Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Suara Yang Merangsang, Guna Pada Tempatnya!

Amacam terangsang tak (kah3)? Wah bukan main lagi, nampak je topik memberangsangkan terus je terangsang (he3). Jangan salah faham, aku hanya sampaikan perkara yang berfaedah dan berilmu. Merangsang dan terangsang juga satu ilmu juga bukan?

Beruntungnya kita sebagai penulis blog apabila dapat menyediakan ruang sendiri untuk menulis dan langsung dapat dipersembahkan kepada dunia tanpa sempadan (internet) tanpa keluarkan modal yang besar! Apakah kepentingan blog? Adakah kita bebas ber’suara’ di dalam blog?

Kepentingan menulis blog bergantung kepada apa tujuan penulis menulis. Ada yang punyai mesej tertentu. Ada yang menulis perihal peribadi dan pengalaman. Ada yang menulis berkenaan teknologi. Ada yang menulis tentang isu semasa dan politik. Kesimpulannya, anda boleh menulis apa sahaja yang anda suka di dalam blog!

Apa yang hendak dibincangkan adalah kebebasan menulis. Ya, anda bebas menyuarakan (menulis) tentang apa sahaja. Banyak isu-isu yang anda boleh komen secara sihat dan bijak! Komen yang sihat dapat menjaga hati semua pembaca. Komen yang bijak dapat memikat pembaca dan penerimaan pembaca secara positif!

Sekarang, kebebasan menulis dicemari dengan pelbagai unsur-unsur yang tidak sihat dan boleh terjadi satu ancaman. Mungkin pelik tapi itulah kebenarannya! Komen mengenai isu-isu semasa yang buruk, kekecohan politik dan fitnah menjadi punca kecacatan ’suara’ blog dan menjadi medan tempur dan bertikam lidah.

Malah ada yang memberi komen secara melulu dan terlalu terbuka. Budaya yang tidak sihat dan negatif!

Sebagai seorang yang bertanggungjawab dan dididik dengan nilai-nilai murni, fikirkanlah kembali apa yang anda cuba ’suara’kan!

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 4 November '09 oleh Megat, dalam kategori Motivasi.
78 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , .

6 Komen untuk “Suara Yang Merangsang, Guna Pada Tempatnya!”

04.11.09 at 22:24
Posted by luth textile

blog politik banyak la mcmtu.. banyak komen yang tak ada kejantanan.. hohoh

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

wah begitu sinis (he3).

ada kebenarannya juga, ‘rambut sama hitam hati lain-lain’ kan?

[Jawab Balas]

04.11.09 at 22:51
Posted by abrar

untuk bersuara perlukan ilmu. bersuara kosong tanpa ilmu hanya menunjukkan kejahilan kita. Yang paling penting jadi diri sendiri. jangan hendak plagiat kaya orang lain.

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju, suara tanpa ilmu jadilah seperti suara-suara ‘kadai kopi’. perasan atau tidak, orang kita suka pula suara-suara macam tu!!?? (hu3)

[Jawab Balas]

05.11.09 at 00:24
Posted by catzer

Aku br jerk buat suara merangsang ni megat..merangsang kucing aku suruh mkn..hahahah

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

pergh, suara juga kan? (ha3)

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled