Tag Archives: cinta nafsu
Tags:ambil hati pasangan, cara-cara memujuk pasangan, cinta islam, cinta nafsu, dekatkan diri dengan yang tersayang, isteri memujuk suami, jangan melawan orang sedang marah, layanan isterti terhadap suami, layanan istimewa, Mengatasi Panas Baran, psikologi manusia, suami menjaga hati isteri, suami menjaga hati suami, suami meradang, Tips elak orang marah, tips menjaga hati pasangan, tips menjaga hati suami.

Anda seorang panas baran? Atau mempunyai pasangan panas baran? Secara amnya, aku mengaku yang aku juga seorang yang panas baran. Namun dalam kategori boleh dikawal. Pernah satu ketika aku diperlekeh oleh sebilangan rakan dengan kata-kata; “Panas baran macam ni… sapa lah yang nak kawin dengan nko agaknye..” Hehehe.. alhamdulillah… dah kawin pon aku.
Baiklah, tanpa membuang masa, ini adalah tips dari aku dan isteri tercinta dalam mengangani masalah panas baran (aku lah tuh). Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi sedikit tips kepada kamu yang berhadapan dengan masalah ini. Jangan terburu-buru buat keputusan ye.. mari kita tengok dulu.
TIPS Mengatasi Pasangan Panas Baran.
Beri Masa – Selalunya orang tengah marah ni, dia suka membebel. jadi kepada kamu yang berhadapan dengan masalah sedemikian, sila bagi masa kepada pasangan atau rakan kamu yang dirasuk hantu tu untuk melepaskan kemarahannya. Memang aku akui, pada masa tersebut kata-katanya amat pedih, dan kamu pulak meluap-luap nak jawab. Eh… sabor.. kang ade pinggan mangkok tak pon kerusi meja yang terbang plak.
Jangan Melawan - Kalau melawan, memang kamu telah memburukkan keadaan. Sabar lah.. bagi la dia cakap apa yang dia nak cakap dulu. Kalau kita potong cakap dia… lagi la dia naik hangin. Karang… dah lenguh mulut tuh membebel.. senyap la dia tuh~
Jangan Memaling muka atau menjauhkan diri - Sesetengah pasangan akan berasa takut bila pasangan dia naik angin. Mungkin risau dicedera atau di pukul. Aku selalu berpesan kepada Isterti tercinta, kalau aku naik hantu…. sila jangan jauhkan diri. Pandang muka dia yang tengah marah tuh.. meskipun mukanya mencuka dan menyinga. Sentiasa lontarkan senyuman. Orang perempuan ni ibarat air penawar untuk jiwa lelaki yang sedang terbakar. Orang yang marah ni sebenarya berkehendakkan perhatian kamu. Sila beri tumpuan apa yang dia bebelkan tuh. Mungkin ada kebenaran dan silap kita di situ.
Bersedia Bertindak – Orang tengah marah atau naik hantu ni mempunyai perangai yang tidak terjangka. Apa yang anda boleh buat ketika ini, cuba tanya sama ada dia haus atau lapar… mungkin itu salah satu faktor punca kemarahan. Jadi tunggu apa lagi? Pergi la buat air tuh…!!! hahaha… *tak reti-reti la nkorang neh~*
Mengaku kesalahan – Kalau kita tak salah…. takkan la tiba-tiba jer pasangan kita tuh nak marah kan? Melainkan dia dah sewel. Mesti ada perkara yang buatkan dia marah atau meradang. Selalunya sebelum tercetus kemarahan… mesti dia bebel dulu kan? Jadi aku sarankan kepada kamu, mengaku saja apa yang dia bebelkan tuh… “Betul sayang.. saya mengaku salah… saya mintak maaf ye..” Hahh… kan senang.. dia pon terus surut marahnya…
Pada perkiraan aku, banyak lagi yang boleh ditulis dalam topik kali ini. Mungkin kamu juga ingin menambah… mari kita bincangkan. Siapa tahu idea kamu itu dapat membantu rakan kita yang sedang berhadapan dengan situasi macam ni. Lima dari saya.. selebihnya mungkin pengalaman kamu yang amat bernilai untuk perkongsian bersama.
