Menulis Di Blog, Membawa Bencana Kepada Negara!?
Percaya atau tidak, penulisan di blog menjadi semakin popular dan diterima ramai terutama penduduk di kawasan bandar dan sekitar luar bandar yang menerima akses internet.
Ini juga mungkin disebabkan beberapa individu yang tiba-tiba popular hasil dari penulisan pedas mereka di blog. Dan secara tak langsung ramai orang ingin mengetahui kehebatan blog!
Sebelum ini kita dikejutkan dengan penangkapan penulis di Malaysia Today iaitu Raja Petra Kamarudin. Kesnya masih lagi dalam siasatan.
Hari ini kita dikejutkan sekali lagi dengan berita penangkapan penulis blog terkenal Syed Azidi Syed Abdul Aziz, penulis blog Kickdefella. Ini bermaksud sudah dua orang penulis blog ditangkap kerana mengancam keselamatan negara dan menghasut rakyat.
Lanjut kau boleh lihat artikel di utusan, bernama dan harakah.
Aku tak mahu komen panjang signifikasi penangkapan mereka kerana aku bukan menulis perihal baik buruk seseorang individu secara peribadi tetapi aku menulis dan menyampaikan tentang perihal yang bersangkut paut dengan minda, emosi dan moral disebalik penerimaan sesuatu perkara.
Sedar atau tidak, bukan kerana mulut sahaja boleh binasa tetapi perkataan-perkataan yang diolah sebaik mungkin di blog disamping dapat menyampaikan berita-berita yang mungkin tidak berasas atau kurang berasas boleh mendatangkan keburukan terhadap kepercayaan orang lain.
Persoalannya kenapa semua ini berlaku? Mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka jadi seperti itu. Tetapi perlukah aku dan kau menyampaikan secara terbuka demi untuk melepaskan ketidakpuasan di hati?
Minda yang sihat dan emosi yang stabil perlu memainkan peranan yang hebat untuk mengatasi semua ini. Aku juga ada menulis beberapa entri yang menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kini tetapi biarlah berlapik.
Mungkin ada sesetengah dari kau yang tidak puas hati dengan penulisan aku ini tetapi aku minta kau fikir dari satu sudut yang berlainan. Apa yang aku katakan pada hari ini bukan semata-mata kerana kes-kes semasa seperti kes di atas, tetapi lebih kepada persoalan secara keseluruhan.
Jangan kerana “nila setitik, rosak susu sebelanga”! Aku juga setuju jika ada yang mengatakan penulisan di blog boleh manjadi senjata kepada keselamatan negara tetapi biarlah ia berlaku dalam keadaan yang baik dan bukan mendatangkan huru-hara.
Sikap fanatik terhadap sesuatu perkara juga perlu dielak demi kesejahteraan rakyat dan keluarga. Jangan sampai melayan sedikit perasaan ‘panas hati’ sehingga menyusahkan diri sendiri dan orang tersayang. Fikir baik buruk dan mengelak dari bersikap begitu tak bermaksud diri aku dan kau lemah.
Kerajaan pula perlu mainkan peranan yang optimum demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara. Jangan terlalu mengelak dan sukar menerima pendapat rakyat yang sudah pasti inginkan hak mereka setelah mereka membuat pilihan pimpinan yang dipilih.
** kredit imej.
PS: entri ini bukan entri hasutan.
PPS: rasa dah macam membebel la pulak huhu.
[tags]malaysia, blog, politik[/tags]

Siri 






Komentar