Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Selamat Tahun Baru 2010, Disini Bermula!

Selamat Tahun Baru 2010!

Selamat Tahun Baru 2010!

Alhamdulillah, aku selamat berada pada tahun 2010. Setahu aku hingga ke saat catatan ini ditulis, ahli keluarga, keluarga belah orang tua aku dan orang tua mertua, sahabat dan rakan-rakan pun selamat tiba ke ambang tahun baru 2010. Tahniah!

Cuba lihat sekeliling kamu, apakah mereka yang berada disekeliling kamu diberi peluang yang sama? Kamu jawab dan fikirkanlah sendiri (he3). Kalau kamu ada blog, bolehlah paut balas ke catatan ini, mudah-mudahan dapat Google Pagerank yang baik (he3).

Apa rasa kamu setiap kali berada di ambang tahun baru?

Apakah melalui hari-hari mendatang seperti tiada apa-apa yang berlaku?

Atau hanya duduk bermenung durja kenangan lalu yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan pada diri sendiri?

Bermuhasabah, mudah-mudahan ia membawa kebaikan pada diri dan lagi seronok apabila impak perubahan pada diri turut dapat mempengaruhi orang lain juga. Tidak seronok bukan jika diri sendiri yang menempuh kejayaan tapi tidak kepada orang sekeliling kita kan?

Ayuh! Orang jawa kata yok! Berubahlah! Bikin benchmark untuk diri sendiri sebagai ukuran perubahan diri dari masa ke semasa. Mungkin boleh berlaku setiap hari atau mungkin setiap bulan atau paling sedap pun setiap tahun (ha3). Percayalah ini berlaku atas keupayaan diri kamu sendiri!

Seperti kamu, aku juga cuba memikirkan jalan terbaik untuk terjah kedunia baru yang lebih menunjukkan diri aku sebenar sebelum berlaku kejadian yang memeritkan dalam hidup aku. Apa yang perlu aku buat?

Mencipta persoalan cukup mudah dari nak peningkan kepala menjawabnya (hu3). Tapi aku cuba senaraikan apa yang bakal aku lakukan sepanjang tahun demi untuk blog ini dan projek lain.

Sakit

Selesai urusan persekolahan anak, ketetapan keselesaan dan perlindungan untuk anak isteri aku, aku akan terus selesaikan urusan pemulihan penyakit yang masih berbaki. Ini adalah cubaan kali terakhir dan jika masih tidak mampu baik sepenuhnya, aku akan jalankan kehidupan macam orang biasa biarpun status kesihatan aku tidak  optimum!

Bajet

Memandangkan aku sekarang masih househusband belum lagi penulis sepenuh masa (full time blogger), mungkin akan datang (ha3),  sumber pendapatan aku amatlah terhad dan pasif. Aku akan berusaha untuk dapatkan kerja atau sumber, yang mana lebih dulu, untuk aku pastikan antara projek 2010 berjaya. Setakat ini sudah ada beberapa orang sahabat dan klien yang membantu aku dan cuba dapatkan lebih apa yang aku mahukan.

Kerja

Ya sememangnya untuk capai cita-cita aku seterusnya yang bakal ikut jejak langkah penulis sepenuh masa, Khai (chewah!), aku akan sedaya dapatkan kerja sama ada makan gaji atau pun tidak demi menampung kehidupan seharian aku, isteri dan anak-anak.

Walaupun aku hanya lulusan PMR (kah3) dan punyai pengalaman lebih 6 tahun dalam bidang kejuruteraan IT, nampaknya kini agak sukar untuk aku terus berada di platform yang sama, apatah lagi dalam keadaan kesihatan aku seperti sekarang kecuali jika aku sudah pulih sepenuhnya.

Namun aku tetap buat pelan kedua dan ketiga seperti menjalankan projek-projek IKS dan projek-projek yang menjadi peneman aku selama aku terlantar iaitu internet.

