Archive

Posts Tagged ‘blog’

Megat.net, Kembali Menulis

June 16th, 2009 38 comments

Lama aku merenung skrin laptop aku, sudah lama benar sejak kali terakhir aku kemaskini blog ini. Rindu sangat rasanya. Sudah tentu ramai yang tertanya kemana aku menghilangkan diri dan membiarkan blog ini tidak berjiwa. Huhu. Macam menulis novel pula rasanya.

Aku harap sekembalinya aku menulis bakal dapat memeriahkan kembali dunia penulisan blog yang semakin mendapat tempat dikalangan orang ramai. Dan yang paling penting dapat merapatkan silaturrahim antara penulis-penulis blog di negara kita.

Maafkan aku jika kehilangan aku menjadi tanda tanya dan membuatkan kau ternanti-nanti. Bukan sengaja tetapi banyak perkara yang berlaku di dunia nyata. Apatah lagi aku sedang bertarung untuk pulihkan sakit aku seperti yang aku pernah catatkan di blog aku ini.

Alhamdulillah, sakit aku hampir pulih dan menakjubkan apabila ia menunjukkan proses pemulihan sebanyak 60 peratus. Bagaimana ia terjadi aku akan rungkaikan pada catatan akan datang.

Sebelum ini aku mengalami kesan tekanan hidup yang amat teruk! Sebelum ini aku pernah catatkan mengenainya. Satu perkara yang aku belajar selama ini iaitu,

Untuk menjaga kesihatan memang mahal, tetapi apabila dah jatuh sakit lagilah mahal!”.

Ingatlah, jagalah kesihatan sebelum sakit datang tanpa diundang atau tanpa disangka. Sebenarnya ia bermula dari sikap kita sendiri.

Walau bagaimanapun hidup perlu diteruskan. Motivasi diri perlu dipertingkatkan. Semoga hari-hari mendatang membawa keberkatan dan kesihatan yang gemilang.

Salam menulis!

Tags: , ,

Penulis Blog Megat.net, Berehat Seketika

March 19th, 2009 22 comments

Terima kasih kepada rakan-rakan dan pembaca blog ini yang tak putus-putus memberi galakan dan sokongan untuk aku terus menjalani kehidupan. Terima kasih jua kepada yang tak henti-henti mendoakan kesihatan aku, tiada apa yang lebih bermakna selain doa dari kalian.

Maaf jika kehilangan aku ini menjadi seribu persoalan pada diri kau. Tidak bermaksud untuk membiarkan blog ini dibiarkan bersawang dan tidak juga bermaksud untuk terus tidak menulis. Tapi usaha berikut biarlah menjadi sesuatu yang berguna dan tidak hanya membuang masa dan menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Kenapa aku lama menghilang dari dunia blog? Aku sedang melaksanakan beberapa perkara yang berkaitan dengan kehidupan aku pada masa akan datang disamping merancang untuk kehidupan yang lebih baik demi keluarga.

Antara perkara yang menyekat aku dari berada dalam talian ialah,

  1. Aku telah menghentikan perkhidmatan dari Celcom Broadband atas perkhidmatan yang kurang memuaskan dan semakin bermasalah. Ini juga dapat mengelakkan aku menambah kerugian melanggannya.
  2. Aku sedang dalam proses berpindah rumah dari lokasi aku sebelum ini di Pasir Gudang ke Kota Tinggi. Kini masih dalam proses memindahkan barang-barang dan menghias rumah baru.
  3. Selepas perkara di atas selesai aku bakal menjalani pembedahan yang bakal menyaksikan kehidupan aku seterusnya berjalan lancar atau tidak.

Ada beberapa perkara yang perlu aku selesaikan untuk terus berada di dalam talian seperti,

  1. Melanggan perkhidmatan dari TM iaitu jalur lebar Streamyx yang lebih stabil. Ini juga bagi memastikan projek aku seterusnya berjalan lancar.
  2. Sebuah bilik yang membolehkan aku terus memberi perhatian pada beberapa projek yang aku telah senaraikan dan beberapa projek yang dalam perbincangan.

Sebenarnya semua bergantung kepada tahap kesihatan aku setelah operasi pembedahan aku selesai. Yang penting doa dari rakan-rakan dan pembaca-pembaca blog ini. Aku akan cuba mengemaskini blog ini jika ada kesempatan.

Mungkin penjenamaan semula blog ini juga antara perkara yang perlu aku beri keutamaan jika ingin terus menulis secara serius. Mungkin Megat.net akan terkubur dan digantikan dengan domain baru. Apa pendapat kau!?

Sekian kesempatan yang aku dapat war-warkan disini. Ini pun melalui Wi-Fi di salah sebuah restoran di kawasan berhampiran rumah baru aku.

