kata-kata busuk pun boleh juga (he3). Yang penting apa kata kamu pun boleh menyemarakkan semangat penulis blog macam aku. Atau lebih dikenali dengan bahasa moden yang bercampur bahasa inggeris yakni bloggger (hu3).

Adeh dah mula lah aku nak merepek sambil beramas mesra sesama blogger (kah3). Sungguh, sekatan mental yang aku alami cukup memberi kesan untuk blog ini bernyawa. Tengok 2 3 hari ni, blog ini kejatuhan trafiknya semenjak ia meletup dek kerana catatan panas yang tidak terbakar dan kemasukan pasukan power rangers yang tidak suka morphins (kah3).

Kalau bab merepek serah sahajalah. Berjela-jela la catatan aku (he3). Mak aih ini baru mukadimah belum lagi isi perut (hu3). Ok, ok aku terus ke topik sebenar, ada pembaca yang lari pula kan?

Sekatan mental atau lebih popular dan mudah disebut sebagai mental block. Orang kita ni perkataan-perkataan pendek suka pula sebut dalam bahasa omputih (ha3). Ya lah dulu suruh belajar bahasa omputih, kamu main-main termasuk aku la tu. Nasib baik ada pengalaman kerja dengan bangsa asing dari serata dunia (hu3). Tengok merepek lagi?

Apa yang aku nak bangkitkan (macam bangkit dari tidur pula ha3) adalah mental aku secara sementara. Ini mungkin disebabkan tersekatnya bendasing-bendasing yang tidak diperlukan yang mungkin juga bendasing tersebut melekat di dalam otak aku (hu3).

Antaranya mungkin disebabkan,

  1. Stress atau Tekanan -  Aku rasa bab ni aku dah tak payah nak jelaskan sebab ia ternyata mengganggu aku sejak setahun lalu. Selagi sakit aku tidak pulih sepenuhnya atau sekurang-kurangnya 50% pulih, yang boleh ubah keseluruhan hidup aku menjadi lebih baik.
  2. Gaya Hidup – Berkait rapat dengan sakit yang aku alami. Semuanya berubah, kalau berubah menjadi lebih baik tak apalah juga. Ini tidak, berubah menjadi lebih buruk termasuklah menghasilkan catatan tidak berkualiti seperti ini (hu3).
  3. Ekonomi - Sememangnya secara automatik menjadi semakin teruk dek kerana tekanan hidup melampau yang secara tak langsung memberi impak kepada gaya hidup. Akhirnya tiada satu punca pendapatan yang aktif, beku dan tepu!
  4. Tanggungan - Bertambahlah tekanan apabila memikirkan tanggungan. Banyak perkara yang belum terlangsai (terlangsai!? ha3). Rumah, persekolahan anak, keperluan dan banyak lagi secara tak langsung menangguhkan proses untuk aku menjalani pembedahan yang menentukan perjalanan hidup aku seterusnya (sedih! hu3).

Cukuplah sampai situ eh, kalau aku cerita lebih-lebih pun bukan ada duit gugur dari langit kan? (kah3). Apatah lagi tujuan utama aku untuk khabarkan bahawa aku masih hidup dan secara tak langsung menjadi alasan, kenapa aku tidak kemaskini blog! Alasan boleh pakai tak? (kah3).

Kenapa pembedahan selalu bertangguh? Tak apalah, tak perlu dibincangkan disini sedangkan ramai yang bertandang dirumah aku kununnya dari bantuan itu dan bantuan ini pun tak dapat membantu. Menambahkan lagi sakit ada la sebab masing-masing ada agenda tersembunyi mereka sendiri laksana orang hitam yang selalu menyerang power rangers. Cam haram! Politik!

Aku rasa dah terjawab persoalan kan? Ah apa lagi keluarkan kata-kata semangat yang boleh buat aku bangkit dari sejarah hitam hidup aku. Boleh?

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 5 December '09 oleh Megat, dalam kategori Diari.
174 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

24 Komen untuk “Sekatan Mental, Sungguh Tersekat Dan Melekat”

05.12.09 at 12:34
Posted by Mr.Bintang

Fuhhh!! sungguh aku merasa mentalku tersekat..hahaha.. rasa nak sakit jiwa je bila berdepan semua tu kan? tp kita kene tabah nak hadapi.. InsyaALLAH pasti ada jalan penyelesaiannya.. cuma lambat atau cepat je.. aku pun kadang² stress gak dengan kehidupan aku skrg nih.. huhuu…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

stress bujang vs stress rumahtangga, jauh bezanya (hu3) tak perlu hurai (ha3).

macam mana pun hidup perlu berjalan terus walaupun banyak bengkang bengkoknya (he3).

