Google Wave, Sudahkau Kau Mencubanya?
Sedang aku menulis catatan ini, kepala aku masih miung-miung dek kerana melayan dan mencuba apa yang menarik di sebalik perkhidmatan terbaru dari google iaitu google wave.
Atau nama yang aku dan rakan-rakan panggil gewe (kah3).
Lihat sahaja tayangan video lucah tentang apa yang menarik di dalam google wave.
Faham? Tak faham? Pening? Tak kisahlah, niat aku bagi info asas saja. Yang lain tu terpulanglah pada diri masing-masing. Yalah dalam teknologi ni ada yang boleh ikut, ada yang suka tengok je dan ada yang buat bodo je (he3).
Yang paling lucu, ada yang bila dah berjuta-juta orang dah guna, dia baru nak kenal (ha3). Tak lucu pun ek?

Contoh aktiviti dalam Google Wave
Dalam gambarajah tersebut adalah salah satu contoh aktiviti yang boleh dilakukan dalam gwave. Rasa semua servis yang kita guna sebelum ini disumbat dalam aplikasi tersebut. Ada yang kata macam twitter, ada yang kata macam forum, ada yang kata macam email dan macam-macam lagi.
Yang paling best boleh kongsi semua perkara seperti kongsi gambar, video atau apa sahaja secara langsung dengan rakan-rakan. Apa yang ditulis oleh rakan pun nampak dalam masa sebenar (real time)!
Jika ada rakan-rakan sudah dapat mencubanya, sila lah tambah aku dalam senarai kalian, megatdotnet[at]googlewave.com.
Dan jika ada rakan-rakan yang masih belum mencuba dan ingin mencuba. Sila beri gmail kalian untuk memudahkan proses jemputan (invite).
Servis Google Wave masih dalam percubaan hanya yang dijemput sahaja boleh menggunakannya.