Drama Nur Kasih TV3, Kisah Cinta Yang Sungguh Mantap!
Nur Kasih, drama terbitan Filmscape dan diarahkan oleh seorang pengarah semakin melonjakkan popularitinya iaitu Khabir Bhatia telah menutup tirai tayangan akhirnya.
Drama Nur Kasih tersebut telah mendapat tempat di hati peminatnya yang semakin hari semakin mendebarkan. Setiap minggu tayangannya pasti ada kisah yang bisa menyemarakkan emosi penonton yang secara tak langsung menaikkan rating tayangannya di TV3.
Yang paling menarik ianya digarap dengan penuh teliti tentang kehidupan keluarga yang penuh kecintaan terhadap insan tersayang, allah yang esa dan islam. Penuh dengan pengajaran dan dimanipulasikan pula dengan kehebatan pengarahnya bermain dengan teknik sinematografi yang berkesan!
Ambik kau! Mukadimah je dah panjang giler (ha3). Aku, isteri dan anak-anak sememangnya tidak ketinggalan mengikuti setiap episod yang sudah pasti melengkapkan setiap sambungannya yang penuh dengan tanda tanya.
Sepanjang tayangannya penuh dengan moral dan pengajaran, seringkali menjadi persoalan pada anak-anak aku yang bertanya, kenapa macam tu, kenapa macam ni. Untuk isteri pula seringkali menjadi gurauan aku seperti,
Syoknya dapat isteri macam tu, dapat kahwin lagi satu (kah3)
Lagaknya seperti dalam drama tersebut yang sudah tentu punya banyak ayat-ayat power! (ha3).
Yang paling utama, drama tersebut memberi impak yang kuat bukan hanya kisah cinta kaum adam dan hawa tetapi juga kepada keluarga dan institusi masyarakat disekeliling. Memang mantap!
Melihat episod penghabisannya boleh merentap hati ini yang tanpa sedar air mata ini bisa mengalir laju. Pasti ada perkara yang buatkan hati aku tersentuh antara realiti kehidupan ini dengan kisah di dalam drama popular tersebut.
Sedikit sebanyak dapat beri pengajaran kepada masyarakat islam kita yang sudah pasti jauh perbezaan cara hidup dan pegangan. Walaupun kisah tersebut dimanipulasikan dalam bentuk drama tetapi ianya lengkap dengan sifat asas manusia yang punyai perasaan dan pelbagai emosi dan ajaran islam.
Kenapa perlu diberi galakan kepada drama asing yang tidak punyai moral yang baik untuk kita sebagai masyarakat islam? Lagi sekali bikin panas (ha3).
Akhir kata, aku mengharapkan lebih banyak drama berbentuk islamik dan pengajaran seperti ini. Walaupun ia merupakan kategori hiburan tetapi ia juga pelengkap asas kemanusiaan itu sendiri. Kita tidak dapat lari dari dunia hiburan, tetapi biarlah dunia hiburan tersebut memberi impak kepada membentuk keluarga islam.
Apa pendapat rakan-rakan pula?