[Jawab Balas]

hafizmd beri maklum balas:

salam ziarah..1st time nie..hikss

btul tu megat..stress bujang vs stress brmhtangga..mmg xsame..aku stuju tuh..

pe2pun..aku doakan moge ngko ceria sokmo..n tenang jua..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam hafiz, selamat datang dan terima kasih sudi komen ;)

insya allah selagi nyawa dikandung badan, aku mampu untuk berfikir dan lakukan sesuatu demi menjalani kehidupan seharian.

terima kasih juga atas doa ;)

[Jawab Balas]

05.12.09 at 12:37
Posted by denaihati

Apabila Allah sayang kepada hambanya maka Allah akan uji dengan ujian yang berat tetapi termampu oleh hambanya untuk menghadapi dan sebaliknya Allah akan beri kegembiraan yg amat sangat kepada yang tidak disayangi. Beruntunglah kepada hamba yang di sayangi Allah.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

subhanallah allah itu maha mengetahui dan maha penyayang.

insya allah sebagai manusia biasa perlu lakukan dengan panduan yang telah tercatat dalam kehidupan sebelumnya.

namun sebagai manusia biasa juga perlu cara untuk mengatasinya dan tidak bergantung kepada sesuatu fakta statik ;)

[Jawab Balas]

05.12.09 at 13:25
Posted by tunepal

sabar ajela. Mungkin ini semua dugaan.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ini bukan mungkin lagi tetapi sememangnya antara dugaan yang perlu ditempuh. syukur, ini bermakna allah mengingati kita, wallahu aklam.

terima kasih sudi bertandang dan nasihat ;)

[Jawab Balas]

05.12.09 at 16:38
Posted by arynet

Semakin merepek penulisan megat sejak kebelakangan ini haha :D , namun maksud yang diserapkan sampai. Semoga tabah.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tu la eh? aku dah gila ke? (hu3). risau juga kalau ada pembaca setia atau pelawat yang akan terkejut dengan perubahan tersebut.

aku sebenarnya jenis orang yang boleh dikategorikan sebagai orang yang lucu tetapi dalam masa sama jauh disudut hati banyak bermain dengan perasaan (hu3).

insya allah, aku juga tak mahu sia-siakan penulisan aku supaya ada terselit moral dan pengajaran, itu matlamat asal aku.

terima kasih atas nasihat dan sokongan ;)

[Jawab Balas]

06.12.09 at 08:33
Posted by Kujie

Megat – Blog ini masih stabil, masih dikemaskini
kalau dah seminggu atau 2 minggu itu barulah bersawang, perlu Mak Power Rangers amek alih..hehehehe

Semalam Kak Jie ke HKL, melawat Kak Mastura yang mengidap kanser panyuara stage 4!

Kak Jie kenal dia sejak tahun 1997, dia jirang kami selama 3 tahun kami di Bentong, masih berhubung hingga kini, masih ziarah menziarah.

Dia pesakit kronik yang berfikiran positif, sehingga ramai tak sedar dia berada dlm tahap 4 .

Kepala dia dah botak, rambut gugur waktu buat kimo. Jumaat dia dah buat operation, buang kedua2 payudara, dan gunakan isi di bahagian perut dan peha utk ganti.

Dia tidak menyerah kalah, itu takdir hidupnya.

Kak Jie harap, megat pun mcm tu .

p/s – komen macam entri kat blog sendiri .

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah, sekurang-kurangnya pengalaman kak mastura menambahkan semangat saya dan menjadi contoh untuk saya terus berjuang dalam hidup.

terima kasih mak power rangers ;)

[Jawab Balas]

06.12.09 at 10:37
Posted by dilot

“stress bujang vs stress rumahtangga, jauh bezanya (hu3) …”

tahun depan aku dah melangkah ke alam rumah tangga..seram lak aku dengar,,,,

blog baru aku dah siap..hehehe…thanks bro, hulurkan bantuan aritu, ..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tak kaitan dengan seram-seram tu, apa pun teruskan melangkah kerana ia menjamin keimanan kita.

tahniah blog baru ;)

[Jawab Balas]

dilot beri maklum balas:

trimas2…banyak lg yg nak kene buat dengan blog tu,,, tengah belajar sikit demi sedikit..nanti kalau tersangkut, aku tanye ko naaa~~

[Jawab Balas]

07.12.09 at 10:58
Posted by ijamz

kalau sesapa rakan2 blog kat sini yang ingin membuat sumbangan ikhlas kepada keluarga En Megat boleh la di salurkan terus ke akaun nya

CIMB – 01230015457521 [Faisal Amirul Othman]….

