Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Selamat Tinggal, Terima Kasih Atas Segalanya

Selamat tinggal

Selamat tinggal

Terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh semua pembaca blog ini. Tak lupa juga kepada rakan-rakan blog yang tidak pernah lupa memberi galakan dan kata-kata semangat.

Apa yang lagi yang tinggal hanyalah kenangan manis dan pahit yang tidak akan dilupakan. Aku cukup terharu dengan sokongan yang diberikan termasuk sumbangan ikhlas dari rakan-rakan blog dan pembaca blog ini untuk aku teruskan penulisan aku dan hidup aku sekeluarga.

Banyak perkara yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini seperti,

Sakit

Aku rasa ramai yang sudah mengetahui akan kedudukan diri aku dimana sejak tahun lepas diganggu sakit misteri. Secara tak langsung telah merubah banyak perkara dalam hidup aku termasuk dalam dunia sebenar. Sakit yang pada mulanya dianggap misteri, kini telah menyebabkan beberapa komplikasi penyakit lain.

Hampir 2 tahun aku menanggungnya. Kesannya cukup mendalam hingga melibatkan kayakinan aku mengenai dunia realiti juga turut ampuh. Antara kesan yang sangat nyata seperti aku berada dalam keadaan tekanan paling tinggi dalam sejarah hidup aku. Apatah lagi melibatkan keluarga aku sendiri.

Kewangan

Impak dari kesan sakit tersebut, aku juga sudah lama tidak mampu bekerja. Secara tak langsung apa yang aku miliki selama ini turut hilang dari pandangan atau dari pegangan aku. Apa yang tinggal hanyalah anak-anak dan isteri. Aku tak tahu macam mana nak gambarkan kepahitan hidup aku tetapi cukuplah sekadar coretan untuk ingatan aku sendiri disini dan mungkin boleh jadikan iktibar pada orang lain.

Dan atas alasan ini juga mungkin aku terpaksa berpindah lagi memandangkan kewangan yang terhad untuk mencari kediaman yang lebih murah sewanya. Mungkin rumah kayu? Tetapi cukuplah sekadar aku dapat menyediakan bumbung, dinding dan lantai untuk anak isteri berteduh.

Dalam bab ini juga, aku cukup terharu kerana ramai dari pembaca blog ini dan rakan-rakan blog lain yang turut membantu aku sekeluarga. Dan beberapa kerat rakan luar talian (offline) yang membantu. Namun aku akur, demi mencari sesuap nasi dan dinding dan bumbung untuk aku berteduh.

Sosial

Kehidupan sosial aku terlalu hambar yang secara tak langsung menambahkan lagi tekanan pada diri aku dan malah kepada anak isteri. Sejak aku sakit dan punyai sumber kewangan yang terlalu terhad, kehidupan sosial aku turut berubah ke tahap yang sangat teruk hingga aku tidak mampu untuk buat keputusan dalam apa sahaja perkara.

Lebih menyakitkan apabila difikirkan tentang “kawan gembira ramai, kawan menangis!?”. Ini bukan catatan aku untuk meraih simpati tetapi betapa aku sedar bagaimana sikap sesetengah manusia yang bergelar sahabat dan kawan. Pengalaman ini aku simpan hingga akhir hayat, aku tidak pernah lupa setiap kesakitan yang dilalui.

Namun aku akur atas perintah dan kebaikan dalam menjalani kehidupan yang lebih baik sebagai islam yang secara tak langsung menggalakkan kehidupan bersosial. Allahu abar! Apa yang buat aku tak faham, bagaimana orang lain selalu ingat apa keburukan kita tetapi tidak melihat keburukan diri sendiri!?

———————————————

Itulah sedikit sebanyak perkara yang aku kongsikan sebagai penulisan koleksi peribadi yang aku alami sepanjang tahun ini, 2009. Tak banyak yang boleh aku ungkapkan untuk ucapkan selamat tinggal 2009 kerana kesilapan dalam pemindahan pengkalan data blog ini. Apa yang ada diblog ini adalah seperti blog yang baru dilancarkan.

Apa yang aku boleh katakan, jika dapat lihat sendiri depan mata kenyataannya lebih pedih dari menulis di blog ini. (sebak! hu3)

Dengan saki baki keyakinan yang aku ada, aku cuba bangkit kembali pada semangat baru yang bakal muncul iaitu 2010!

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 31 December '09 oleh Megat, dalam kategori Diari.
319 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , .

16 Komen untuk “Selamat Tinggal, Terima Kasih Atas Segalanya”

31.12.09 at 15:37
Posted by Zul

sabarlah megat, inshallah x selalunya kita berada dibawah roda sahaja..
kelak kita akan berada diatas..
apa yang berlaku ada hikmahnya, seriusly percayalah..
Tahniah sebab berjaya jalani 2009 nieh dengan penuh sabar.
Zul doakan megat sihat kembali dan semua diatas selesai pada tahun 2010 nanti..
Amin

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terima kasih, aku ambil kata dari rakan-rakan blog sebagai pendorong perjalanan hidup aku seterusnya.

insya allah, aku masih percaya rezeki masing-masing Allah dah tentukan. kita perlu berusaha bukan?