Sosial

Inilah yang paling penting! Seminimum sakit kita, kalau asyik stress je mungkin akan menambah burukkan lagi keadaan. Jadi, aku akan bina semangat aku sendiri dan kembali bina kehidupan sosial aku yang semakin kronik. Mudah-mudahan apa yang aku lakukan nanti membawa perubahan besar dalam kehidupan aku.

Antaranya mungkin aku perlu lebih bersosial dengan kejiranan aku, ber tapa di gunung-gunung (erk!? ngarut! ha3), cuti-cuti malaysia (walaupun aku tak perlu isi borang cuti ha3) ke tempat menarik yang boleh bawakan aku ketenangan yang optimum seperti tempat yang dipenuhi kehijauan, semulajadi dan jauh dari unsur-unsur ion-ion positif!

————————————————-

Untuk blog ini, aku akan melakukan beberapa perkara seperti,

Wajah Baru

Melakukan perubahan pada rupa paras wajah blog ini supaya lebih kemas dan menarik. Yalah takkan nak selamanya bergelap je kan? (ha3). Lagi pun apa yang aku cuba buktikan selama ini telah berjaya iaitu tema sesebuah blog semestinya menjejaskan kepopularitiannya (adeh terbelit lidah aku).

Kualiti Entri

Ini perlu dipandang serius (ya lah tu megat ha3). Kalau kajian aku sendiri membuktikan tema blog tidak menjejaskan keseluruhan blog maka aku akan lebih tumpukan kepada kualiti entri dan corak penulisan yang lebih fleksible untuk umum (18sx eh? he3).

Yang paling penting, bagaimana aku hendak memikat pembaca yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan sudah tentu kebanyakan tahap umur yang sering bersosial di internet ialah antara 15 -30 tahun! Insya allah ini adalah antara point yang perlu aku beri perhatian!

Trafik

Walaupun domain blog ini (megat dot net) ini sudah berumur lebih 2 tahun, tetapi blog ini seperti blog baru kerana kesilapan teknikal yang berlaku ketika proses pemindahan dari host lama ke host baru (hu3 malang betul). Maknanya, aku seperti orang baru yang perlu berusaha menaikkan kembali segala yang telah jatuh termasuk trafik blog ini.

Alahmdulillah, mungkin disebabkan usia domain yang sudah lama dan telah dikenali, usaha tersebut telah capai hasrat selama 2 bulan aku berusaha!

Iklan

Berhasrat untuk meletakkan ruang iklan untuk mereka yang memerlukan dengan bayaran yang pasti memuaskan bergantung kepada capaian trafik yang aku capai nanti. Ini juga harapan aku untuk tahun baru ni. Aku perlu capai 1 peringkat yang aku sasar dahulu sebelum aku membuka ruang baru tersebut.

—————————————————————

Insya allah, itulah antara perancangan awal yang perlu aku capai untuk sepanjang tahun 2010 ini. Harapan aku semua yang dirancang mendapat rahmat dari Allah.

Disni adalah kenangan lalu aku sebagai penulis blog di host baru (ha3).

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 1 January '10 oleh Megat, dalam kategori Diari.
145 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

31 Komen untuk “Selamat Tahun Baru 2010, Disini Bermula!”

01.01.10 at 15:19
Posted by Kreuger

waaa… banyakknye matlamat. semoga apa yang bakal
dilalui pada tahun ni akan lebih dipermudahkan. amin.
tak boleh nak berceloteh panjang sebab sekarang ni
ambik masa rehat untuk lunch bersama dengan cik adik.
hehehe… rajin plak dia masak hari ni. malam ni turn
aku plak untuk masak. huhuhuh…

kami mendoakan kesejahteraan dan kesihatan en. megat
sekeluarga. erm.. aku pon ade penutup entri kat blog.
salam ceria dan selamat maju jaya.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

perancangan yang boleh digelarkan sebagai angan-angan juga. tetapi 1 perkara yang aku belajar, jutawan yang ada sekarang pun bermula dengan angan-angan.

tapi perlulah diselarikan dengan jalan kerjanya.

terima kasih atas doa. insya allah mudah-mudahan apa yang aku cuba usahakan bakal menunjukkan hasil yang memberangsangkan ;)

[Jawab Balas]

01.01.10 at 17:58
Posted by mrkay

aku ada terfikir nak tukar theme blog juga. tapi aku rasa berat hati sebab tak ada theme yang betul-betul memuaskan hati aku dan theme sekarang sangat2 kena dengan jiwa aku cuma ada beberapa kecacatan di sana sini. Aku dah terasa malas nak betulkan. haha.

Aku pun terfikir untuk buka pengiklanan blog. Masih dalam pertimbangan. Dan aku akan buat percubaan. mungkin seminggu dua lagi? hehehe.

apa pun, semoga 2010 membawa kebahagian dan semakin murah rezeki buat kita semua. Amin.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tukar theme, aku pun fikir banyak kali sebab ia melibatkan kebiasaan optimasi SEO juga. aku walaupun theme skang ni hitam putih tapi cukup mesra dengan SEO.

bagi aku theme adalah salah satu cara memikat pembaca tapi bukan keutamaan. jadi yang penting sebenarnya adalah kandungan entri yang dapat menarik pembaca.

selepas bertungkus lumus mendapatkan trafik, ada baiknya dikongsi trafik dengan penyewa ruang iklan. mungkin juga sebagai penghargaan apa yang telah kita lakukan.

mudah-mudahan membawa keberkatan kepada kita semua, amin.

[Jawab Balas]

01.01.10 at 19:07
Posted by BlogAku.Net

Selamat Tahun Baru 2010…

Alhamdulillah dan bersyukur kita kerana telah dipanjangkan umur oleh-Nya dan diberikan peluang untuk menghirup udara dan dapat merasai suasana pada tahun 2010 ini. Seperti biasa pada waktu-waktu sepeti ini, ramai blogger-blogger tempatan yang mencerita…

01.01.10 at 21:28
Posted by Kujie

kak jie suka theme kak jie skrg tapi kenapa ramai yg tak suka?

simple sgt ye, tak de gaya makcik bling bling..

apa pun – semalam telah berlalu, esok adalah harapan dan antara keduanya adalah ketika ini – moga kita dpt hargai apa yg kita miliki ketika ini

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

dan ramai yang tak suka tidak termasuk saya. bagi saya theme yang akak guna sekarang ni simple dan sesuai dengan profesionalisme akak.

insya allah semoga dicucuri rahmat ke atas kita semua ;)

[Jawab Balas]

Kujie beri maklum balas:

profesionalisme

uik… pro sgt lah tu , kadang2 risau nk publish entry yg terlalu personal

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

dari apa yang akak miliki (bakat menulis), bagi saya tiada isu personal atau general.

cara kak jie menyampaikan setiap entri membuatkan ianya diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

[Jawab Balas]

mrkay beri maklum balas:

kak jie tau tak, theme kak jie tu sangat menarik dan minimalis. saya suka. saya dah nak edit theme tu dan pakai. tapi tak jadi sbb takut orang kata meniru.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

bikin theme sendiri je la kay (he3) sekarang semakin mudah jika kau gunakan wp blank theme.

lebih mudah dari bikin totally 100%. aku sendiri pun tengah bikin wp framework supaya mudah aku nak bikin theme untuk market ;)

[Jawab Balas]

mrkay beri maklum balas:

dah ada ke wp blank theme? aku tak penah tahu. haha. tp aku dah lama tak buat css dan interface. setahun dah. byk dah lupa. dengan kerja yg melambak lagi. entah bila aku ada masa nak buat theme sendiri walaupun dah ada framework. haha

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

dah ada banyak, ko search je “wp framework”. kena pilih yang mana sesuai.

framework tu mudah sebab derang dah buat siap validation dan cross browser.

malah separuh kerja-kerja pembinaan blog dipermudakan ;)

[Jawab Balas]

01.01.10 at 23:36
Posted by muhammad fakhruddin

Assalamualaikum,selamat tahun baharu 2010 bro.