Terima Kasih 1Malaysia,
Azman Ishak®
Nota: Tiba-tiba teringat kata-kata Kak Jie – “Kalau gaduh pun bukan dapat piala pusingan… kekeke” – terima kasih ye kak atas pesanan ringkas tapi penuh bermakna ni.
Nota 2: Marah macam mana sekalipun… perbanyakkan istigfar. Bila dah surut marah tuh… segeralah mintak maaf. Lagi bagus kalau dicium dan peluk si dia dengan penuh erat dan kasih sayang. Jangan dibiarkan berlarutan lama-lama.
Posted on 12 February '10 by Kreuger, under Motivasi. 34 Comments.
Tags:bunuh diri, cinta nafsu, ditipu cinta, fikir singkat, gila, kecewa cinta, kes kematian, pentingkan diri sendiri, sakit jiwa, tali gantung, tamak haloba, tiada nilai murni, tidak fikir panjang, tidak sihat.
Aku catatan kali ini punyai tajuk yang paling pendek. Hanya dengan menggunakan 4 huruf, bunyinya cukup menakutkan kita. Namun ia juga boleh membuatkan seseorang boleh berubah atas kekhilafan.
Mati sering dikaitkan dengan sesuatu yang bernyawa. Penamat bagi sesuatu yang hidup. Tetapi ia juga cukup sinonim dengan beberapa situasi seperti mati jiwa dan mati pucuk bagi lelaki.
Gementar, menggigil seluruh badan mungkin dek kerana keringat yang mencurah-curah kesejukan. Jiwa tidak tenteram, kosong. Fikiran juga kosong seolah-olah, mati.
Apakah kaitan mati dengan orang-orang baik? Kebetulan atau suratan apabila dikaitkan orang baik cepat mati?
Apa maknanya mati kepada pembunuh? Apakah dengan mematikan mangsa atau sasarannya akan membuatkan mereka lebih tenang? Apakah ia merupakan gambaran lelaki kurang siuman atau layak digelar lelaki bersifat syaitan?
Cinta, kerana cinta juga boleh jadikan jalan singkat ke arah mati. Dimana letaknya akal fikiran yang dianugerah Allah?
Terduduk di suatu sudut. Tiada penyelesaian kepada masalah yang dipendam. Tiada bantuan kepada yang memerlukan. Masing-masing mementingkan diri masing-masing.
Yang diluah tidak dilayan. Yang memohon hanya menadah tangan kosong.
Dunia kini tidak seperti dulu. Tangan lebih ringan dari lidah. Nilai-nilai murni lebih mahal dari harta. Sehingga itu terpacullah,
Mati lebih baik dari cuba untuk minta bantuan!
Dasyat bukan!
Fikir balik dari satu sudut yang lain, kenapa pembunuh kejam sanggup melakukan perkara seperti itu?
Adakah kerana sikap manusia yang lebih mementingkan diri sendiri? Bukankah sebelum kejadian pembunuh pernah mengadu sesuatu tetapi tidak dipedulikan?
Wallahu aklam.
Aku tidak mahu rumus panjang kecuali cuba meluahkan rasa. Apa yang aku alami rasanya lebih teruk dari mati. Sudah banyak perkara yang aku lihat. Sudah banyak pengalaman yang aku alami sendiri.
Sikap manusia itu sendiri yang menjadikan mati lebih mudah!
Posted on 8 January '10 by Megat, under Motivasi. 26 Comments.
Tags:blogger hensem, blogger yang cun, blogger yang hensem, cinta nafsu, didik anak gadis, elak dari dirogol, elak dari lelaki hidung belang, elak dari lelaki penipu, elak dari sumbang mahram, gadis cun dan rogol, gadis cun malaysia, gadis melayu cun, gadis melayu seksi, gadis seksi dan rogol, gadis seksi malaysia, gejala sosial semakin teruk, hidup muda mudi bermasalah, hidup remaja tertekan, huraian yang baik, kenapa rogol boleh berlaku, mangsa keadaan, mangsa rogol, pengaruh blog, psikologi manusia, remaja bermasalah, tip elak dirogol, trafik yang cun, trafik yang laju, trafik yang tinggi.

Teknologi, Punca Gejala Sosial
Begitu kuat impak yang aku terima bila aku cuba merungkai persoalan gadis cun yang tiada beza dengan gadis seksi. Ada yang membangkang dan tidak kurang juga yang bersetuju.
