Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi bertandang ke blog picisan ini.

Sumbangan Dari Warga Seminar Smart Blogging!

Dikejutkan dengan panggilan telefon dari SIFU Rohaizad yang bertanyakan alamat rumah. Tetapi untuk makluman, aku sudah 2 minggu (6 Februari 2010) keluar dari rumah yang aku sewa sejak setahun lepas. Atas tujuan melawat kata En Rohaizad, aku tidak sia-siakan keinginan tersebut memandangkan aku sendiri telah lama merancang untuk bertemu mereka setelah sekian lama tidak berbuat demikian.

Terus aku membalas panggilan tersebut dengan menghantar pesanan ringkas (SMS) alamat rumah orang tua aku.

Alhamdulillah, mereka, Ijad, Ezad dan Boy selamat sampai ke rumah orang tua aku yang tidak berapa jauh dari kedudukan rumah sewa aku sebelum ini. Tidak menjangka kunjungan mereka membawa hajat!

Disamping mereka menghiburkan hati aku. Yalah sudah berapa lama tidak jumpa Ijad dan Ezad, aku rasa setahun lebih juga. Boy pula aku baru jumpa pertama kali tapi sesi perkenalan seperti sudah lama kenal (he3). Mereka juga bawa hajat yang besar dimana bukan sahaja dari segi sumbangan berbentuk kewangan tapi penuh dengan idea bernas untuk perjalanan hidup aku pada masa akan datang!

Foto-foto yang diambil sebagai kenangan di Facebook Ijad.

Syukur alhamdulillah, setiap peluang bersama mereka tidak pernah lekang dengan idea yang mantap! Terhibur dengan gelagat mereka, hati aku juga turut berbunga dan berkobar-kobar dengan dorongan bak membakar semangat untuk terus menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Insya allah, setiap butir kata dan idea tidak aku sia-siakan.

Untuk warga seminar smart blogging, aku sangat terharu! Diakhir perpisahan pertemuan tersebut sudah menimbulkan perasaan sebak antara kami.Beberapa minit diakhir pertemuan, aku terus kemaskini blog secara langsung dari telefon genggam! Hehehe.

Terima kasih atas bantuan dan sokongan yang bakal menjadi tunjang atau tulang belakang dalam perjuangan kita di arena blog akan datang!

Catatan-catatan lain yang cun!

Terbit pada 17 February '10 oleh Megat, dalam kategori Diari.
510 pembaca telah singgah di catatan ini
Apa yang kamu cari? - , , , , , , , , , , , .

35 Komen untuk “Sumbangan Dari Warga Seminar Smart Blogging!”

17.02.10 at 04:08
Posted by blowie

Alhamdulilah, di masa kesusahan masih ada yang mengingati bro.
Bagus bagus, moga bro boleh bangkit semula. Aminn.
Terkini dari blowie di blog nya – Kenapa Tak Boleh Masuk Entry Blog Gua? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

alhamdulillah, disamping sumbangan dan galakan, islam amat galakkan ziarah seperti ini.

merapatkan silaturrahim dan telus dari hati ke hati. aku sendiri memang terasa amat dihargai.

[Jawab Balas]

17.02.10 at 04:09
Posted by Jaws

hidup akan lebih meriah jika semangat seperti ini diteruskan..
paperpon bro, semoga cepat sehat dan kembali lincah seperti dahulu kala..

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah jaw, aku sangat kagum dengan keprihatinan blogger. tidak menyangka kebanyakan blogger tidak mengneali tetapi masih mampu memberi bantuan.

terima kasih atas DOA ;)

[Jawab Balas]

17.02.10 at 08:36
Posted by zik

Salam bro.Semoga bro terus berkarya..sukses selalu!
Terkini dari zik di blog nya – Budaya menabung. My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam zik, insya allah, terima kasih atas dorongan ;)

[Jawab Balas]

17.02.10 at 09:21
Posted by CypherHackz

Seronok bila dapat berjumpa dengan kawan2 lama. Lagi2 apabila kawan lama tu rapat dengan kita.
Terkini dari CypherHackz di blog nya – Ini Baru Dinamakan Cuti Raya 1 Malaysia My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

tau takpe. lepas rindu dendam.

[Jawab Balas]

17.02.10 at 09:49
Posted by encik luth

syukur! Alhamdulillah, harap lepas ni boleh berblogging secara terus tanpa apa halangan =)
Terkini dari encik luth di blog nya – Jom jadi kaya dengan iklan blog My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah, aku sememang mengharapkan sedemikian. dapat pulak bertukar idea dan pandangan dari orang berpengalaman, terbuka minda aku.

sudah sampai masanya aku bermula ;)

[Jawab Balas]

17.02.10 at 11:17
Posted by rose

semoga success in future dan membantu newbie seperti saya.. yg mmg noob hehehe
Terkini dari rose di blog nya – nuffnang | akhirnya persoalan seorang noob terjawab My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah. terima kasih atas dorongan. itu pun dah kira 1 DOA.

yang mana saya boleh BANTU, saya akan BANTU ;)

[Jawab Balas]

17.02.10 at 11:18
Posted by rose

teruskan berkarya! hidup blogger! hehehe
Terkini dari rose di blog nya – nuffnang | akhirnya persoalan seorang noob terjawab My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

17.02.10 at 13:15
Posted by ijamz

alhamdulillah…aku turut tumpang gembira… insyallah penghijrahan ko ke muar akan lebih bermakna..aku doakan di sana nnti ko akan bertemu sinar dan impian…aminn

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah ijam. aku sudah pasti berharap ianya menjadi titik tolak untuk aku ubah kepada kehidupan yang lebih baik.

rasanya sudah lama menanggung tapi aku juga sentiasa ber DOA agar sentiasa ditetapkan IMAN dan SABAR.

[Jawab Balas]

17.02.10 at 14:41
Posted by wazy

salam bro..

Pe khabar sekarang,diharapkan bro semakin sihat walafiat,dah lama tak baca artikel terbaru dari bro ni
Terkini dari wazy di blog nya – Cara Register Twitter My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

salam wazy,

insya allah aku cuba atur balik hidup aku. kesihatan aku mungkin tak berapa BAIK tapi aku masih sedang berusaha ke arah tersebut.

ps – aku rasa dah boleh mula projek BLOGGER tu ;)

[Jawab Balas]

17.02.10 at 15:13
Posted by paeh

inilah yang dikatakan kawan masa susah dan senang. like this post
Terkini dari paeh di blog nya – Stress Penyebab Kematian My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

sahabat seperti ini adalah sahabat ketika senang dan susah. sekian lama tak bersua, aku tidak pernah menjangka perkara seperti ini berlaku.

itu yang lebih mengharukan aku!

[Jawab Balas]

17.02.10 at 15:49
Posted by Anarm

alhamdulillah.. semoga dengan bantuan ikhlas tu dpt memberi dan menambah semangat encik megat kite utk terus berkarya dan berkongsi ilmu..
Terkini dari Anarm di blog nya – Comodo Dragon – Internet Browser Terbaru My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah, terima kasih atas kata-kata semangat yang sedikit sebanyak membakar aku untuk berlari lebih jauh.

[Jawab Balas]

Anarm beri maklum balas:

ehh.. jgn la lari jauh2.. hahaha
Terkini dari Anarm di blog nya – Comodo Dragon – Internet Browser Terbaru My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

17.02.10 at 20:42
Posted by joegrimjow

hurm
entah bile smart blogging ni nak sampai ke sini
xtau la bile
huurmmm
Terkini dari joegrimjow di blog nya – contest sambungan : peneka paling hebat My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

insya allah mungkin sudah ada dalam plan. ada jodoh mungkin akan sampai kesana ;)

[Jawab Balas]

17.02.10 at 22:27
Posted by hana'slovenest

encik megat, ada buat entry sal encik megat pada entry terbaru saya. kalau ada masa, jenguk2 lah dan tinggalkan jejak kay. hehe Ini link dia http://hanalovenest.blogspot.com/2010/02/februarians-encik-megat-miss-lolly-oh.html
Terkini dari hana’slovenest di blog nya – Februarians!!! (Encik Megat, Miss Lolly, Oh Malaysia, Shuko++ ramai lagi bloggers lain) My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

terima kasih hana. amat menghargainya!

[Jawab Balas]

17.02.10 at 23:58
Posted by mohdisa

alhamdulillah, semoga dengan sumbangan tersebut dapat meringankan beban bro satu keluarga.
Terkini dari mohdisa di blog nya – Kesalahan HTML Yang Sering Dilakukan Oleh Blogger My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

18.02.10 at 19:01
Posted by Kreuger

owh segannye bleh jumpa dengan diaorang… speachless ma.. kalau jumpe mau aku tergagap kalau jumpe Rohaizad.. hehehe
Terkini dari Kreuger di blog nya – Berkongsi LATITUDE dalam talian, apa pendapat anda? My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

antara sahabat yang dikenali sekian lama. orangnya sungguh ramah. ko mungkin tak sempat nak gugup (he3).

[Jawab Balas]

19.02.10 at 05:38
Posted by samdaddycool

Para blogger yang kental, tapi punyai hati yang suci. Syabas.

p/s- Megat, degar cerita tak lama lagi kita berjiran?
Terkini dari samdaddycool di blog nya – #@%*&!* …. ptuiii… Kurang ajar!!! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

Megat beri maklum balas:

setuju! mereka memang ramah!

ps – kita sudah pun berjiran kini ;)

[Jawab Balas]

samdaddycool beri maklum balas:

Tunggu aku balik Muor.. Sekarang tengah berkelana di Gemas. YM aku no phone ko..
Terkini dari samdaddycool di blog nya – #@%*&!* …. ptuiii… Kurang ajar!!! My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

19.02.10 at 13:07
Posted by reddebt

em..best la diorang. :)
Terkini dari reddebt di blog nya – Online Debt Consolidation Loans: Debt Recovery is Just a Click … My ComLuv Profile

[Jawab Balas]

19.02.10 at 21:57
Posted by Hanafi

Salam penuh ceria bro,

Alhamdullilah penderitaan Bro seakan-akan mahu berakhir.Saya tumpang gembira kerana saya amat percaya tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya..

[Jawab Balas]

23.02.10 at 00:12
Posted by Nadri

semangat “Blogger We Care”. sebagai blogger baru, aku sungguh kagum atas tali persaudaraan yang kukuh antara rakan2 blogger..

boleh tahu, rumah orang tua megat di Kota Tinggi di area mana?? saya duduk dkt area Masai & pernah menetap di Tmn Sri Saujana KT.
Terkini dari Nadri di blog nya – Fuhh! Lega Rasanya My ComLuv Profile

[Jawab Balas]








CommentLuv Enabled