Moga Allah mudahkan urusan bro.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wa’alaikumsalam, selamat tahun baru 2010 juga.

[Jawab Balas]

02.01.10 at 01:30
Posted by titan

trafik blog ni pun dah cukup kuat. Aku rasa ko dah boleh offer untuk review dan setat jual iklan. Trafik bawah 400k. Kalau pagerank blog ni PR1 atau ke atas, itu dah cukup hebat. Dah cukup kuat tu. Kalau kena gaya,boleh dapat 1-2k aje dari blog ni. Insya-Allah boleh. Blog melayu ada kekuatan tersendiri. :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terima kasih titan, logika dari komen ko ni makin menguatkan apa yang aku nak buat. insya allah, galakan dari otai macam ko dapat beri semangat yang kuat kepada blogger macam aku.

disamping usaha aku capai PR 3, aku juga dapat lihat blog ini telah capai kedudukan ALEXA yang aku sendiri tidak menyangka dari 9 juta kepada 349,888.

sekarang ni aku tumpukan kepada untuk tingkatkan trafik. insya allah.

[Jawab Balas]

02.01.10 at 10:25
Posted by mesticun

Rasa sekejap je masuk tahun baru 2010.sekolah pun dah nak mula.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sekejap je. semalam 2009 dan hari ni 2010 (ha3) kejap kan?

[Jawab Balas]

02.01.10 at 14:15
Posted by Mr.Bintang

lidah aku juga terbelit.. hehehee.. :P

selamat tahun baru bro.. :)

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terbelit? kenapa? (ha3)

selamat tahun baru juga ;)

[Jawab Balas]

Mr.Bintang beri maklum balas:

kepupolatirian.. hahaha.. :P

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

adeh bukan terbelit je tapi typo pulak tu (ha3)

[Jawab Balas]

02.01.10 at 17:24
Posted by k-rol

assalamualaikum…alahmdulillah megat masih hidup lagi…moga azam baru berjaya dicapai tahun ini….

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wa’alaikumsalam, ya aku masih hidup lagi. tidak perlu menangis (ha3).

insya allah mudah-mudahan semuanya mampu dicapai pada tahun ini.

[Jawab Balas]

02.01.10 at 23:35
Posted by mohdisa

hoho, penuh dengan impian dan azam. semoga berjaya di tahun baru ini. aku juga mempunyai matlamat yang perlu dilaksanakan. semoga memperoleh kejayaan kelak. amin

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah, perancangan perlu dibuat. ia menandakan bahawa kita sedang merancang sesuatu, keputusan akan dilihat apabila berjaya kelak.

terima kasih atas doa ;)

[Jawab Balas]

mohdisa beri maklum balas:

sama-sama bro
kita hanya mampu merancang, semoga dgn usaha yg dilakukan dapat membuahkan hasil. amin :)
Terkini dari mohdisa di blog nya – Tips Meningkatkan Trafik Blog Anda My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

03.01.10 at 14:48
Posted by jawatan kosong 2010

Selamat Tahun Baru 2010.. Impian dan Azam mudah2xan tercapai ditahun 2010 ni..
Terkini dari jawatan kosong 2010 di blog nya – Nautica & TagHeuer Retail Executive Vacancy 2010 My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

31.03.10 at 15:45
Posted by cikfen

Salam bro, bagaimana nak mengatasi masalah2 yang mungkin timbil akibat pemindahan isi2 blog dari hosting lama ke hosting yang baru? Buat ler sedikit posting dalam bab nie based on your experience.
Terkini dari cikfen di blog nya – Pelaburan Unit Trust, Menguntungkan??? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam cik fen,

insya allah saya cuba buat yang terbaik. boleh tahu pemindahan dari platform apa ke platform apa?

apakah kamu ingin tahu pemindahan dari blogspot ke wordpress?

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled