Hello and welcome to beautiful MEGAT.

Tag Archives: manusia pura-pura

Realiti Kehidupan, Dihimpit, Tertekan, Tidak Bermaya

Tags:, , , , , , , , , , , , , .

Realiti kehidupan yang perlu aku terima setelah puas bertungkus lumus untuk memastikan kesempitan ini dapat diatasi setelah hampir 2 tahun diseksa.

Tiada lain yang difikirkan hanya menganggap ini adalah ujian dari Allah Yang Maha Kuasa.

Tetapi aku hanya manusia biasa yang tiada dikurniakan apa-apa mukjizat. Selain bersabar, perut ini seringkali membuatkan air mata mengalir, tetapi bukan satu perut tetapi ada 4 perut yang perlu aku fikir.

Keluarga? Adik-beradik? Biarkan, biarkan mereka selesa dengan kehidupan mereka.

Jika mereka mengamalkan kehidupan manusia islam sebenar, apa yang mereka akan fikirkan?

Jangan ditanya kenapa. Aku pasti aku tidak perlu menjawab kerana ia hanya membuka pekung keluarga sendiri.

Sakit? Aku masih seperti peringkat awal kesakitan yang bermula denga seribu misteri. Sudah habis simpananku dek kerana melayan segala jenis perubatan sama ada perubatan kampung dan moden.

Sudahnya apa yang berlaku? Perubatan kampung lebih kepada perkara mistik yang menjadikan diri menjadi semakin pelik!

Bila dikata bahu teramat sakit, dikatanya ada jin bertenggek di atas bahu. Bila dikata tangan ini sakit, dikata ada jin duduk kat situ. Siap perlu diulang sehingga beberapa kali. Memanglah sumbangan ikhlas tetapi kalau sudah berulang 2 3 kali, apa yang berlaku? Bukankah berunsur perniagaan?

Perubatan moden pula, hospital pakar perlukan belanja yang berpuluh ribu kononnya lokasinya agak sensitif dan perlu ketelitian. Hospital kerajaan pula, banyak karenah biorkrasinya. Mungkin aku yang tak faham atau mereka yang tak bagi aku faham? Yang sana tolak sini, yang sini tolak sana. Sudahnya kesan bedah yang lepas pun tidak tahu apa puncanya.

Hidup semakin terhimpit. Semakin tertekan. Semakin tidak bermaya. Termasuk untuk membiarkan diri ini di dunia maya.

Posted on 30 November '09 by Megat, under Diari. 13 Comments.