Megat.net, Tidak Secerdik dan sepantas Dulu

March 12th, 2009 21 comments

Mungkin rakan-rakan dan pembaca perasan. Atau mungkin tidak. Tetapi itulah kenyataannya yang perlu semua terima.  Apatah lagi aku sebagai penulis rasmi disini yang sentiasa inginkan sesuatu yang segar dengan cara aku sendiri.

Secara kasar, blog ini telah mencapai matlamatnya tetapi tidak secara keseluruhan. Dan aku sendiri masih tidak berpuas hati dan masih berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Namun ianya adalah perancangan yang harus aku lakukan jika aku ingin terus berada dalam dunia blog tempatan. Kenyataan yang harus aku terima apabila aku merasakan hidup ini semakin teruk dan sukar selepas bermulannya ‘zaman gelap’ aku.

Dan mungkin perkara tersebut adalah penyebabnya. Mungkin juga kerana tekanan yang melampau. Mungkin juga kerana derita sakit yang aku tanggung. Mungkin juga aku bakal GILA!

Sesuatu yang pelik yang aku hadapi kini. Ekspresi hati aku sering berubah-berubah. Amat sekejap untuk merasa keseronokan. Sekejap sedih. Tetapi murung dalam masa yang agak lama. Macam ada seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Paling teruk kadang-kadang aku rasa nak mengamuk! Tetapi aku rasa aku masih waras!?Paling teruk aku semakin keliru dengan apa yang sedang berlaku dalam hidup aku.

Kebenarannya dunia ini memang kejam. Nama sahaja ada manusia yang kununnya berhati mulia, cerdik dan penuh dengan nilai-nilai murni. Tetapi hanya lakonan semata-mata.

Keyakinan aku. Kemahiran aku. Kepercayaan aku. Kesabaran aku. Kepandaian aku. Tanggungjawab aku. Semuanya hampir musnah hancur berderai. Aku tak tahu nak istilahkan macam mana. Aku rasa dah banyak kali aku mengadu tetapi … yalah manusia ada banyak karenah dan alasan.

Dalam keadaan sebegini aku tak perlukan sebarang nasihat. Tetapi jika kau mahu tolong, doakan kesejahteraan aku, kesihatan aku dan doa supaya aku tidak GILA! Maafkan aku.

PS : Anggap sahaja ini salah satu entri luahan perasaan aku!

ScribeFire, Cubaan Alternatif Kepada Penerbitan Entri Blog

February 24th, 2009 21 comments

Sejak sebulan kebelakangan ini, blog ini alami masalah untuk menerbitkan catatan baru. Oleh sebab itu sekian lama tidak dicatatkan entri-entri yang menarik dan berfaedah. Yang mana yang terlepas adalah entri-entri sampah yang diterbitkan setelah aku selesai menulis panjang tetapi gagal diterbitkan. Malah tulisan tersebut hilang begitu sahaja.

Oleh itu aku mencari alternatif untuk selesaikan masalah tersebut. Selain aku rasa masalah ini datang dari kegagalan capaian internet yang sempurna melalui jalur lebar tanpa wayar Celcom. Malah masalah tersebut bukan sahaja mengganggu menerbitkan catatan di blog yang ini sahaja, blog-blog lain juga terganggu.

scribefire

ScribeFire, aplikasi yang aku llihat mungkin menyelesaikan masalah aku (itu pun jika entri ini berjaya diterbitkan). Disamping itu juga, aku dapat menyelesaikan masalah utama dimana setelah aku menulis panjang, entri tersebut hilang begitu sahaja.

Dengan bantuan aplikasi tersebut, sekurang-kurangnya aku dapat menyimpan catatan tersebut sebelum aku betul-betul dapat menerbitkannya ke blog. Dan memudahkan aku menulis catatan untuk blog-blog lain juga dimana memerlukan aku merujuk data-data di internet!

Ia bukan sahaja berlaku apabila aku hendak kemaskini blog ini tetapi masalah untuk membalas komen di blog ini mahu pun di blog lain yang menggunakan skrip java. Ada yang aku tak ketahui ke!?

Mungkin rakan-rakan juga mampu untuk membantu aku untuk selesaikan masalah tersebut. Mungkin juga kau juga telah alami atau punyai masalah yang sama.

PS :

  1. Aku harap entri ini berjaya diterbitkan menggunakan aplikasi ScribeFire.
  2. Aku semakin tertekan dengan masalah internet tersebut.
  3. Cubaan untuk memuatnaik gambar tapi gagal. Kemaskini gambar – dimuatnaik melalui admin wordpress.