Impak sebegitu yang aku suka yang merangsang kepala otak masing-masing berfikir dan disertakan dengan emosi kurniaan tuhan untuk berdebat! Bukan senang nak rangsang otak untuk mengajak bertarung (ha3).
Ramai yang persoalkan kebenaran siapa yang bersalah dalam kes sebegitu. Masing-masing boleh kongsi pendapat masing-masing. Tidak salah dan tidak perlu takut. Apa yang kita bincang adalah hasil dari penggunaan teknologi dan yang pasti untuk kebaikan.
Bagi aku, bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi, betul tak? Tapi sebenarnya dalam bab lain pula, lelaki juga penyumbang utama dalam kes-kes sebegini. Ya, lelaki yang sememangnya punyai daya imaginasi yang tinggi!
Dah la mereka punyai imaginasi yang tinggi lepas tu melayan pula pelbagai sumber yang tak baik hasil dari kecanggihan teknologi yang kita miliki kini seperti internet. Dengan mudah dapat layan laman-laman lucah dan gambar-gambar porno yang terlalu mudah didapati. Yalah dah namanya semua dihujung jari kan? (he3).
Hasil dari situasi-situasi tak bermoral tersebut maka terhasillah imaginasi yang penuh nafsu kuda yang mungkin tidak dapat dikawal apatah lagi jika ilmu belum penuh didada (hu3). Niat dihati sekadar ingin mengenali sesetengah perkara, itu pun hasil dari khabar dari rakan-rakan. Tup tup, naik syok pula. Menyedihkan.
Daya imaginasi tersebut terbawa-bawa sehingga tidak mampu mengawal apabila hormon-hormon nafsu lelaki naik kepala atau bak kata kiasan orang kita ‘air masuk kepala’ (ha3).
Ditambah pula gabungan mantap dengan kegedikan gadis-gadis cun yang melentik-lentik didepan mata. Huh betul-betul macam kucing yang ingin menerkam ikan (ha3 boleh ker!?). Walhal gadis-gadis cun terbabit tidak tahu pun yang mereka sedang merangsang lelaki yang punyai daya imaginasi yang tinggi tersebut (kesiannya hu3).
Nak salahkan siapa eh? Belum habis lagi. Bawa besabar. Fikir dengan kewarasan fikiran bukan dengan emosi yang membara. Aku pun manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Maka atas sebab itu seeloknya kau dan aku wujudkan suasana perbincangan. Bukankah bagus untuk remaja-remaja diluar sana untuk merujuk?
Apa lagi? Salah siapa sebenarnya? (he3)
*imej dari http://pocketkamasutra.com
Posted on 26 November '09 by Megat, under Motivasi. 17 Comments.
Tags:cara hidup bermasalah, cinta nafsu, gejala-gejala sosial, hidup muda mudi bermasalah, hidup remaja tertekan, islam itu menyeluruh, kurangnya didikan agama, masalah mat rempit, masalah negara, masalah negara yang perlu ditangani, msalah sosial yang semakin membimbangkan, penagih dadah, pengaruh rakan-rakan, psikologi manusia bermasalah, punca masalah sosial, remaja islam, seks bebas, titik titik hitam dalam hati.
Hubungan sosial yang baik amat penting untuk menjana kehidupan yang harmoni dan aman. Tapi jika berlaku sebaliknya, ia bakal memusnahkan keseluruhan organisasi masyarakat sesebuah negara. Sudah banyak contoh yang terjadi kepada negara-negara lain terutama negara yang membangun dan maju.
Ianya bukan lagi menjadi masalah individu tetapi telah menjadi masalah negara, masalah yang perlu difikirkan bersama apatah berlaku di negara yang agama rasminya islam!

Mat Rempit semakin popular dan membimbangkan!
Sejauh mana kita ambil tahu dan sedar apa yang akan berlaku selepas ini? Atau hanya melihat dan berkata,
“bukan masalah aku, itu masalah mereka”
Kata-kata seperti inilah yang bakal menghancurkan sesebuah organisasi sosial. Dari pandangan islam, ia amat jauh dari tujuannya. Ia tidak menggambarkan langsung ciri-ciri umat islam itu sendiri.
Antara masalah-masalah sosial yang semakin membimbangkan di negara kita ialah,
- Mat rempit. Paling membimbangkan. Ia boleh menjadi sebagai tapak atas kejadian masalah-masalah sosial lain. Terlalu sinonim sehingga masalah tersebut telah mengaburi orang ramai bahawa ianya sebab utama.
- Seks bebas. Mungkin bersangkut paut dengan mat rempit tetapi seks bebas boleh berlaku dalam orang kebanyakkan juga tidak semestinya terlibat dengan sesuatu kumpulan remaja bermasalah. Ada nafsu yang tak terkawal, kurang iman maka boleh berlaku dimana-mana sahaja. Maklumlah air dah penuh kat kepala. Hahaha.
- Penagih Dadah. Ada kaitan dengan kedua-dua masalah sebelum ini. Ia ibarat pil yang ditelan untuk menahan sakit. Telan la kalau nak cuba. Hahaha. Jangan buat gila bukan aku suruh. Kata mereka, telan la baru layan.
Persoalan yang timbul disini ialah apakah punca masalah-masalah ini berlaku?
Kebanyakkannya apa yang kita dengar cacian dan kutuk megutuk. Bagi aku sebenarnya kita perlu tabah dan cari punca apa masalah sebenar yang timbul. Itu pun kalau betul-betul nak bagi mereka kembali ke pangkal jalan lah!
Jangan letak harapan tinggi tapi cukup setiap langkah yang diambil dapat mengubah sikap mereka yang telah tergelincir dari sasaran dalam hidup mereka. Rasanyalah apa yang sebenarnya yang berlaku?
Sebagai bapa, aku juga rasa ada sesuatu ketirisan dan perlu diterapkan sejak dari mereka di rumah, antaranya,
- Didikan agama. Ya, yang paling penting. Ini ilmu dunia dan akhirat. Tidak sepenting ilmu sekunder dunia tapi ia cukup untuk membentuk seseorang menjadi manusia yang tahu menilai baik dan buruk. Mengharapkan asas agama di sekolah dan mengaji tidak mengcukupi, ia perlu lebih meluas dari pandangan bermula dari kanak-kanak.
- Cara hidup. Mungkin aku ada pengalaman apabila dapat lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana cara hidup keluarga yang bermasalah. Lihat keadaan rumah, cara hidup keluarga mangsa amat menyedihkan. Tidak mustahil anak-anak mencari kehidupan diluar semuda usianya. Kehidupan diluar yang tiada kawalan dan mungkin akan terjebak ke dalam kelompok remaja bermasalah yang lain.
- Negara. Terlalu besar marginnya tetapi ia adalah antara punca yang boleh sebabkan masalah-masalah sosial meningkat. Lambat bertindak, tetapi organisasi masyarakat terlalu besar. Memang tidak mampu nak halang kesemuanya. Tetapi kerajaan perlu bekerja lebih keras untuk capai tahap masalah sosial yang rendah.
Menyatakannya amat mudah, tetapi melaksanakannya?
Ia tidak berlaku kepada semua orang, tetapi sedar atau tidak dari sekecil-kecil perkara yang selalu kita ambil mudah bakal meninggalkan titik-titik hitam kecil di hati mereka terutama kanak-kanak. Fikirkanlah semakin lama titik-titik hitam itu semakin banyak, lalu melahirkan insan yang kurang sempurna dan berhati busuk!
Yang mendapat didikan agama dan keluarga secukupnya, bersyukurlah. Tidak semua mendapat peluang seperti itu. Tetapi orang seperti kamu tidak perlu mencerca kehidupan mereke yang malang dan hanya mengutuk sahaja. Tiada hatikah untuk membantu mereka?
Satu senario sebagai renungan kepada mereka yang ingin menjalani kehidupan seorang islam yang baik.
Pak Samad dan isteri telah lama ingin pergi menunaikan fardhu haji. Telah lama simpanannya cukup untuk menanggung kos mereka untuk ke Mekah. Setelah lama menunggu, akhirnya mereka mendapat giliran mereka untuk ke haji. Dengan penuh kesyukuran, mereka amat gembira dan adakan beberapa kenduri kesyukuran.