Don’t just sympatize without feeling but action now!!!!!

seringgit 2 ringgit pun…kalau pakat ramai2 boleh jugak ringankan beban.
sory megat aku tau ko mesti marah dengan statement aku kat sini… tp hakikatnya ko ada hak utk mendapatkan bantuan..

sejauh mana pun ko tutup keresahan dan kesempitan ko sekarang…ia akan menambahkan stress dalam diri ko.. mereka semua harus tau keadaan ko yg sebenarnya…

manusia ni saling memerlukan dan di perlukan…. jadi tak salah kalau aku cuba mendapatkan bantuan itu dari saudara seagama kita yang lain..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terima kasih kerana cuba sama-sama membantu zam, aku faham apa yang nak sampaikan.

aku tidak marah, tapi kena fikirkan kembali.

dalam dunia moden ni, terlalu kurang mereka yang mengamati hidup islam. itu pun sebab angkara manusia juga.

dalam realiti kehidupan kita pun sememangnya berlaku, jiran-jiran? kawan-kawan? tepuk dada tanya iman. apatah lagi nak mengharap di dunia online ni.

yang ada pun beberapa kerat, itu pun yang terbaik.

apa yang aku paparkan adalah luahan hati yang aku tanggung. diluahkan supaya bebannya dapat aku kurangkan. percaya atau tidak itu terpulang pada mereka.

aku harap kau faham maksud aku dan terima kasih sekali lagi.

[Jawab Balas]

07.12.09 at 17:58
Posted by kak chik

Assalmualaikum,
salah satu suara yg allah suka dengar adalah rintihan hati hamba pd Nya ttp sikap bersyukur di hati terhadap ujian susah dan senang dr se org hamba lagi allah suka.kerana itu allah berfirman,kalau hamba Ku bersyukur nescaya akan Ku tambah nikmat Ku padanya.Selalu bila kita di uji kita merintih,kali ini cuba kita bersyukur setiap kali bila di uji.Terima kasih ya allah,dengan ujian ini mendekatkan diri ku pada mu, terima kasih ya allah kerana aku masih boleh bernafas,jantungku masih boleh berdenyut,anak2 ku dan isteriku masih taat kpd ku,terima kasih ya allah kerana engkau x ujiku spt ujian nabi ayub yg kehilangan semua anak2nya dan isterinya pula tiada di sisi serta kawan2 dan jiran semua menjauhkan diri dari nya,dia kesaorgan menghadapi segala ujian dll.serapkan seikhlasnya di dalam hati, insyaalah rahmat n kasih sayang serta bantuan allah akan dtg.kerana kita akan menarik apa yg kita fikirkan…allah mengikut apayg kamu fikirkan/sangka(inilah yg dikatakan doa yg x terucap).Klu kita fikir negatif nescaya perkara2 yg negatif akan dtg pd kita (kalau x keberatan cubalah baca buku quranic law of attraction.muga2 ia membantu.nak huraikan pjg.cara yg sy terangkan ini works very well to most of my patient.fantastic.kdg2 rasa x percaya tp itu lah reality nya.wallahualam.maaf kalau ada yg tersilap atau tersinggung.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wa’alaikumsalam kak,

nasihat dan pandangan yang menarik perhatian saya. syukurlah masih ada tulang empat kerat ini.

yalah itu tujuan hidup berkomuniti, dalam keadaan macam ni mungkin saya kurang memikirkan ke arah itu. hasutan syaitan agaknya.

apa yang saya pasti sememangnya saya bermula blog atas sebab rintihan hati dan ternyata hasil dari keyword dan ramai pembaca senyap adalah golongan yang sama.

pada saya ia memudahkan menjadi rujukan kepada mereka yang bermasalah juga, insya allah.

terima kasih kak, amat berguna untuk panduan kita semua ;)

[Jawab Balas]

07.12.09 at 23:31
Posted by titan

hoho. aku suka baca artikel2 dalam belog ko. Penuh dengan maksud. Dalam. Tapi masih mampu aku capai maksud tu walaupun kekadang software dalam otak aku jammed kejap. Hehe..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

kena bikin kamus cam ni (he3). mungkin aku bermula menulis sebab hati dan seterusnya penulisan aku tetap macam tu.

takpe blog ini khas untuk tujuan peribadi. blog lain, lain cerita (ha3)

[Jawab Balas]

08.12.09 at 22:07
Posted by zool

Aku kalau nak bagi semangat aku selau bukan blog awek2 cun.. Tapi kadang2 tak paham apa diorang tulis. ada tu asik mencarut je..
ops dah tersasar..

pendapat aku lah.. motivasi tu datang dari kita sendiri… kalau kita alami mental block ni elok tenangkan fikiran dan jalan2 ke blog yang santai (cam ohpemandu.com .. ha haa.. promo)..

mungkin senyuman mampu memberikan ketenangan.. tak pun layan katun cam aku.

yang terbaik semua org tau..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tak dinafikan cara yang kau kongiskan adalah salah satu jalan terbaik untuk hilangkan stress dan merehatkan minda supaya minda tidak disekat.

ps – siap promo eh ;)

[Jawab Balas]

09.12.09 at 22:24
Posted by Kenapa membaca blog ligakampung.com

[...] 2. Berkongsi pendapat tentang sesuatu. Saya perhatikan ada beberapa blogger cam Beliamuda, Megat yang selalu memberikan pendapat yang kritis. Kadangkala Safar, Sebol mahupun Kak Jie memberi buah [...]








CommentLuv Enabled

Related Posts with Thumbnails