Stress, Tekanan, Apakah Punca Dan Tanda-tandanya?

Dalam era kemodenan ini manusia semakin dihimpit dengan pelbagai masalah yang semakin merumitkan. Terkejar-kejar untuk memenuhi keselesaan hidup dan kemewahan.  Sehingga sanggup melupakan tentang keadaan kesihatan diri sendiri.

Wah sekarang ni menulis macam pakar motivasi pula (ha3). Ok serius, serius.

Sebelum itu kamu perlu tahu, apakah definisi stress sebenarnya. Percaya atau tidak, keyword tekanan dan stress antara keyword tertinggi untuk blog ini. Jadi apa masalahnya?

Aku ambil kesimpulan mudah iaitu sememangnya pengguna internet ramai yang sedang stress!

Tanpa disedari manusia semakin menjadi tidak tenteram, semakin tidak mesra, semakin kurang bijak mengendalikan hidup sendiri, pentingkan diri sendiri, bosan dengan hidup dan macam-macam masalah yang hanya disebabkan tekanan hidup atau lebih dikenali stress!

Bagaimana ianya berlaku dan apakah puncanya!?

Ada beberapa kemungkinan besar yang menyebabkan stress boleh berlaku kepada kita. Dan jika ia tidak dapat ditangani dengan bijaksana maka akan menjadi bertambah kronik dan bisa terjadi perkara yang lebih buruk dan diluar kawalan kita.

Antara punca utama stress adalah,

  1. Persekitaran – keadaan persekitaran juga sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan stress kita seperti tubuh kita tidak menerima keadaan sekeliling.
  2. Gangguan – sakit mata memandang, sakit hati merasa dan apa-apa yang berlawanan dengan kehendak individu.
  3. Luar Kemampuan – fikiran dan kebolehan yang terhad dan tidak suka terburu-buru untuk mengubah keadaan.

Apakah tanda-tanda tekanan atau stress!?

Sama ada anda perasan atau tidak, terdapat beberapa tanda-tanda apabila seseorang itu telah berada dalam keadaan tertekan atau stress yang agak berat.

Penting untuk kita mengetahui jika seseorang individu berada dalam keadaan stress kerana jika dikesan lebih awal dapat kita atasinya dan mengesan puncanya lebih awal.

Seseorang itu berada dalam stress yang tidak terkawal apabila,

  1. Sukar membuat keputusan – kebingungan dan tidak berfikiran melalui kewarasannya.
  2. Sukar mengawal emosi – boleh bertindak di luar kawalan (sangat bahaya!).
  3. Penolakan pendapat – bersifat negatif.
  4. Hilang kepercayaan – merasakan tiada sesiapa yang dapat membantu.
  5. Tidak tenteram – tidak selesa, serba tidak kena, buat itu salah, buat ini salah.

Jika semakin dibiarkan ia bisa menjadi bertambah buruk dan boleh menyebabkan penyakit seperti darah tinggi, diabetes dan jantung.

Suka catatan ini? Langgan melalui RSS dan email kamu.

16 maklumbalas untuk topik “Stress, Tekanan, Apakah Punca Dan Tanda-tandanya?”

  1. kalau stress sekali sekala tu ok juga..boleh beri masa untuk otak aktif..huhu

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    dikira berehat la tu (he3).

    tapi kalau mereka tidak tahu macam mana nak kawal, susah juga nak cakap.

    [Jawab Balas]

    mummy emadini beri maklum balas:

    stress berpanjangan boleh ke jadi gile…mcm mana nak atasi…perlukah seseorang membantu..siape?yg layak selain doktor..

    [Jawab Balas]

  2. sumi kalu stress mesti akan cepat marah..
    nak pulak kalu dgr bunyi bising..
    penyelesaian terbaik… kuar sebentar menikmati udara walaupun duk kat dalam opis..hehehe…..