Tiba-tiba jiwangnya Cik Amit jatuh sakit dan perlukan kos yang tinggi untuk rawatan. Pak Samad dan isterinya sangat sedih kerana Pak Samad amat menjaga hati jiran-jirannya seperti yang diutamakan dalam islam.
Pak Samad dan isteri buat keputusan, membatalkan rancangan untuk pegi haji semata-mata keran ingin membantu jirannya, Cik Amit. Semua wang simpanan untuk kos ke haji disedekahkan kpd keluar Cik Amit untuk menanggung kos rawatannya.
Kamu rasa masih adakah amalan-amalan atau nilai-nilai murni sebegini di zaman sekarang? Islam itu menyeluruh (syumul). Utamakan yang paling utama. Kalau kehidupan seorang islam seperti Pak Samad, maka masalah-masalah sosila juga kurang berlaku bukan?
Posted on 15 November '09 by Megat, under Motivasi. 16 Comments.
Tags:bakat semulajadi, bakat terpendam, cinta dusta, cinta nafsu, cinta suci, ditipu cinta, ditipu kekasih, gadis comel penipu, karier mantap, kekasih penipu, komunikasi yang baik, lelaki penipu, main emosi, marah-marah sayang, perangkap cinta, perangkap hati, sakit hati, tipah tertipu, wanita penipu.
Sebagai manusia biasa yang dikurniakan hati dan perasaan dan dicipta berpasang-pasangan, sudah pasti kamu tidak lari dari perkara sebegini. Bila dah hidup berpasangan, mula lah kamu nak pasangan kamu mengikuti apa yang kamu suka atau tidak. Perkara sebegini yang menjadi punca keretakan sesebuah perhubungan.
Namun sebenarnya dalam mencapai kebahagian bersama ada beberapa perkara yang kamu tidak mampu diubah. Antaranya seperti :
Bakat
Semulajadi. Jangan sesekali memaksa pasangan mengubah untuk mengikut bakat yang kamu miliki. Setiap orang punyai bakatnya sendiri. Apa yang patut kamu perlu lakukan adalah menikmati kegembiraan bakat masing-masing bersama.
Hormati bakat pasangan kamu dan barulah pasangan kamu juga menghormati bakat kamu. Apa yang boleh dilakukan adalah cuba untuk selaraskan bakat masing-masing bersesuaian dengan kehidupan bersama.
Hati
Nilai-nilai dalam hati adalah aspek yang tak mungkin dapat diubah atau diganggu. Hati perlu disemat dengan nilai-nilai murni yang membolehkan pasangan kamu terus kekal dengan kamu.
Nilai-nilai murni sama ada positif mahupun negatif telah ditanam oleh ibubapa sejak kecil bergantung cara didikan yang diterima.
Karier
Perkara yang tidak harus digugat atau dipaksa untuk berubah oleh orang lain. Malah sepatutnya kita memberi galakan dan menyokong secara positif. Tanpa sedar perkara ini berlaku dalam dunia kini, kesannya perlahan tapi cukup menggugat!
Emosi
Sebenarnya kita dikurniakan tahap emosi yang berbeza-beza antara satu sama lain. Contohnya ada sesetengah orang bersikap tenang apabila tertekan dan begitu juga sebaliknya. Tugas kita adalah mengimbangi tahap emosinya dan jangan menaikkan lagi kemarahannya jika berada dalam keadaan marah.
Perkara yang tidak boleh diubah seperti yang digambarkan adalah punca utama penceraian yang berlaku pada masa kini. Kelihatan statistik di negara kita menunjukkan 60% penceraian berlaku di kalangan orang melayu.
Untuk mendapatkan penyelesaian perlulah lakukan beberapa perkara seperti,
- Komunikasi – Kerap adakan perbincangan tentang sesuatu perkara yang tidak selesa tanpa emosi.
- Memahami antara satu sama lain – Sepatutnya berlaku sebelum disatukan dan berupaya menjadi pasangan yang ideal.
- Kajian dan rujukan – Sentiasa kemaskini diri dengan suasana baru supaya sentiasa peka dengan keadaan sekeliling yang berlaku.
Apa pendapat kamu?
Posted on 4 November '09 by Megat, under Motivasi. 13 Comments.