Hello and welcome to beautiful MEGAT.

Tag Archives: gila

Mati

Tags:, , , , , , , , , , , , , .

Aku catatan kali ini punyai tajuk yang paling pendek. Hanya dengan menggunakan 4 huruf, bunyinya cukup menakutkan kita. Namun ia juga boleh membuatkan seseorang boleh berubah atas kekhilafan.

Mati sering dikaitkan dengan sesuatu yang bernyawa. Penamat bagi sesuatu yang hidup. Tetapi ia juga cukup sinonim dengan beberapa situasi seperti mati jiwa dan mati pucuk bagi lelaki.

Gementar, menggigil seluruh badan mungkin dek kerana keringat yang mencurah-curah kesejukan. Jiwa tidak tenteram, kosong. Fikiran juga kosong seolah-olah, mati.

Apakah kaitan mati dengan orang-orang baik? Kebetulan atau suratan apabila dikaitkan orang baik cepat mati?

Apa maknanya mati kepada pembunuh? Apakah dengan mematikan mangsa atau sasarannya akan membuatkan mereka lebih tenang? Apakah ia merupakan gambaran lelaki kurang siuman atau layak digelar lelaki bersifat syaitan?

Cinta, kerana cinta juga boleh jadikan jalan singkat ke arah mati. Dimana letaknya akal fikiran yang dianugerah Allah?

Terduduk di suatu sudut. Tiada penyelesaian kepada masalah yang dipendam. Tiada bantuan kepada yang memerlukan. Masing-masing mementingkan diri masing-masing.

Yang diluah tidak dilayan. Yang memohon hanya menadah tangan kosong.

Dunia kini tidak seperti dulu. Tangan lebih ringan dari lidah. Nilai-nilai murni lebih mahal dari harta. Sehingga itu terpacullah,

Mati lebih baik dari cuba untuk minta bantuan!

Dasyat bukan!

Fikir balik dari satu sudut yang lain, kenapa pembunuh kejam sanggup melakukan perkara seperti itu?

Adakah kerana sikap manusia yang lebih mementingkan diri sendiri? Bukankah sebelum kejadian pembunuh pernah mengadu sesuatu tetapi tidak dipedulikan?

Wallahu aklam.

Aku tidak mahu rumus panjang kecuali cuba meluahkan rasa. Apa yang aku alami rasanya lebih teruk dari mati. Sudah banyak perkara yang aku lihat. Sudah banyak pengalaman yang aku alami sendiri.

Sikap manusia itu sendiri yang menjadikan mati lebih mudah!

Posted on 8 January '10 by Megat, under Motivasi. 26 Comments.