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    ada orang, memang tahu macam mana nak kawal. masalahnya datang apabila mereka sendiri tidak tahu nak kawal.

    ada orang pula tidak tahu yang mereka sedang stress, itu yang lagi bahaya, tetiba berlaku amukkan (hu3).

    [Jawab Balas]

  3. Komen dari Melz pada November 5th, 2009 ago

    Persekitaran – Keadaan yang panas dan sekiranya terdapat sedikit masalah walaupun kecil.. kemungkinan aku akan berasa marah :P

    Gangguan – gangguan bising oleh mereka-mereka yang tak faham apa itu “senyap” boleh mendatangkan stress kepada aku juga :)

    Luar Kemampuan – menyelesaikan masalah yang sememangnya aku perlu menyiapkannya dalam masa yang amat singkat..juga boleh mendatangkan stress kepada aku :P

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    terima kasih kongsi pengalaman. bagi aku macam ada stress meter dalam diri.

    setiap kali stress perlu diperhalusi setinggi mana stress kita, contoh guna peratusan. kalau berlaku 3 keadaan tersebut, maka peratusan stress tersebut tinggi.

    [Jawab Balas]

  4. Stress perlu ditangani secara bijak untuk mengakibatkan kesan yang lebih teruk dan berpanjangan. Tidak dinafikan stress mengakibatkan seseorangcepat melenting dan amat mudah untuk bertindak di luar kawalan. Semoga kita dapat menghindari stress.

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    atas sebab ego, kebanyakkan orang juga tidak tahu yang mereka sedang stress. bagaimana nak selesai masalah stress jika tidak tahu punca?

    [Jawab Balas]

  5. Komen dari Khai pada November 5th, 2009 ago

    Stress ni selalu menyebabkan kes penderaan kanak2.. kadang2 di bapak balik kerja tension2 kene tiau dgn bos, anak plak nangis x diam2.. tu yang dibelasahnya.. apelah salah budak kecil tu.. sobsob..

    jadi betul kata Megat, kita kena pandai mengawalnya.. artikel yg menarik dan menyedarkan.

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    antara kesan stress yang peratusannya agak tinggi, kes-kes macam tu lah yang kita tak nak lihat.

    namun dalam dunia moden ni, stress agak sukar ditangani kerana tabiat manusia sendiri seperti pembangunan pesat dan iimpian untuk hidup mewah.

    memandu pun boleh stress (hu3).

    [Jawab Balas]

    mummy emadini beri maklum balas:

    mcm mana nak hilangkan stress…tertekan….sangat.. ..rase dah jadi mummy yang murung, pemarah, x nak kuar rumah…x nak masak..x bleh tido malam…siang mmg x leh tido la nak tengok anak2…sehari tido 1 atau 2 jam je…. klu dh x de hati nak masak maknanye xde selera makan la…mkn anak beli je..rase mcm x nak buat ape…bingung…

    [Jawab Balas]

  6. huhhu..aku tension dgn roomates aku!!!!!pemalas..n tak hormat brng org..pki guna je laptop aku tanpa bg tau nak pinjam ke..apa ke..huhuh!!!!!!!

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    sikap orang lain ke atas kita pun boleh datangkan stress. malah lebih buruk boleh libatkan kepincangan dalam hubungan sosial yang terjalin.

    [Jawab Balas]

  7. Komen dari mummy emadini pada November 5th, 2009 ago

    bile banyak pikir jantung rase mcm di cucuk2..kepala sakit hampir muntah..

    [Jawab Balas]

    Megat beri maklum balas:

    lihat pada simpton macam migrain. jangan biarkan ia berlanjutan kerana ko sedang menyeksa anggota badan ko sendiri.

    aku rasa ko perlu seseorang yang kau percayai untuk redakan apa yang kau rasa. perlahan selesaikan dari biarkan ia berpanjangan dan memudaratkan.

    [Jawab Balas]

Sila tinggalkan komen, jangan malu-malu ya!