Hello and welcome to beautiful MEGAT.

Tag Archives: gadis melayu seksi

Imaginasi Lelaki, Gadis Cun Menjadi Taruhan?

Tags:, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

Teknologi, Punca Gejala Sosial

Teknologi, Punca Gejala Sosial

Begitu kuat impak yang aku terima bila aku cuba merungkai persoalan gadis cun yang tiada beza dengan gadis seksi. Ada yang membangkang dan tidak kurang juga yang bersetuju.

Impak sebegitu yang aku suka yang merangsang kepala otak masing-masing berfikir dan disertakan dengan emosi kurniaan tuhan untuk berdebat! Bukan senang nak rangsang otak untuk mengajak bertarung (ha3).

Ramai yang persoalkan kebenaran siapa yang bersalah dalam kes sebegitu. Masing-masing boleh kongsi pendapat masing-masing. Tidak salah dan tidak perlu takut. Apa yang kita bincang adalah hasil dari penggunaan teknologi dan yang pasti untuk kebaikan.

Bagi aku, bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi, betul tak? Tapi sebenarnya dalam bab lain pula, lelaki juga penyumbang utama dalam kes-kes sebegini. Ya, lelaki yang sememangnya punyai daya imaginasi yang tinggi!

Dah la mereka punyai imaginasi yang tinggi lepas tu melayan pula pelbagai sumber yang tak baik hasil dari kecanggihan teknologi yang kita miliki kini seperti internet. Dengan mudah dapat layan laman-laman lucah dan gambar-gambar porno yang terlalu mudah didapati. Yalah dah namanya semua dihujung jari kan? (he3).

Hasil dari situasi-situasi tak bermoral tersebut maka terhasillah imaginasi yang penuh nafsu kuda yang mungkin tidak dapat dikawal apatah lagi jika ilmu belum penuh didada (hu3). Niat dihati sekadar ingin mengenali sesetengah perkara, itu pun hasil dari khabar dari rakan-rakan. Tup tup, naik syok pula. Menyedihkan.

Daya imaginasi tersebut terbawa-bawa sehingga tidak mampu mengawal apabila hormon-hormon nafsu lelaki naik kepala atau bak kata kiasan orang kita ‘air masuk kepala’ (ha3).

Ditambah pula gabungan mantap dengan kegedikan gadis-gadis cun yang melentik-lentik didepan mata. Huh betul-betul macam kucing yang ingin menerkam ikan (ha3 boleh ker!?). Walhal gadis-gadis cun terbabit tidak tahu pun yang mereka sedang merangsang lelaki yang punyai daya imaginasi yang tinggi tersebut (kesiannya hu3).

Nak salahkan siapa eh? Belum habis lagi. Bawa besabar. Fikir dengan kewarasan fikiran bukan dengan emosi yang membara. Aku pun manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan. Maka atas sebab itu seeloknya kau dan aku wujudkan suasana perbincangan. Bukankah bagus untuk remaja-remaja diluar sana untuk merujuk?

Apa lagi?  Salah siapa sebenarnya? (he3)

*imej dari http://pocketkamasutra.com

Posted on 26 November '09 by Megat, under Motivasi. 17 Comments.

Gadis Cun, Tiada Beza Dengan Gadis Seksi!?

Tags:, , , , , , , , , , , , , , , .

Wah topik kali ni berbau provokasi terhadap gadis-gadis. Maaf bukan bermaksud seperti itu. Baca dulu baru boleh buat kesimpulan, jangan hentam kromo je, boleh? Tak boleh tak apa. Tak rugi apa pun. Kalau boleh alhamdulillah, kita buat renungan bersama (he3).

Gadis cun dalam Nur kasih

Gadis cun dalam Nur kasih

Aku rasa kau pun perasan sekarang ni ramai betul anak-anak gadis yang semakin cun. Sebab apa eh? Mungkin dah ramai dikacuk agaknya (ha3). Bila dah ramai yang cun, nisbah atau margin yang tak elok pun ramai. Macam-macam boleh jadi kan?

Ini termasuklah dalam gejala sosial yang semakin teruk di negara kita ni. Dilihat dari mata kasar, ramai yang terjebak dalam kancah maksiat dan kes-kes buang bayi pun adalah remaja yang tergolong dalam kategori gadis-gadis cun. Eh mana kau tahu? (ha3).

Dalam beberapa sebab, sudah tiada bezanya antara gadis cun dengan gadis seksi kan? Cuma gadis seksi yang sememangnya dengan rela merangsang si lelaki lebih bijak dan tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti berlaku kepada gadis cun. Mungkin pengalaman mereka yang mengajar mereka tentang bab-bab tu.

Lain pula dengan gadis cun. Bukan semua tapi segelintir yang punyai ketirisan dalam didikan. Mereka tiada pengalaman. Maka mereka lebih mudah diperdaya kaum lelaki yang berhidung belang. Yalah kalau dah tergedik sana tergedik sini siapa yang tak terangsang ya tak? Apatah lagi dari pandangan budak-budak lelaki sekarang yang mudah terdedah dengan perkara seperti itu lebih mudah dan pantas.

Jangan kata orang luar, baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita adik merogol kakak, tidak cukup teruk lagikah?

Apakah yang sebabkan perkara-perkara seperti ini berlaku?

Kepada gadis-gadis cun cuba lakukan beberapa perkara yang mungkin dapat elakkan perkara yang boleh berlaku gejala sosial dan sumbang mahram,

  1. Tidak cun – bunyi seperti kelakar kan? cubalah cuba memperlihatkan diri tidak cun, mungkin ia boleh mengelak kerana lelaki suka melihat yang cantik-cantik (ha3).
  2. Pakaian – elakkan pemakaian yang seksi dan menampakkan susuk tubuh yang cun, kadang-kadang ada pemakaian yang kau rasa dah elok tapi tak elok dari pemandangan lelaki.
  3. Pergaulan – kalau dulu adik beradik ni kelihatan mesra bertepuk tampar segala, sebenarnya dalam islam pun memang tidak membenarkan adik beradik lelaki dan perempuan bergurau senda sebegitu.
  4. Bilik berkunci – kalau tidur dalam bilik tu, sentiasalah berwaspada, mungkin kau boleh kunci bilik yang dapat menghalang dari sesuatu perkara berlaku, elak dari tidur di ruang tamu walaupun di rumah sendiri.

Sebenarnya semua perkara telah diterapkan dalam cara hidup orang islam, cuma nak ikut atau tidak je. Janganlah kau nak salahkan sesiapa sedangkan kau tidak ikut apa yang disarankan dalam agama kita.

Segala tentang kehidupan dan psikologi manusia terdapat dalam ajaran agama islam. Ikut sahajalah, insya allah semua selamat.

Posted on 25 November '09 by Megat, under Motivasi. 38 Comments.