Silat Melayu Asli, Belajarlah Dan Warisinya
Silat, salah satu jenis seni mempertahankan diri yang dikenali di rantau asia. Ianya sinonim dengan masyarakat melayu serantau seperti di Malaysia, Indonesia, Brunei dan beberapa negara sekitarnya.
Kali ini aku ingin suarakan tentang kewujudan silat di kalangan orang kita, Melayu. Dilihat pada zaman ini, jenis-jenis silat terlalu banyak sehingga punyai pecahan tertentu di antara pengamalnya sendiri.
Aku tidak mahu berceloteh mengenai silat-silat yang banyak tu tetapi aku ingin mengajak kamu fikir sama dan renungkan kembali warisan orang kita melayu dalam silat melayu asli!
Kenapa?
Ya, kita perlu bersama-sama mewarisi keaslian silat melayu yang asli yang mempunyai keunikan dan ketatatertiban dalam menangani sesuatu situasi. Ini adalah kerana silat melayu asli diasaskan dan diperhalusi mengikut kesesuaian adat resam melayu dan seiring dengan suruhan agama kita, islam.
Silat melayu asli tidak mengajak kita untuk membuat onar dan engkar malah,
- Mendekatkan diri dan lebih mengenali ALLAH Yang Esa.
- TAAT kepada ibu bapa yang melahirkan kita ke dunia.
- Menghargai hubungan sesama manusia dan belajar mengenai kehidupan sebenar ISLAM.
- Membantu untuk lebih mendisiplinkan diri dan lebih menghargai diri.
- Menyihatkan tubuh badan yang secara tak langsung lebih mengaktifkan kebijaksanaan OTAK dan anggota badan.
- Membentuk keyakinan yang tinggi.
Dan juga pengamal silat melayu asli punyai hemah yang tinggi di dalam kehidupan sehariannya disamping dapat mempertahankan apa yang dimiliki, maruah, bangsa dan agama. Ingat! Lihat garis panduan silat menurut islam supaya kamu tidak tersasar dalam memilih jenis silat yang ingin diwarisi.
Sayang jika kamu tidak penuhi ilmu di dada dengan silat melayu asli. Mungkin kamu pernah belajar silat biasa atau seni mempertahankan diri asing, tapi teramat rugi jika kamu tidak mewarisi silat melayu asli yang telah diwarisi dari nenek moyang sejak dulu. Sesungguhnya silat melayu asli punyai santun dan sopan dimana masih memelihara budaya melayu dan adab dalam kehidupan sebagai seorang islam.
Dunia semakin mendesak. Lihat sahajalah kini, macam-macam perkara berlaku diluar jangkaan. Sekurang-kurangnya kamu ada pertahanan pertama walaupun dengan tangan kosong! Tidak rugi malah bukan untuk diri kamu sahaja, keluarga kamu, adik beradik kamu dan kejiranan kamu.
Aku bagi contoh dalam situasi singkat yang boleh berlaku seperti jenayah rogol. Kamu wanita perlu fikir, apa-apa sahaja boleh berlaku sama ada kamu sedar atau tidak. Kebiasaan penyerang akan menyerang dalam masa yang singkat seperti melemahkan mangsa supaya kelakuan seterusnya dapat dilakukan. Biasalah perkara yang sudah dirancang, penyerang tahu apa yang perlu dilakukan, sebalik kamu, bagaimana?
Disini situasi berlaku sesuatu kejadian nampak mudah hanya memerlukan masa yang singkat jika mangsa melawan tapi tahu sasaran untuk melumpuhkan atau melemahkan penyerang. Bayangkan jika kamu ada asas dalam pertahanan diri, bukankah sekurang-kurangnya kamu dapat melepaskan tindakan pertama lawan? Mungkin dapat menghalang perancangan utama penyerang yang telah dirancang sekian lama. Mungkin penyerang ambil masa jika melakukan sesuatu perkara secara spontan.
Silat melayu asli yang aku maksudkan tidak boleh sebarang guna, sangat bahaya. Bukan seperti silat-silat lain yang telah dicampur adukkan dengan budaya asing!
Aku tidak menyokong seni mempertahankan diri asing. Aku juga tidak mengatakan silat-silat lain tidak bagus tapi belajarlah dan warisilah yang asli dari bangsa kita, MELAYU. Bukan sahaja terpelihara dan membentuk diri lebih melayu tetapi lebih ISLAM juga, insya allah.
Situasi seperti ini mungkin berlaku,
Silat melayu asli, ada nampak mangsa naikkan kaki (he3)? Renungkan! Amat bersesuaian dengan kaum hawa juga walaupun berbaju kurung! Antara silat melayu asli yang masih terpelihara hingga kini. Berminat? Hubungi aku (ha3).
Keputusan ditangan kamu sendiri, belajar menghargai diri dahulu sebelum dihargai orang lain. Ingat! Apabila sesuatu situasi berlaku (terutama wanita) kamu tidak sempat melakukan apa-apa sekalipun ingin mintak bantuan dari ibu bapa atau abang. Jika masih selamat, kamu dapat lah minta bantuan. Selepas kejadian?
Jadi dengan ilmu persilatan melayu asli sekurang-kurangnya kamu dapat bina tembok utama sebelum berlaku kejadian yang kita tidak ingini. Percayalah jika kamu sudah punyai keyakinan dalam diri, kamu dapat lebih memotivasikan diri kamu juga.
Ada sebarang pendapat?

31 Komen untuk “Silat Melayu Asli, Belajarlah Dan Warisinya”