Selamat Pengantin Baru, Blogger Mohd Khairul Mohamad Yusof Dan Azman Ishak!
Nah, Panjang gila tajuk catatan! (kah3). Tak apalah janji jelas maksud catatan kali ini. Ya, ia mengenai rakan-rakan blog yang baru menempuh alam perkahwinan yang menjadi idaman setiap insan. Tuju khas untuk mereka (he3).

Cincin dijari tanda ikatan dimetarai
Mohd Khairul Mohamad Yusof atau lebih dikenali mr kay, telah melangsungkan pernikahannya pada 17 Oktober. Kay memang terkenal dengan warna kegemarannya iaitu warna oren! Kad jemputan pun warna oren dan paling menarik pasangan jodohnya adalah blogger juga, geekz couple (he3).
Azman Ishak aka kreuger, yang punyai trademark yang tersendiri selaku pengomen blog cergas dan penuh jiwa telah melangsungkan pernikahan pada hari ini, 7 November yang menjadi pengabadian dengan trademark 7-11 (7 Eleven). Wah macam mana? Dah lepas segala bentuk debaran didada Azman? (kah3).
Apa pun, aku tujukan catatan ikhlas ini untuk mereka berdua, Kay dan Azman atas kehilangan teruna mereka kepada wanita yang telah halal buat kamu. Penuhi kehendak fitrah kamu yang sememangnya dicipta Allah sedemikian rupa. Boleh terima tak fakta ni? (kah3).
Selamat menempuh alam rumahtangga yang sudah pasti banyak cubaan dan godaan yang sebelum kamu pernah rasai ketika bujang. Percayalah! Sebab apa aku suruh percaya? Sebab aku pernah alaminya. Jeng jeng jeng. (he3).
Semoga kamu berdua dapat mengekalkan hubungan kasih sayang kamu suami isteri yang pasti tidak mudah tapi perlukan komitmen yang tinggi. Untuk mengecapi dan menjadi hak milik memang mudah tapi untuk mengekalkannya begitu sukar jika tidak kena pada caranya.
Apatah lagi dalam dunia moden ini, pelbagai godaan dan cabaran hidup yang perlu ditempuhi. Bersyukur atas apa yang kamu miliki bersama dan berkongsi dalam apa jua masalah, yang paling penting setiap persoalan perlu diakhiri dengan perbincangan yang waras. Insya allah semua perkara dapat selesaikan.
Pembaca blog ini dan rakan-rakan, ucapkan selamat pengantin baru kepada kamu juga, penuhi ruang komen ini ;)
36 Komen untuk “Selamat Pengantin Baru, Blogger Mohd Khairul Mohamad Yusof Dan Azman Ishak!”