[Jawab Balas]

31.12.09 at 15:37
Posted by menteil

aku penah rasa ‘kawan senang ramai, kawan susah sorang pon tarak!’
memang sakit hati bila fikir.. tapi perangai orang bukan senang nak paham..

ape pun aku nak mintak maap sebab lama tak jenguk blog nie.. huhu..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

ya memang jelas. bukan kita boleh ubah atau bentuk perangai orang lain malah kita tidak perlu menyesakkan kepala memikirkan sikap orang lain.

janji kita mampu jaga sosial kita seperti yang termaktub dalam islam sudah memadai. takut dilambung ombak, abaikan kawan yang sebegitu.

tiada maaf bagimu sebab kau tidak bersalah (he3)

[Jawab Balas]

31.12.09 at 15:45
Posted by zella

sabar ye…
semua dugaan tu pasti ada hikmahnyer…
semoga tahun br ni memberi sinar br kpd awk n keluarga…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah dan terima kasih atas doa, saya juga akan lakukan yang terbaik untuk hari-hari mendatang.

[Jawab Balas]

31.12.09 at 15:47
Posted by paeh

megat. kamu seorang yang tabah. aku sangat berbangga dengan kamu… bab kawan senang ramai tuu. almost daripada kita di dunia nii terkena…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

aku akan lakukan terbaik untuk diri aku dan keluarga. aku pegang pada satu, jika aku diizinkan allah berjaya dalam hidup kelak, aku takkan lupakan pada yang susah seperti aku.

sekurang-kurangnya aku pernah diduga dan alami pengalaman pahit dalam hidup. ujian allah.

[Jawab Balas]

31.12.09 at 15:48
Posted by Kujie

Kak Jie tatau nak cakaplah Megat – mcm segalanya dah diluahkan, selebihnya kekuatan tu dtg dari dalam diri Megat sendiri

Moga Allah memudahkan segala urusan

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

saya faham. kak jie lebih tahu kisah saya baik di blog dan di ruang sembang. benarlah kata kak jie, ia akan datang dari dalam diri kita sendiri.

dan saya ambil dari kata-kata kak jie di ruang komen di blgo ini mahu pun penulisan akak sebagai pendorong untuk saya teruskan hidup ini.

terima kasih atas doa akak ;)

[Jawab Balas]

31.12.09 at 16:05
Posted by Mr.Bintang

mcm sama je apa yang aku rasakan… cuma aku tidak lah punya sakit apa²… sihat… cuma faktor tekanan dalam hidup je yang membelenggu fikiran… kewangan, keluarga, diri sendiri… ntah la..

apa² pun semoga 2010, memberi cahaya baru kepada kita semua.. juga kepada megat sekeluarga insyaallah..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

masih ramai yang punyai persamaan yang kita alami. ada yang lebih teruk sehingga tidak mampu berfikiran waras atau melibatkan kes yang lebih teruk seperti bunuh diri.

rasa cukuplah pengalaman yang kita lalui. teruskan perjuangan dan buktikan kita mampu lakukan dalam apa jua bidang yang diceburi.

semoga tahun baru 2010 memberi lebih ruang untuk kita ;)

[Jawab Balas]

31.12.09 at 17:28
Posted by ejam

Ya Allah, cukup berat rasanya ujian abg megat. Tetiba dapat rasa apa yg abg rasa. Bagaimana agaknya kalau berlaku ujian berat kepada ejam, ntah dpt hadapinya atau tidak.
Terasa nak jumpa ler nanti. Boleh set masa nie dgn blogger lain utk ziarah abg…bolehkan…

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setiap orang mungkin hadapi pengalaman yang berbeza-beza. mungkin juga kerana balasan kealpaan hidup yang lalu atau pengalaman berharga untuk tempuhi kehidupan akan datang.

insya allah ejam, ada jodoh dan jika diizinkan Allah, kita semua akan diketemukan jua.

[Jawab Balas]

31.12.09 at 19:43
Posted by Khai

Sabarlah Megat.. Sabarlah. Itu saja yang mampu aku katakan.. Mmg benar berkata lebih mudah dari yang menanggungnya, namun diharapkan Megat betul2 besabar. InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalan keluar dari permasalahan yang dialami.. Dia sedang menguji.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terima kasih khai. bila perkara macam ni terkena pada diri aku, macam-macam aku fikir. hingga aku boleh lupa tanggungjawab aku.

isteri aku pun perasan, aku banyak berubah. tak seceria dulu. aduh! stress manjang. tapi aku tidak putus asa, aku cuba untuk bangkit hingga nyawa aku benar-benar dicabut.

aku bertahan, bertahan selagi aku mampu dengan izin-NYA.

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled